awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Lelaki AS menyamar sebagai pramugara, tempah lebih 120 penerbangan percuma
MALAYSIA
Pengerusi, setiausaha persatuan kuil direman kes seleweng duit
SUKAN
Piala Negara-Negara FIH Wanita 2: Impian Malaysia ke separuh akhir lebur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Langgar mati lapan remaja basikal lajak: Kerani dipenjara enam tahun, denda RM6,000

Astro Awani
Astro Awani
13/04/2022
04:43 MYT
Langgar mati lapan remaja basikal lajak: Kerani dipenjara enam tahun, denda RM6,000
Sam Ke Ting didapati bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lepas. --fotoBERNAMA
JOHOR BHARU: Mahkamah Tinggi Johor Bahru hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun serta denda RM6,000 ke atas seorang kerani wanita, susulan kesalahan memandu secara melulu, hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lalu.
Ini sekali gus membatalkan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober tahun lalu, yang mengekalkan keputusan untuk membebaskan terduduh, Sam Ke Ting, 27 tahun, daripada tuduhan terbabit
Tertuduh turut diperintah menjalani hukuman enam bulan penjara jika tidak membayar denda, selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun, berkuat kuasa selepas selesai hukuman penjara.
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Abu Bakar Katar ketika membacakan keputusan rayuan kes berkenaan.
Abu Bakar berkata, pelbagai faktor diambil kira termasuk kepentingan awam serta hujahan pihak berkaitan dalam rayuan tersebut.
"Perbuatan responden yang memandu cara melulu atau berbahaya telah menyebabkan kehilangan lapan nyawa. Kesalahan yang dilakukan responden adalah kesalahan berat.
"Mahkamah turut menimbangkan kesalahan yang dilakukan responden adalah kes yang tinggi di Johor dengan statistik menunjukkan kes kemalangan maut antara 2011 hingga 2021 berjumlah 10,297 kematian," katanya.
Prosiding rayuan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abd Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd Ghazali.
Sementara Sam diwakili peguam Muhammad Faizal Mokhtar.
Responden turut gagal menangguhkan hukuman penjaranya, apabila Hakim memerintahkan dia dipenjara mulai Rabu selagi tiada kebenaran Mahkamah Tinggi untuk rayuan penangguhan dibuat.
[TERKINI] Sam Ke Ting dihukum enam tahun penjara
Abu Bakar berkata, pendakwaan telah berjaya memutuskan kes prima facie di akhir kes pendakwaan dengan Mahkamah Tinggi turut memerintahkan tertuduh untuk membela diri.
Katanya, mahkamah bicara juga terkhilaf dalam menimbangkan semula isu dibangkitkan di akhir kes pendakwaan berkaitan identiti pemandu kereta, kebolehterimaan eksibit dan tiada pengecaman atas mangsa.
"Responden dalam pembelaannya menyatakan tidak nampak kumpulan basikal di tempat kemalangan dan ada kenderaan lain yang melanggar basikal mangsa sebelum melarikan diri, namun versi ini tidak pernah ditimbulkan responden semasa kes pendakwaan.
"Oleh itu, mahkamah ini mengenepikan keputusan mahkamah bicara yang melepas dan membebaskan responden di akhir kes pembelaan. Mahkamah memutuskan responden bersalah dan disabitkan atas pertuduhan itu," tambahnya.
Berdasarkan pertuduhan, Sam didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, pada 3.20 pagi 18 Feb 2017.
Mangsa ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14 tahun; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14 tahun; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16 tahun; Fauzan Halmijan, 13 tahun; Mohamad Azhar Amir, 16 tahun; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14 tahun; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 tahun; dan Haizad Kasrin, 16 tahun.
Topic Berkaitan
#Sam Ke Ting
#basikal lajak
#memandu secara melulu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami