awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan mahasiswa Malaysia Universiti Al-Azhar terlibat nahas jalan raya

Sinar Harian
Sinar Harian
26/01/2025
07:45 MYT
Lapan mahasiswa Malaysia Universiti Al-Azhar terlibat nahas jalan raya
Antara mahasiswa Malaysia di Universiti Al-Azhar yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. -Facebook EME
LAPAN mahasiswa Malaysia di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir terlibat kemalangan jalan raya dalam perjalanan rehlah ke Port Said pada Sabtu.

Ringkasan AI
  • Lapan mahasiswa Malaysia dari Universiti Al-Azhar terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke Port Said pada Sabtu.
  • Tiga mahasiswa, Muhammad Zafri Abdul Rasyid, Muhammad Sulhi Nazri, dan Muhammad Rais Zafran Muhammad Shuhaimi, ditempatkan di wad untuk pemerhatian lanjut, sementara lima mahasiswa lain mengalami luka ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.
  • Pegawai dari Education Malaysia Egypt (EME) dan Universiti Al-Azhar telah melawat mahasiswa yang terlibat untuk membantu dalam rawatan dan pengurusan bersama pihak hospital.

Education Malaysia Egypt (EME) berkata, tiga daripada mereka, Muhammad Zafri Abdul Rasyid, Muhammad Sulhi Nazri dan Muhammad Rais Zafran Muhammad Shuhaimi ditempatkan di wad untuk pemerhatian lanjut oleh pihak hospital.
Ujarnya, lima mahasiswa lain mengalami luka ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.
Mereka ialah Muhammad Firdaus Yacob, Muhammad Adli Fitri Mohd Anuar, Shahrul Aiman Jaafar, Muhammad Zulfiqar Ahmad Tarmizi dan Muhammad Hazieq Badrisyah Norhamedon.
“Setiausaha Pertama (Pendidikan) EME, Ahmad Salehuddin Shafie dan Muhammad Nazirul Mubin Abdul Rahman, terus bergegas ke Hospital As Salam Port Said untuk melihat sendiri keadaan mereka.
“Insiden ini juga telah mendapat perhatian pihak Universiti Al-Azhar apabila mereka menghantar pegawai dari Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab (Mahasiswi) Port Said, Dr Syaima Amir Al Bana, Dr Fauziyah Muhallal, Dr Ahmad Al Sudani dan Madam Syaima' Al Huseini.
"Ia bagi membantu rawatan para pelajar, seterusnya memudah cara pengurusan bersama pihak hospital,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Ahad.
Menurut EME, tiga pelajar yang dirawat dalam wad telah selamat dibawa ke Hospital Sayed Galal di Kaherah untuk rawatan lanjut.
“EME mendoakan agar kesemua pelajar yang terlibat akan sembuh seperti sedia kala dan diberikan kekuatan sepanjang perawatan.
“EME juga menasihatkan para pelajar agar sentiasa berhati-hati dan waspada dalam menjalankan sebarang aktiviti agar terpelihara daripada sebarang kejadian yang tidak diingini,” ujarnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Egypt
#Education Malaysia Egypt
#mahasiswa Malaysia
#terlibat nahas
#kemalangan jalan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan