KUALA LUMPUR: Malaysia antara negara terawal melancarkan Multimedia Super Corridor (MSC) pada 1995 namun sehingga sekarang, masih banyak kawasan di negara ini yang masih menghadapi masalah capaian Internet.
Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi, Prof Tan Sri Noor Azlan Ghazali berkata, sekiranya semua dilakukan dengan betul, Malaysia kini sepatutnya sudah berada jauh di hadapan terutamanya dalam perhubungan secara digital.
Begitupun, beliau berkata, sayangnya sehingga kini Malaysia masih belum ‘terhubung’ sepenuhnya.
BACA: Banyak yang masih perlu dilakukan untuk capai aspirasi digital Malaysia - Mustapa
“Jadi inilah masalah kita. Kita tahu keperluannya, kita masukkan maklumat dalam dokumen. Saya ada dokumen, tulisnya dalam 30 tahun, akan ada tiga fasa, disusun mengikut nombor.
“Kalau lihat dokumen ini, berkaitan ekonomi digital, kita ada apa yang dipanggil enam tugasan, 22 strategi, 48 inisiatif, 28 inisiatif. Anda lihat dokumen, contohnya agrikultur Malaysia, ada yang 2.0, mereka berikan semua nombor ini.
“Enam tugasan, 'tang... tang... tang... tang...' tapi tiada orang melihatnya. Saya minta maaf, saya kena cakap perkara ini sebab ini punca tidak berlakunya Wawasan 2020, tiada kena mengena dengan krisis tapi kelemahan kita untuk selesaikan rancangan dibuat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Tech for Good Institute’s Launch Dialogue yang dijalankan secara maya pada Rabu.
Tegasnya, Malaysia sangat bagus dalam mengenal pasti keperluan digital dalam negara namun ada masalah serius untuk memenuhi keperluan tersebut.
“Kita mesti akui Malaysia ada masalah serius untuk menyelesaikan apa yang dirancang. Kita yang pertama mulakan MSC pada tahun 1995.
“Maksud saya, kalau kita buat dengan betul, kita sudah jauh berada di hadapan tapi mengejutkan, kita tidak pun sepenuhnya terhubung.
“Kita tiada pembangunan perhubungan digital. Ingat lagi tujuh ‘flagship’ Cyberjaya, MSC itu? Semua sudah hilang,” katanya dalam dialog tersebut.
Katanya lagi, pelan digital yang dirancang selepas ini perlu mengurangkan atau menutup segala jurang yang ada di Malaysia.
“Malaysia ini banyak sangat jurang. Jurang luar bandar, pendapatan, pendidikan, kita adalah negara yang ada banyak jurang.
“Saya percaya digitalisasi, kalau kita lakukan dengan betul, ia akan menjadi sesuatu yang mampu menghilangkan jurang itu,” katanya.
Astro Awani
Wed Nov 10 2021

Noor Azlan berkata, sekiranya semua dilakukan dengan betul, Malaysia kini sepatutnya sudah berada jauh di hadapan terutamanya dalam perhubungan digital. - Foto/ BERNAMA

Diperdaya serah 'username' dan 'password', pembantu tadbir rugi lebih RM30,000
Seorang pembantu tadbir di Port Dickson mendakwa kerugian RM38,480 setelah diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pihak syarikat kurier.

HL Asset Management | Pemenang Anugerah Dana Refinitiv Lipper 2022
Hong Leong Islamic Asset Management Berhad (HLISM) merangkul 14 daripada 20 anugerah yang dimenangi secara keseluruhan pada Anugerah Dana Refinitiv Lipper 2022.

HFMD | Sabah rekod peningkatan 51 kali ganda
Sabah merekodkan trend peningkatan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) sebanyak kira-kira 51 kali ganda iaitu, 2,834 kes bagi tempoh Januari hingga 16 Mei 2022 berbanding 55 kes bagi tempoh sama tahun lalu. Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Rose Nani Mudin, lima daerah melaporkan kes tertinggi iaitu Tawau dengan 435 kes, diikuti Sandakan 387 kes; Lahad Datu (308 kes); Kota Belud (244 kes) dan Papar (229 kes).

Impak pemansuhan AP bahan makanan
Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO), Datuk Ameer Ali Mydin, mengulas isu pemansuhan Permit Import (AP) bahan makanan dari luar negara ke Malaysia.

Sekuriti Makanan | Perlu dasar menyeluruh
Polisi serta dasar yang menyeluruh berkait sekuriti makanan perlu dilaksanakan kerajaan selepas memutuskan untuk memansuhkan permit import (AP) makanan. Pakar Pemasaran dan Polisi Pertanian, Datin Dr Fatimah Mohamed Arshad berkata krisis tiga penjuru yang berlaku ketika ini iaitu pandemik COVID-19, perubahan iklim dan perang Rusia-Ukraine bakal memberi impak kepada Malaysia.

HFMD: Perak akan tutup taska, tadika dan pusat jagaan jika kes membimbangkan
Pejabat Kesihatan Daerah akan sentiasa memantau supaya tempat-tempat penjagaan kanak-kanak menjaga kebersihan di premis masing-masing.

Samseng Jalan Raya | Polis kesan pemandu BMW berkelakuan samseng
Polis sedang mengesan pemandu kereta jenis BMW berwarna putih kerana memandu secara berbahaya sehingga menganggu pengguna jalan raya yang lain, pada Rabu. Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim, tular di media sosial video berdurasi 2 minit 50 saat memaparkan kejadian yang berlaku di kilometer (KM) 10 Lebuhraya Persekutuan arah Kuala Lumpur ke Klang.

Final Liga Europa: Borre pimpin kebangkitan Frankfurt muncul juara
Eintracht Frankfurt merangkul trofi Eropah pertama mereka dalam tempoh 42 tahun selepas kemenangan penentuan penalti 5-4 ke atas Rangers.

Keselamatan makanan: Bank Dunia umum pembiayaan US$30 bilion
Pembiayaan adalah untuk sektor seperti pertanian, pemakanan, perlindungan sosial dan air bagi tempoh 15 bulan akan datang.

Pemandu maut, kelindan cedera treler muatan tepung terbalik
Pemandu disahkan maut di lokasi kejadian manakala kelindan cedera.

Penggunaan e-dompet meningkat 131 peratus pada 2020
Peratusan rakyat Malaysia menggunakan wang tunai untuk pembayaran menurun 11 peratus kepada 78 peratus.

MCMC wujudkan MEDi galak usahawan ceburi ekonomi digital berskala besar
Inisiatif itu dilakukan bagi membolehkan usahawan terutama golongan muda mengembangkan perniagaan mereka secara digital.

Mengarusperdanakan ekonomi digital kepada semua lapisan masyarakat
Ia bagi memastikan masyarakat yang terpinggir juga dapat bersama-sama merasai peluang yang sama.

Pelabur asing sangat pentingkan keselamatan siber, ketahanan digital - MGBF
Apabila ekonomi digital berkembang, keselamatan siber dan daya tahan digital kekal menjadi tumpuan terhadap kebimbangan pelabur asing yang ingin menjalankan perniagaan di Malaysia.

Minggu Ekonomi Digital Malaysia jana perdagangan, pelaburan berkelayakan RM1.3 bilion
Jumlah yang dijana daripada penyertaan 22 syarikat teknologi Malaysia, melepasi sasaran awal RM300 juta dari segi pelaburan.

Lebih banyak PEDi akan diwujudkan di daerah seluruh Johor - Annuar Musa
MCMC akan mewujudkan lebih banyak Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di daerah seluruh negeri Johor.

Pelan Hala Tuju Robotik Negara dibangunkan, tingkatkan produktiviti negara - PM
Kerajaan akan memperkasakan sektor teknologi baharu dan pelaburan ekonomi digital strategik bagi memacu aspek pendigitalan negara secara lebih holistik.

MPC harap pemain industri ekonomi digital manfaat penubuhan Unit #MyMudah
Teknologi digital menjadi antara faktor penting yang memberi kesan kepada perubahan landskap ekonomi.

Sarawak mampu jadi kuasa ekonomi digital - Abang Johari
Sarawak mampu menjadi kuasa ekonomi digital yang mempunyai infrastruktur dan utiliti yang baik, menikmati pendapatan tinggi dengan sokongan padu rakyat dan kecekapan perkhidmatan awam negeri.

Ketika ekonomi digital melonjak, jenayah siber turut meningkat
Secara puratanya terdapat 270 serangan siber bagi setiap organisasi sepanjang 2021, peningkatan sebanyak 31 peratus berbanding 2020.