awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laman web UM digodam: Polis terima satu laporan

Sinar Harian
Sinar Harian
20/10/2019
03:03 MYT
Laman web UM digodam: Polis terima satu laporan
ABDUL HAMID: Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Jenayah Komputer 1997. - Gambar fail
Polis mengesahkan terima satu laporan daripada pihak Universiti Malaya (UM) berhubung insiden laman web universiti itu yang digodam, baru-baru ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, laporan dibuat oleh Pengarah Pusat Teknologi Maklumat UM pada jam 1.15 pagi, pada Sabtu.
"Ya, polis terima satu laporan yang dibuat di Balai Polis Pantai.
"Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Jenayah Komputer 1997," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Pada Jumaat, dalam satu kenyataan, UM berkata sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden laman web e-bayaran universiti itu digodam lewat malam pada Khamis.
Kenyataan itu berkata, laman web berkenaan masih dalam proses ujian dan akan diaktifkan dalam masa terdekat.
Sistem tersebut ditutup bagi membolehkan siasatan dan kerja pembaikan dilaksanakan.
Pada Khamis, pautan berbayar di laman web rasmi UM menjadi sasaran penggodam yang tidak dikenal pasti bagaimanapun ia turut dikaitkan dengan isu protes membabitkan graduan universiti berkenaan, Wong Yan Ke pada majlis konvokesyen baru-baru ini.
Namun, graduan kejuruteraan awam itu menafikan penglibatannya menggodam laman web e-bayaran universiti tersebut.
Topic Berkaitan
#Abdul Hamid Bador
#Akta Jenayah Komputer 1997
#e-bayaran
#godam
#graduan biadab
#jenayah
#Ketua Polis Negara
#konvokesyen
#Laman web
#penggodam
#polis
#protes
#Pusat Teknologi Maklumat UM
#siasatan
#UM
#universiti malaya
#Wong Yan Ke
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan