awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laluan Pos Betau-Lembah Bertam kembali dibuka 7 Julai

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
01/07/2022
21:15 MYT
Laluan Pos Betau-Lembah Bertam kembali dibuka 7 Julai
Jalan Pos Betau-Lembah Bertam yang mengalami mendapan dan kerosakan sebelum ini akan dibuka semula pada 7 Julai.
CAMERO HIGHLANDS: Jalan Pos Betau-Lembah Bertam yang mengalami mendapan dan kerosakan sebelum ini akan dibuka semula bermula 7 Julai.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Cameron Highlands, laluan yang menghubungkan Pekan Ringlet dan Sungai Koyan itu bagaimanapun hanya boleh dilalui oleh kenderaan ringan di bawah 5 tan sahaja.
"Laluan FT 0102 Seksyen 18.650-19.650, Jalan Pos Betau-Lembah Bertam akan dibuka bermula 8 pagi Khamis depan dengan ia melibatkan satu laluan sahaja.
"Ini memandangkan kerja-kerja pembaikan kekal sedang dilaksanakan di sebelah laluan yang ditutup," katanya menerusi kenyataan di laman Facebook semalam.
Dalam pada itu, JKR Cameron Highlands menyarankan kenderaan berat yang melebihi 5 tan boleh menggunakan laluan dari Simpang Pulai/Alor Setar ke Sungai Koyan/Lipis iaitu dari Jalan Pos Slim–Lojing ke Jalan Bentong–Gua Musang ke Jalan Central Spine ke Jalan Berchang-Sungai Koyan.
Manakala dari Tapah/Kuala Lumpur/Bentong ke Sungai Koyan/Lipis boleh melalui Jalan Tapah-Cameron Highlands ke Jalan Pos Slim–Lojing ke Jalan Bentong–Gua Musang ke Jalan Central Spine ke Jalan Berchang–Sungai Koyan.
Bagi kenderaan berat dari Sungai Koyan/Lipis ke Tanah Rata dari Jalan Berchang–Sungai Koyan ke Jalan Central Spine ke Jalan Bentong–Gua Musang ke Jalan Pos Slim–Lojing ke Jalan Tapah–Cameron Highlands. Infografik laluan alternatif bagi kenderaan berat melebihi 5 tan.
Infografik laluan alternatif bagi kenderaan berat melebihi 5 tan.
Media sebelum ini menyiarkan Jalan Pos Betau-Lembah Bertam yang menghubungkan Pekan Ringlet dan Sungai Koyan ditutup sepenuhnya bermula 30 April lalu berikutan struktur jalan yang mendap di Seksyen 19.150.
Pihak JKR turut memohon semua pengguna jalan berkenaan agar berhati-hati ketika menggunakan laluan tersebut dan mematuhi arahan papan tanda yang telah disediakan.
Topic Berkaitan
#laluan Pos Betau-Lembah Bertam
#Cameron Highlands
#Jalan rosak
#jalan tutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan