KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lapan lagi individu termasuk tiga warga asing dalam operasi berasingan di ibu kota dan Johor pada Khamis dan Jumaat (4 dan 5 April), bagi membantu siasatan penahanan seorang warga Israel bersama enam pucuk pistol di sebuah hotel di Ampang pada 27 Mac lepas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata individu yang ditahan terdiri daripada lima lelaki tempatan, dua lelaki warga Turkiye dan seorang lelaki warga Georgia, berusia antara 29 hingga 60 tahun.
Razarudin berkata pihaknya juga telah mendapat perintah reman selama seminggu terhadap semua individu berkenaan, bermula tarikh mereka ditahan.
"Dua lelaki yang ditahan di Johor itu dipercayai berperanan membantu mendapatkan senjata api kepada suspek," katanya ketika dihubungi.
Razarudin berkata susulan itu, polis turut menahan enam lelaki melibatkan dua warga Turkiye berusia 29 dan 40 tahun dan seorang warga Georgia berusia 39 tahun.
"Salah seorang warga Turkiye yang ditahan memiliki dua pasport dari Poland dan Amerika Syarikat. Tangkapan dibuat dengan kerjasama hasil siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), berhubung aktiviti pembayaran wang kripto yang digunakan bagi membeli pistol," katanya.
Razarudin berkata penahanan terbaru itu, menjadikan seramai 16 individu termasuk lelaki warga Israel berkenaan ditahan menerusi operasi khas membabitkan kerjasama dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, JSJ Kontinjen Kuala Lumpur, JSJK dan Cawangan Khas.
Lelaki warga Israel berumur 36 tahun itu, dikesan masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12 Mac lepas, dengan menggunakan pasport Perancis.
Enam senjata api yang ditemukan di dalam bilik hotel suspek ialah jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4, Smith and Wesson, Sig Sauer dan Stoeger serta 200 butir peluru, yang diletakkan di dalam beg miliknya.
Susulan itu polis kemudian melancarkan operasi dan berjaya menahan empat individu termasuk dua wanita di Skudai dan Gelang Patah, Johor, dan pasangan suami isteri berusia 42 dan 40 tahun di Kuala Selangor, selain seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun di Cameron Highlands, Pahang yang turut ditahan kerana dipercayai menjadi pemandu kepada lelaki Israel terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 06 2024
Razarudin berkata individu yang ditahan terdiri daripada lima lelaki tempatan, dua lelaki warga Turkiye dan seorang lelaki warga Georgia, berusia antara 29 hingga 60 tahun. - Foto Bernama
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Lapan lagi individu disyaki ada kaitan dengan lelaki Israel ditahan - KPN
PDRM menahan lapan lagi individu termasuk tiga warga asing bagi membantu siasatan penahanan seorang warga Israel bersama enam pucuk pistol.