BUTTERWORTH: Sebanyak 12 lelaki termasuk seorang remaja dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan menyertai perarakan kematian sehingga melanggar prosedur operasi standard (SOP) pada 13 Oktober lalu.
Tujuh tertuduh, iaitu R Kumar, 39; G Rukumaran, 33; M Kanes Kumaar, 28; A Elango, 35, A Veera Putthiran, 19; S Muniswaran, 30; S Rishantheren, 23 mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus.
Manakala lima lagi tertuduh, D Stephen Dass, 35; M Sivasangar, 49; K Harjun, 18; Mazlan Hassan Sha, 35, dan remaja lelaki berusia 17 tahun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Mengikut kertas pertuduhan, kesemua mereka didakwa melanggar arahan Ketua Pengarah Kesihatan dengan cara menjalankan perarakan kematian bagi tujuan keagamaan di dalam kawasan tempatan jangkitan.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Besar Kerian Kedah, Sungai Jawi dalam daerah Seberang Perai Selatan kira-kira jam 2 petang, 13 Oktober lalu.
Kesemua mereka didakwa mengikut Peraturan 9, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No3) 2021 yang boleh dihukum di bawah Peraturan 17(1) peraturan yang sama.
Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Aisyah Al Humayrah Kamaruzaman.
Tujuh tertuduh yang mengaku bersalah diwakili peguam, Anbananthan Yathiraju manakala selebihnya tidak diwakili peguam.
Ketika prosiding, Aisyah memohon kepada mahkamah supaya menetapkan hukuman denda RM15,000 terhadap tertuduh yang mengaku bersalah.
Menurut Aisyah, hukuman yang setimpal perlu dikenakan terhadap tertuduh bagi memberi pengajaran kepada mereka selain mengambil kira kesusahan petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus mengawal penularan jangkitan kes COVID-19.
Mereka bagaimanapun merayu hukuman denda dikurangkan dengan alasan berasal dari keluarga kurang berkemampuan, malah ada yang kehilangan pekerjaan selain mempunyai tanggungan yang ramai.
Norhayati kemudian menjatuhkan hukuman denda RM3,500 terhadap tujuh tertuduh dan penjara selama dua bulan sekiranya gagal membayar denda.
Sementara itu, hakim turut membenarkan tertuduh yang mengaku tidak bersalah diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin.
Bagi remaja berusia 17 tahun yang dibawah umur dibenarkan diikat jamin RM1,500 dengan syarat hanya boleh dijamin oleh ibu atau bapanya sahaja.
Mahkamah menetapkan 24 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Oct 21 2021
Sebanyak 12 lelaki termasuk seorang remaja dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan menyertai perarakan kematian sehingga melanggar SOP pada 13 Oktober lalu. - Gambar Astro AWANI
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Langgar SOP: Pegawai, tiga anggota ditukar serta-merta - Ketua Polis Selangor
Penukaran serta-merta itu membabitkan individu berpangkat koperal, sarjan, sarjan mejar dan inspektor.
Langgar SOP, 145 pengunjung pusat hiburan dikompaun RM145,000
Kompaun bernilai RM1,000 dikeluarkan kepada setiap pesalah yang terdiri 135 warga tempatan dan 10 warga asing dalam operasi Op Hiburan itu.
150 individu dikompaun RM150,000 langgar SOP PPN - Polis
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada 75 lelaki dan 75 wanita warga tempatan berusia lingkungan 18 hingga 65 tahun.
PRN Johor: KKM keluarkan 42 kompaun setakat ini - Khairy
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 42 kompaun berikutan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) sepanjang proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, setakat ini.
Video tular berjoget di konsert, polis akan ambil tindakan
Siasatan terperinci berhubung insiden itu akan dijalankan dan tindakan diambil berdasarkan lunas undang-undang.
PRN Johor: Seorang petugas media dikompaun, seorang lagi diberi amaran
Weng Kian Yong berkata, dia dikenakan kompaun RM1,000 atas alasan melanggar penjarakan fizikal.
Langgar SOP bukan satu jenayah, tak perlu letak jawatan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan yang dilakukan oleh Hishammuddin itu bukanlah satu jenayah.
Langgar SOP: Khairy arah Hishammuddin, Vigneswaran dan Hasni dikompaun
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah mengarahkan kompaun dikenakan terhadap beberapa pemimpin kanan Barisan Nasional, kerana didapati melanggar SOP.
154 individu dikompaun RM155,000 langgar SOP ketika berhibur - Polis
Seramai 154 individu dikompaun berjumlah RM155,000 kerana gagal mematuhi SOP ketika berhibur di sebuah premis hiburan di Bangsar, pada Jumaat.
JKNJ siasat video, gambar tular majlis libat penjawat awam klinik kesihatan
JKNJ juga sedang mengenal pasti individu yang terlibat dan tindakan akan diambil terhadap mereka.