MALAYSIA
Laluan kontra dibuka di Lebuhraya KL-Karak

Satu kejadian banjir lumpur berlaku di KM52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Bukit Tinggi pada Rabu. - Gambar fail
Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dibuka semula kepada semua kenderaan selepas berlakunya banjir lumpur pada petang Rabu.
Bagaimanapun, daripada empat laluan, hanya dua lorong sahaja dibuka sejak pukul 3.30 pagi Khamis.
Laluan dua lorong menghala ke pantai timur kini dijadikan laluan kontra berikutan laluan ke Kuala Lumpur masih ditutup kerana dipenuhi lumpur.
Kerja-kerja mengalihkan lumpur diteruskan pagi ini.
Selain itu, Unit Cerun Jabatan Kerja Raya akan membuat pemantauan bagi melihat sama ada wujudnya pergerakan tanah mahupun laluan air di lokasi kejadian.
Berikut adalah aliran trafik terkini di Lebuhraya Kuala Lumpur -Karak menerusi aplikasi Waze.

bentong 1

bentong 2
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami