KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan Arahan Memberhentikan Kerja serta-merta kepada pemilik sebuah projek di Jalan Raja Laut, di sini.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata, ia susulan gangguan Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang yang berlaku 27 Jan lalu.
"Saya telah mengadakan mesyuarat pada 28 Jan 2023 bersama wakil daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan beberapa jabatan dalaman DBKL iaitu Jabatan Perancangan Infrastruktur, Jabatan Kawalan Bangunan, Jabatan Perancangan Bandaraya, Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran, Jabatan Undang-Undang dan Pendakwaan serta Jabatan Perancangan Korporat.
"Hasil daripada mesyuarat tersebut, DBKL telah mengeluarkan Arahan Memberhentikan Kerja (Stop Work Order) serta-merta kepada Tetuan Persekutuan Seruan Islam (Jam’iyah) Selangor dan Wilayah Persekutuan iaitu pemilik projek Cadangan Membina 1 Blok 44 Tingkat Menara SOHO (326 unit) Dengan 1 Basemen yang terletak di Lot PT 163, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: Tren laluan Ampang-Sri Petaling alami kelewatan - Rapid KL
BACA: Penjajaran landasan bengkok punca kelewatan - Rapid KL
BACA: Gangguan LRT: MOT tunggu laporan pakar - Anthony Loke
Terdahulu pada 27 Jan lalu, perkhidmatan LRT bagi Laluan Ampang dilaporkan mengalami kelewatan atas faktor keselamatan akibat penjajaran landasan yang bengkok berhampiran stesen LRT Bandaraya.
Susulan itu, Rapid Rail Sdn Bhd terpaksa menutup laluan di antara stesen LRT Masjid Jamek dan stesen LRT Bandaraya.
Syarikat itu berkata, hasil pemerhatian awal mendapati kelewatan LRT yang berlaku pada hari itu berpunca daripada kerosakan struktur jejambat akibat daripada kerja pembinaan bersebelahan kawasan itu.
Mengulas lanjut, Mahadi berkata, arahan henti kerja serta-merta itu dibuat sebagai langkah keselamatan bagi memastikan pihak APAD dan agensi berkaitan dapat menjalankan siasatan, penelitian, seterusnya mengenal pasti punca gangguan yang berlaku baru-baru ini.
"Untuk rekod, projek tersebut kini hanya di peringkat awalan iaitu melibatkan kerja-kerja tanah di luar daripada kawasan zon 1 dan zon 2 (protection zone).
"DBKL menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (One Stop Committee atau OSC) akan melibatkan pihak APAD dan Prasarana bagi mendapatkan pandangan mereka khususnya apabila terdapat permohonan pembangunan yang terletak dalam atau berhampiran dengan zon keselamatan kereta api (Railway Protection Zone)," ujarnya.
BACA: Waktu puncak LRT Laluan Ampang/Sri Petaling, monorel dilanjutkan mulai esok
BACA: Gangguan LRT: Projek pembangunan dijalankan dalam kawasan rizab LRT
Astro Awani
Mon Jan 30 2023
Pada 27 Jan lalu, perkhidmatan LRT bagi Laluan Ampang mengalami kelewatan atas faktor keselamatan akibat penjajaran landasan yang bengkok berhampiran stesen LRT Bandaraya. - Foto Twitter BERNAMA
Kes Audrey Fang: Penyiasat temukan bukti dalam bilik hotel suspek
Peguam keluarga mangsa meminta warga Singapura itu yang tidak dinamakan di hantar ke penjara dahulu sebelum perbicaraan.
Kursus Perdana Haji secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini sehingga 5 Mei
TH anjur Kursus Perdana Haji secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini di Masjid WIlayah Persekutuan sehingga 5 Mei ini, di mana ia merupakan kursus terakhir bagi bakal jemaah haji sebagai platform ulang kaji dan pelengkap kepada kursus-kursus sebelum ini.
White House enggan komen serangan Israel ke atas Iran
Jurucakapnya White House berkata Amerika Syarikat tidak mahu komen tentang perkara itu kerana dari awal lagi mereka tidak ingin terlibat secara langsung atas perang antara Iran dan Israel, atas kerisauan peningkatan suhu konflik di Asia Barat.
Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Perkara itu disahkan Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright menerusi taklimat ringkas kepada semua peserta terlibat di Istanbul pada petang Jumaat.
Perkara itu disahkan Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright menerusi taklimat ringkas kepada semua peserta terlibat di Istanbul pada petang Jumaat.
[Kronologi] perang Iran - Israel
[Kronologi] perang Iran - Israel
Pengembara dari dan ke Singapura bawa lebih S$20,000 perlu lakukan pengisytiharan
Pengisytiharan menggunakan kertas pada masa ini akan dihentikan pada 13 Mei ini.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Landasan LRT bengkok: DBKL arah henti kerja projek Menara SOHO
Ia susulan gangguan perkhidmatan LRT Laluan Ampang yang berlaku baru-baru ini, dipercayai akibat penjajaran landasan yang bengkok.