KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengakui kekhilafannya kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika hadir dalam Majlis Pelancaran Briged MIC Johor pada Ahad.
Jelas Hishammuddin dalam ciapan di Twitter rasminya, beliau hadir sebagai tetamu dalam majlis itu dan mengakui memang ada kelemahan dalam pematuhan SOP dalam majlis terbabit.
"Saya hadir sebagai tetamu dan saya terima, memang ada kelemahan dalam pematuhan SOP tadi. Tapi, salah tetap salah.
"Tiada siapa siapa melebihi undang-undang, termasuk saya. Ini menjadi pengajaran buat kita semua," jelasnya ringkas.
BACA: Langgar SOP: Khairy arah Hishammuddin, Vigneswaran dan Hasni dikompaun
Dalam perkongsian video, Hishammuddin turut memaklumkan program politik dilihat sukar dikawal meskipun diberi kelonggaran.
"Kalau melibatkan diri saya sendiri pun, sebelum kita datang (ke majlis) kita tidak tahu apa akan berlaku. Sebab itu PRN kali ini....bahawa dalam program politik dalam apa jua kelonggaran kita beri masalah dia, kita susah nak kawal.
"Ini akan diambil kira oleh SPR nanti bila nak menentukan SOP masa PRN Johor. Bagi saya kalau ada kesalahan SOP kali ini, nak ambil tindakan saya mengalu-alukan, salah tetap salah," jelasnya lagi.
Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah mengarahkan kompaun dikenakan terhadap beberapa pemimpin kanan Barisan Nasional, kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) tentang penjarakan sosial.
Mereka yang dikenakan kompaun ialah Menteri Kanan Pertahanan merangkap Pengerusi Menteri Kuartet COVID-19, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran, dan Pengerusi BN Johor, merangkap Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad.
Turut dikenakan kompaun ialah penganjur untuk Majlis Pelancaran Briged MIC Johor, yang diadakan di Kota Iskandar, awal hari ini.
Fareez Azman
Sun Feb 13 2022

Hishamuddin turut memaklumkan program politik dilihat sukar dikawal meskipun diberi kelonggaran. - Gambar fail

Jokowi bertemu Putin, sampaikan pesanan Presiden Rusia
Jokowi dilaporkan turut bersedia berbincang dengan Putin untuk segera menamatkan peperangan di Ukraine.

Logan Paul ikat kontrak bersama WWE
Paul mengumumkan telah menandatangani kontrak yang berakhir sehingga tahun depan dengan organisasi gusti itu.

10 pemancing, tiga kru bot dikhuatiri hilang
Kesemua mereka turun ke laut kira-kira jam 10 pagi Sabtu lalu dari Jeti Pengkalan Kubu dan sehingga kini gagal dihubungi.

Ibu tunggal syukur terima bantuan rumah baharu
Menjunjung kasih Pemangku Raja Pahang yang sentiasa prihatin dengan nasib rakyat jelata.

KKN Sabah bangunkan sistem, cegah pemalsuan pengisytiharan cukai jualan
Kerajaan Negeri Sabah menerusi KKN akan mewujudkan Integrated System secara atas talian antara KKN dan MPOB bagi mencegah pemalsuan pengisytiharan cukai jualan oleh syarikat di negeri itu.

Politik | Najib nafi minta Anwar gugurkan kes mahkamah
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau pernah meminta Ketua Pembangkang itu untuk menggugurkan kes mahkamah sekiranya mahu disokong sebagai Perdana Menteri. Ahli Parlimen Pekan itu berkata beliau tidak pernah meminta mana-mana individu untuk mengugurkan kesnya di mahkamah melalui pengaruh politik.

Ibadah Korban | JAWI umum ketetapan baharu
Kesemua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dibenar untuk melaksanakan ibadah korban sempena Aidiladha yang akan disambut pada 10 Julai bersamaan 10 Zulhijjah, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail.

Bantuan | Bagaimana mahu bantu rakyat ketika inflasi?
BBerlaku perubahan pekerjaan dalam kalangan belia untuk berniaga dan bekerja dalam dalam perkhidmatan e-hailing, kata Felo Penyelidik Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Fauzi Fadzil. Beliau menyifatkan ia merupakan sesuatu perkara yang membimbangkan dan seterusnya perlu ditangani dengan segera.

Pemilihan PKR: Hans Isaac pecah tradisi, menang Ketua Cabang Ampang
Hans Isaac memperolehi 748 undi sementara Altimet memperoleh 746 undi.

"Moga Allah gantikan segala kesakitan, kepedihan"- Doa Neelofa buat Puteri Sarah
Neelofa sudah lama tahu masalah rumah tangga Puteri Sarah, Syamsul.

Mufti N. Sembilan saran pengimportan daging dari rumah sembelihan langgar SOP ditangguh sementara
Pengimportan daging dari rumah sembelihan haiwan di Australia yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) penyembelihan halal, wajar ditangguhkan sementara bagi memberi ruang kepada pihak b

Langgar SOP, 145 pengunjung pusat hiburan dikompaun RM145,000
Kompaun bernilai RM1,000 dikeluarkan kepada setiap pesalah yang terdiri 135 warga tempatan dan 10 warga asing dalam operasi Op Hiburan itu.

Langgar SOP: Pengunjung, pemilik pusat hiburan dikompaun RM95,000
Kesemua mereka yang berumur lingkungan 20 hingga 50 tahun itu masing-masing dikompaun sebanyak RM1,000.

150 individu dikompaun RM150,000 langgar SOP PPN - Polis
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada 75 lelaki dan 75 wanita warga tempatan berusia lingkungan 18 hingga 65 tahun.

PRN Johor: KKM keluarkan 42 kompaun setakat ini - Khairy
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 42 kompaun berikutan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) sepanjang proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, setakat ini.

Video tular berjoget di konsert, polis akan ambil tindakan
Siasatan terperinci berhubung insiden itu akan dijalankan dan tindakan diambil berdasarkan lunas undang-undang.

PRN Johor: Seorang petugas media dikompaun, seorang lagi diberi amaran
Weng Kian Yong berkata, dia dikenakan kompaun RM1,000 atas alasan melanggar penjarakan fizikal.

Langgar SOP bukan satu jenayah, tak perlu letak jawatan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan yang dilakukan oleh Hishammuddin itu bukanlah satu jenayah.

Langgar SOP: 'Saya hadir sebagai tetamu, salah tetap salah' - Hishammuddin
Hishamuddin turut memaklumkan program politik dilihat sukar dikawal meskipun diberi kelonggaran.

Langgar SOP: Khairy arah Hishammuddin, Vigneswaran dan Hasni dikompaun
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah mengarahkan kompaun dikenakan terhadap beberapa pemimpin kanan Barisan Nasional, kerana didapati melanggar SOP.