KUALA LUMPUR: Kerajaan mengambil langkah proaktif dalam mendepani isu berkenaan tenaga global yang boleh tercetus akibat konflik antara negara-negara pembekal utama pada masa akan datang.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga, Abdul Razib Dawood, usaha untuk memperkasa pembangunan tenaga boleh baharu sedang giat dijalankan ketika kebergantungan kepada tenaga fosil mula dikurangkan.
Katanya, strategi telah disusun dan ada yang sudah mula dilaksana, serta beberapa perancangan siap sedia untuk dilancar mengikut jadual.
“Yang pertama, sasaran tenaga boleh baharu dinaikkan kepada 31 peratus pada 2025 berbanding sekarang (pada tahap) 12 peratus, dan 2035 kita akan naikkan lagi sasaran tenaga boleh baharu kepada 40 peratus.
“Satu polisi juga telah diumum Perdana Menteri, iaitu tiada lagi pembinaan loji jana kuasa arang batu di Malaysia,” kata Abdul Razib.
Sebagai antara negara yang menandatangani COP 21 Perjanjian Paris untuk sektor elektrik, Malaysia akan mematuhi pengurangan pelepasan karbon sebanyak 45 peratus pada 2030 dan menyasarkan hingga 60 peratus pada 2035.
Turut disusun, langkah ke arah gas rumah kaca sifar bersih pada 2050, memperlihatkan komitmen kerajaan untuk mengurangkan penggunaan bahan api fosil dalam penghasilan tenaga di negara ini.
“Boleh dilihat pada panel-panel solar yang dipasang di beberapa lokasi, kita juga ada biojisim dan biogas, ‘waste-to energy’ (WTE), sistem hidroelektrik mini, kecil dan juga besar.
“Kita juga sudah mulakan ‘Feed-In Tariff” (FIT) apabila kita kenakan tarif kepada panel solar pada bumbung bermula 2011 lagi. Jadi, program ini berterusan dengan penambahan-penambahan,” katanya.
Tonton temu bual penuh beliau dalam program Agenda AWANI dihoskan oleh Najib Aroff, di sini:
Israr Khalid
Tue Mar 22 2022
Malaysia sasar penggunaan 31 peratus tenaga boleh baharu menjelang 2025.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Lelaki ditahan kurang empat jam selepas samun farmasi
Polis berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan bersama pisau yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan dan baki wang tunai hasil samun.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
MyDigital ID hanya kunci digital, tidak simpan data, tak perlu risau isu keselamatan
Sistem itu sudah dibangunkan sejak 2016 dan segala kajian, teknologi dan pembangunan dilaksanakan rakyat Malaysia, malah teknologi juga adalah teknologi tempatan.
Wajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap, faham risiko guna tanah - Pakar
Kerajaan perlu mewajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap untuk tujuan pembangunan.
IPMa buka peluang untuk pelajar teroka TVET seluas-luasnya - Asyraf Wajdi
Dengan 270 institusi TVET di bawah MARA, Asyraf berkata, bidang kemahiran yang diliputi bukan meluas, malah menepati kehendak industri.
Bumiputera berjaya bukan lagi terbatas kepada menjadi CEO - Yayasan Peneraju
Takrifan berjaya perlu ditakrifkan semula dengan memecahkan stigma bahawa kejayaan itu terbatas kepada menjadi Ketua Pegawai Eksekutif semata-mata.
Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar
Arboris tempatan yang ada ketika ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah bakat yang diperlukan untuk memantau kesihatan pokok di bandar-bandar.
Satya Nadella kongsi visi Microsoft dalam pembangunan AI bersama Agenda AWANI
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berpeluang bertemu CEO Microsoft, Satya Nadella bagi memahami dengan lebih mendalam tentang agenda AI.
Waspada taktik Israel nafi operasi pengintipan di negara asing - Penganalisis
Malaysia perlu sentiasa berwaspada dengan taktik penafian yang digunakan Israel untuk menjalankan operasi pengintipan di negara asing.
Stoking tertera kalimah Allah: Masyarakat perlu waras, Islam larang ambil tindakan sendiri - KP IKIM
Masyarakat perlu berfikir secara waras dalam menanggapi isu stoking tertera kalimah Allah.
'Tidak ada cara lain atasi kos sara hidup melainkan gaji dinaikkan' - Penganalisis
Tidak ada cara lain untuk atasi kos sara hidup melainkan dengan menaikkan kadar gaji.
Ibu di Palestin terpaksa beri anak makan ‘wax’ demi kelangsungan hidup
Tanpa kerelaan, namun demi meneruskan kehidupan, ada ibu yang memberi anaknya makan wax, cecair yang biasanya digunakan untuk membuang bulu roma di badan.