KUALA LUMPUR: Penyelenggaraan baharu iaitu Mean Kilometres Between Failure (MKBF) dilaksanakan sebagai langkah pencegahan kerosakan teknikal perkhidmatan rel dan bas, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata MKBF merupakan satu petunjuk untuk menilai keberkesanan setiap pengangkutan awam khususnya untuk rel kerana laluan itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini sering mengalami masalah teknikal.
"Kita mesti bawa budaya penyelenggaraan baharu... sebelum ini kita menyelesaikan masalah apabila timbul masalah tetapi paradigma baharu kita adalah memastikan setiap kali ada masalah, kita lakukan langkah pencegahan iaitu satu budaya penyelenggaraan yang lebih sistematik... kita kena tahu komponen peralatan yang perlu diperbaharui dan ditukar sebelum sampai akhir hayat komponen tersebut," katanya.
Loke berkata demikian ketika ditemu bual dalam program Selamat Pagi Malaysia terbitan Radio Televisyen Malaysia sempena Program Setahun Kerajaan Madani di sini hari ini.
Beliau berkata pengenalan penyelengaraan baharu itu merupakan satu indeks prestasi utama setahun Kementerian Pengangkutan di bawah Kerajaan Perpaduan.
Loke berkata petunjuk prestasi utama kementerian itu mencerminkan tiga fokus utama tahun ini iaitu memperkasa sistem pengangkutan awam, memacu pendigitalan dan memperkukuh keselamatan jalan raya.
Beliau berkata sebagai contoh, kementerian itu telah melaksanakan beberapa agenda ke arah pendigitalan perkhidmatan antaranya cukai jalan dan lesen digital di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan yang turut menjadi indeks prestasi utama setahun di bawah Kerajaan MADANI.
"Walaupun ada beberapa kekangan dan kekurangan yang kita hadapi, itu merupakan langkah pertama untuk kita ke arah satu sistem perkhidmatan yang lebih digital, yang tidak perlu berinteraksi melalui kaunter, boleh dipaparkan dan juga perkhidmatan itu boleh diperoleh melalui pendigitalan.
"Itu merupakan satu proses penting yang perlu kita mulakan walaupun mungkin ada dalam kalangan rakyat yang masih belum bersedia ataupun tidak begitu menyesuaikan diri dalam perkhidmatan digital ini namun saya yakin apabila ia dilancarkan, lama-kelamaan rakyat akan merasakan bahawa itu perkhidmatan yang terbaik kepada mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 07 2023
![Langkah pencegahan kerosakan pengangkutan awam diperkenal, elak masalah sama berulang Langkah pencegahan kerosakan pengangkutan awam diperkenal, elak masalah sama berulang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701506053_AnthonyLoke.jpg)
Penyelenggaraan baharu iaitu Mean Kilometres Between Failure (MKBF) dilaksanakan sebagai langkah pencegahan kerosakan teknikal perkhidmatan rel dan bas, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke. - Gambar fail/BERNAMA
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
![Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722055634_tbFadhlinaSidek.jpg)
Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina
Isu pendidikan dan cabaran membina negara khususnya mempertahankan nilai, moral dan agama dibincangkan antara KPM dan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia.
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
![Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722053039_tbSitiZaharahSulai.jpg)
Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman
Beberapa pemimpin kerajaan dan parti hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia
Sebagaimana dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
![Langkah pencegahan kerosakan pengangkutan awam diperkenal, elak masalah sama berulang Langkah pencegahan kerosakan pengangkutan awam diperkenal, elak masalah sama berulang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701506053_AnthonyLoke.jpg)
Langkah pencegahan kerosakan pengangkutan awam diperkenal, elak masalah sama berulang
Penyelenggaraan baharu iaitu Mean Kilometres Between Failure (MKBF) dilaksanakan sebagai langkah pencegahan kerosakan teknikal perkhidmatan rel dan bas, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.