KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan Arahan Memberhentikan Kerja serta-merta kepada pemilik sebuah projek di Jalan Raja Laut, di sini.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata, ia susulan gangguan Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang yang berlaku 27 Jan lalu.
"Saya telah mengadakan mesyuarat pada 28 Jan 2023 bersama wakil daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan beberapa jabatan dalaman DBKL iaitu Jabatan Perancangan Infrastruktur, Jabatan Kawalan Bangunan, Jabatan Perancangan Bandaraya, Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran, Jabatan Undang-Undang dan Pendakwaan serta Jabatan Perancangan Korporat.
"Hasil daripada mesyuarat tersebut, DBKL telah mengeluarkan Arahan Memberhentikan Kerja (Stop Work Order) serta-merta kepada Tetuan Persekutuan Seruan Islam (Jam’iyah) Selangor dan Wilayah Persekutuan iaitu pemilik projek Cadangan Membina 1 Blok 44 Tingkat Menara SOHO (326 unit) Dengan 1 Basemen yang terletak di Lot PT 163, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: Tren laluan Ampang-Sri Petaling alami kelewatan - Rapid KL
BACA: Penjajaran landasan bengkok punca kelewatan - Rapid KL
BACA: Gangguan LRT: MOT tunggu laporan pakar - Anthony Loke
Terdahulu pada 27 Jan lalu, perkhidmatan LRT bagi Laluan Ampang dilaporkan mengalami kelewatan atas faktor keselamatan akibat penjajaran landasan yang bengkok berhampiran stesen LRT Bandaraya.
Susulan itu, Rapid Rail Sdn Bhd terpaksa menutup laluan di antara stesen LRT Masjid Jamek dan stesen LRT Bandaraya.
Syarikat itu berkata, hasil pemerhatian awal mendapati kelewatan LRT yang berlaku pada hari itu berpunca daripada kerosakan struktur jejambat akibat daripada kerja pembinaan bersebelahan kawasan itu.
Mengulas lanjut, Mahadi berkata, arahan henti kerja serta-merta itu dibuat sebagai langkah keselamatan bagi memastikan pihak APAD dan agensi berkaitan dapat menjalankan siasatan, penelitian, seterusnya mengenal pasti punca gangguan yang berlaku baru-baru ini.
"Untuk rekod, projek tersebut kini hanya di peringkat awalan iaitu melibatkan kerja-kerja tanah di luar daripada kawasan zon 1 dan zon 2 (protection zone).
"DBKL menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (One Stop Committee atau OSC) akan melibatkan pihak APAD dan Prasarana bagi mendapatkan pandangan mereka khususnya apabila terdapat permohonan pembangunan yang terletak dalam atau berhampiran dengan zon keselamatan kereta api (Railway Protection Zone)," ujarnya.
BACA: Waktu puncak LRT Laluan Ampang/Sri Petaling, monorel dilanjutkan mulai esok
BACA: Gangguan LRT: Projek pembangunan dijalankan dalam kawasan rizab LRT
Astro Awani
Mon Jan 30 2023
Pada 27 Jan lalu, perkhidmatan LRT bagi Laluan Ampang mengalami kelewatan atas faktor keselamatan akibat penjajaran landasan yang bengkok berhampiran stesen LRT Bandaraya. - Foto Twitter BERNAMA
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
Landasan LRT bengkok: DBKL arah henti kerja projek Menara SOHO
Ia susulan gangguan perkhidmatan LRT Laluan Ampang yang berlaku baru-baru ini, dipercayai akibat penjajaran landasan yang bengkok.