KUALA LUMPUR: "Jadi mesej saya kepada YB Nancy (Datuk Seri Nancy Shukri), buktikan yang (gelembung pelancongan) Langkawi selamat untuk dikunjungi" pesan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Itu tegas Menteri Kanan Pertahanan agar Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dapat membuktikan projek rintis itu berjaya, bagi meyakinkan kerajaan untuk membenarkan pembukaan lebih banyak aktiviti pelancongan di seluruh negara.
Katanya, pembukaan lebih banyak sektor pelancongan negara bergantung kepada kejayaan Gelembung Pelancongan Projek Rintis Pulau Langkawi.
"Ia menjadi tanggungjawab YB Nancy dan MOTAC untuk membuktikan kepada kami bahawa mereka boleh lakukan di Langkawi sebelum dibuka tempat-tempat lain.
"Sekiranya projek ini (Pulau Langkawi) gagal, kita tidak akan buka tempat lain (pelancongan)," katanya pada sidang media khas Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 di Parlimen, pada Selasa.
Hishammuddin menambah, menerusi projek rintis itu Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 mahukan MOTAC menggariskan prosedur operasi standard (SOP) yang betul-betul boleh dipatuhi rakyat dan pemain industri, termasuk keperluan membuat ujian saringan COVID-19 sebelum melancong untuk mengelak peningkatan penularan COVID-19.
"Juga penting, mereka yang pergi ke Pulau Langkawi perlu berdisplin dan mematuhi SOP selain lengkap divaksini," tambahnya.
Beliau memberitahu, Langkawi dipilih bagi projek perintis itu berdasarkan penanda arus yang digariskan bagi peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) seperti kadar vaksinasi dan penggunaan katil hospital serta jumlah kes COVID-19.
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan Pulau Langkawi boleh dikunjungi pelancong dari seluruh negara kecuali yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 16 September ini.
Umavathi Ramayah
Tue Sep 14 2021
Hishammuddin Tun Hussein (kiri) berkata, Nancy perlu membuktikan projek rintis Pulau Langkawi berjaya, bagi meyakinkan kerajaan untuk membenarkan pembukaan lebih banyak aktiviti pelancongan di seluruh negara. - Gambar fail
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.
Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.
'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.
Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.
'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.
PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.
Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.
Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.
Tiada keperluan pelawa bekas ahli UMNO ke PAU - Hishammuddin
Tiada keperluan untuk mempelawa bekas ahli UMNO yang dipecat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU).