KUALA LUMPUR: Pelantikan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sebagai Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Dunia (WHA) ke-75, akan memudahkan lagi suara Malaysia dan 37 negara anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) lain di kawasan Pasifik Barat, dibawa ke WHO peringkat dunia.
Pakar kesihatan awam Datuk Dr Zainal Ariffin Omar yang pernah berkhidmat dengan WHO berkata pemilihan itu juga, merupakan satu lagi pencapaian Malaysia dan pengiktirafan negara serantau serta global, kepada perkhidmatan kesihatan negara amnya dan Khairy khususnya.
"Semoga Malaysia terus memainkan peranan yang aktif dalam isu-isu kesihatan global," katanya ketika dihubungi hari ini, bagi mengulas pelantikan Khairy sebagai salah seorang daripada lima naib presiden Perhimpunan Kesihatan Dunia ke-75, yang sedang berlangsung di Geneva, Switzerland.
Menurut Dr Zainal, pemilihan Khairy oleh WHA semalam adalah juga sebagai wakil kepada 37 negara rantau Pasifik Barat lain, dalam WHO.
Katanya pencalonan dibuat oleh negara-negara Pasifik Barat WHO semasa mesyuarat di Himeji, Jepun pada Oktober 2021.
BACA: Khairy Jamaluddin dilantik Naib Presiden WHA ke-75
Beliau berkata Malaysia pernah menjadi Naib Presiden WHA pada 2004 semasa Tan Sri Dr Chua Soi Lek merupakan Menteri Kesihatan, dan pada 2016 ketika jawatan itu disandang Datuk Seri Dr S.Subramaniam.
Khairy disahkan sebagai salah seorang daripada naib presiden perhimpunan itu semalam. Empat negara lain yang turut dipilih sebagai naib presiden WHA ialah Bulgaria, Indonesia, Togo dan Amerika Syarikat.
Menurut Dr Zainal beliau pernah menyertai Dr Chua ketika mesyuarat WHO peringkat rantau Pasifik Barat berlangsung di New Zealand, serta bersama Dr Subramaniam ketika mesyuarat yang sama berlangsung di Guam sebelum ini.
Sementara itu Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang juga berada di Geneva dalam hantarannya di Facebook berkata, pemilihan itu merupakan satu penghormatan buat Malaysia.
"Terutamanya Kementerian Kesihatan dan kesemua petugas barisan hadapan, yang telah mengorbankan masa dan tenaga di sepanjang pandemik COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 23 2022
Dr Noor Hisham yang juga berada di Geneva dalam hantarannya di Facebook berkata, pemilihan itu merupakan satu penghormatan buat Malaysia. - Gambar/ Twitter@Khairykj
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.