awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARDI agih 1,000 ekor Ayam Saga, perkasa komuniti KRT Jasin
Yayasan PEKEMA sasar 10,000 pelajar terima manfaat sepanjang 2026
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan pelajar sekolah agama swasta didakwa cederakan pelajar lain

Bernama
Bernama
11/11/2024
15:47 MYT
Lapan pelajar sekolah agama swasta didakwa cederakan pelajar lain
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisa Zainuddin manakala semua tertuduh diwakili peguam masing-masing termasuk dari YBGK Norfazrin Jamal. - Gambar hiasan
KUALA PILAH: Lapan pelajar sebuah sekolah agama swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap tiga pelajar lain di Rembau, bulan lepas.
Empat daripada pelajar berusia 15 tahun mengaku tidak bersalah dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun, manakala seorang lagi berusia 16 tahun mengaku bersalah.
Dua pelajar berusia 17 tahun pula mengaku bersalah atas kesalahan mencederakan seorang pelajar lain berusia 15 tahun.
Seorang lagi tertuduh yang berusia 17 tahun, mengaku salah atas pertuduhan sama terhadap pelajar lelaki lain berusia 15 tahun.
Perbuatan berkenaan didakwa dilakukan mereka pada 16 Okt lepas antara lebih kurang 1 pagi hingga 5.30 petang di asrama sebuah sekolah agama swasta di Rembau.
Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan penjara maksimum tujuh tahun dan denda serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara hingga setahun dan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisa Zainuddin manakala semua tertuduh diwakili peguam masing-masing termasuk dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Norfazrin Jamal.
Majistret Saiful Sayoti kemudian membenarkan jaminan RM2,000 bagi setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Dis sebagai tarikh sebutan semula kes untuk laporan akhlak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelajar sekolah agama swasta
#cedera pelajar
#Rembau
#Mahkamah Majistret
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan