IPOH: Kawasan ekopelancongan berasaskan gua batu kapur, Lanno Valley dekat sini diarahkan tutup pada 20 April lepas berikutan isu keselamatan.
Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) Mohamad Razif Ramli berkata hasil pemantauan mendapati lokasi itu diusahakan bagi tujuan pelancongan dan rekreasi, namun landskap kawasan berkenaan dikelilingi aktiviti kuari yang aktif dalam radius kurang dari 600 meter.
Beliau berkata pengunjung juga perlu melalui jalan sama dengan jentera aktiviti pengkuarian selain harus berlindung di kawasan lebih jauh semasa aktiviti letupan kuari batu kapur berlangsung, sekali gus memberi risiko keselamatan yang besar kepada pengusaha dan pengunjung.
"MDBG telah mengeluarkan notis untuk menghentikan pemajuan serta arahan mengembalikan semula keadaan tanah seperti asal di lokasi selaras dengan perundangan yang sedang berkuat kuasa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Razif memaklumkan tiada permohonan diterima oleh MDBG bagi tujuan kebenaran merancang dan syarat nyata tanah masih berstatus tanaman komersial (getah).
Katanya tiada sebarang kebenaran pengoperasian oleh pihak berkuasa dikeluarkan dalam tempoh itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 01 2024
Kawasan ekopelancongan berasaskan gua batu kapur, Lanno Valley diarahkan tutup pada 20 April lepas berikutan isu keselamatan. -Gambar fail/Sinar Harian
Nahas Helikopter: Cuaca buruk sukarkan operasi SAR Raisi
Persatuan Bulan Sabit Merah Azerbaijan berkongsi rakaman menunjukkan pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamat nahas yang melibatkan presiden Iran Ibrahim Raisi.
Rakyat Iran solat hajat mohon kesejahteraan Raisi
Orang ramai berkumpul di ibu negara Iran, Tehran bagi bersama-sama bersolat dan berdoa susulan insiden nahas helikopter yang melibatkan Presiden Ebrahim Raisi di barat laut negara itu.
Sebuah rakaman presiden iran dalam helikopter dikeluarkan
Dalam pada itu, sebuah tv nasional Iran pada Ahad mengeluarkan rakaman yang menunjukkan presiden Ebrahim Raisi dan delegasinya menaiki helikopter sebelum ia terhempas.
Helikopter tersebut dilihat melintasi sebuah empangan dalam lawatan beliau ke barat laut negara itu.
Helikopter tersebut dilihat melintasi sebuah empangan dalam lawatan beliau ke barat laut negara itu.
[TERKINI] Helikopter Terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Sebuah helikopter yang membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya terhempas pada Ahad ketika melintasi kawasan pergunungan dalam kabus tebal.
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Lapan orang dewasa berada di atas bot bermotor kecil itu ketika berlaku perlanggaran.
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Lanno Valley diarah tutup bagi tujuan keselamatan - MDBG
Landskap kawasan dikelilingi aktiviti kuari yang aktif dalam radius kurang dari 600 meter itu memberi risiko keselamatan kepada pengunjung.