awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AI.com milik rakyat Malaysia dijual AS$70 juta: Ini 5 perkara menarik!
Pelan induk dan pelan tindakan pelaburan JS-SEZ dilancar 30 Mac ini di Johor Bahru
Polis kesan pemandu Axia baling kon di Plaza Tol LDP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langgar SOP boleh dipenjara, antara pindaan Akta 342 yang sedang diteliti

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
04/02/2021
08:38 MYT
Langgar SOP boleh dipenjara, antara pindaan Akta 342 yang sedang diteliti
Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat akan meminda beberapa peruntukan dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat akan meminda beberapa peruntukan dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas dan cepat perlu diambil bagi memastikan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP).
Menurutnya, antara pindaan adalah arahan penutupan serta-merta premis perniagaan yang tidak mematuhi peraturan dan SOP ditetapkan.
Berikut adalah antara pindaan lain yang akan dilaksanakan:
  • Tindakan perundangan terhadap pemilik perniagaan, pemegang francais, operator francais dan pihak berkepentingan lain dalam rantaian organisasi perniagaan.
  • Tindakan perundangan terhadap rantaian pengurusan pekerja asing meliputi majikan, ejen pembekal pekerja, kontraktor utama, sub-kontraktor dan orang perseorangan.
  • Tindakan kompaun yang lebih tinggi kepada pesalah berulang atau pesalah yang telah diberi amaran.
  • Tindakan penjara ke atas pesalah yang melanggar peraturan dan SOP.
  • Tindakan tatatertib ke atas Penjawat Awam yang tidak mematuhi Peraturan dan SOP termasuk kepada Ketua Jabatan berkaitan pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah.
BACA: Teks penuh penjelasan terkini Proklamasi Darurat dan Ordinan Darurat oleh PM
Tambah beliau, kerajaan juga sedang dalam proses untuk meminda Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 atau Akta 446.
Menurutnya, ia bertujuan menangani isu-isu pengurusan tempat tinggal pekerja menerusi tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas.
Antaranya ialah mewajibkan majikan untuk:
  • Menyediakan tempat tinggal yang memenuhi standard yang ditetapkan.
  • Menanggung kos penginapan, perpindahan dan kos saringan kesihatan pekerja.
  • Melaksanakan tindakan pemantauan ke atas pekerja asing sewaktu bekerja di premis pekerjaan dan selepas waktu bekerja di tempat tinggal.
  • Memastikan agen pusat penginapan pekerja menyediakan tempat tinggal pekerja yang memenuhi syarat dan standard kesihatan awam yang ditetapkan oleh kerajaan.
“Kementerian Sumber Manusia akan mengetuai Pasukan Petugas Pengurusan Penginapan Pekerja yang akan mempunyai bidang kuasa yang lebih besar dan menyeluruh menerusi pindaan Akta 446,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri pada Khamis.
[SIDANG MEDIA] Perutusan Khas Perdana Menteri | 4 Februari 2021
Topic Berkaitan
#Akta 342
#pindaan
#akta
#SOP
#penjara
#tegas
#Peraturan
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#kerajaan
#kesihatan
#operasi
#COVID-19
#Premis
#ingkar
#langgar SOP
#Arahan
#Perutusan Khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan