awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan syarikat akan fail rayuan berhubung penalti RM92.8 juta

Bernama
Bernama
10/03/2025
14:45 MYT
Lapan syarikat akan fail rayuan berhubung penalti RM92.8 juta
Lapan syarikat akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berhubung penalti berjumlah RM92.8 juta yang dikenakan terhadap syarikat berkenaan atas dakwaan terbabit dalam kartel tipuan bida tender terbuka.
KUALA LUMPUR: Lapan syarikat akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berhubung penalti berjumlah RM92.8 juta yang dikenakan terhadap syarikat berkenaan atas dakwaan terbabit dalam kartel tipuan bida tender terbuka.
Syarikat berkenaan ialah Dutamesra Bina Sdn Bhd, IDX Multi Resources Sdn Bhd, Mangkubumi Sdn Bhd, Menang Idaman Sdn Bhd, Meranti Budiman Sdn Bhd, Pintas Utama Sdn Bhd, NYL Corporation Sdn Bhd dan Kiara Kilat Sdn Bhd.
Pengarah IDX Multi Resources Sdn Bhd Rahmat Hidayat Mohamed yang mewakili lapan syarikat itu dalam kenyataan hari ini berkata kesemua syarikat terbabit akan memohon penangguhan keputusan sementara menunggu proses rayuan selain akan memfailkan notis rayuan kepada Tribunal Rayuan Persaingan (CAT) dalam masa terdekat.
"Sebelum ini, MyCC telah membuat pengumuman melalui kenyataan media berkaitan cadangan keputusan tersebut pada April 2024. Oleh itu, kesemua syarikat berkenaan telah menghantar permohonan semakan kehakiman pada Mei 2024 di Mahkamah Tinggi di sini dan keputusan semakan kehakiman dijadualkan pada 30 April 2025.
"Bagaimanapun, MyCC telah mengeluarkan kenyataan media berhubung penalti kewangan (keputusan akhir denda) pada 28 Feb 2025 iaitu sebelum keputusan semakan kehakiman," katanya.
Beliau berkata notis rayuan yang dikemukakan kepada CAT adalah berasaskan hujah-hujah yang kuat, antaranya perolehan projek pada 2019 adalah secara tender terbuka melibatkan 200 syarikat iaitu persaingan yang luas.
Rahmat Hidayat berkata kesemua syarikat itu menyifatkan keputusan dan penalti yang dikenakan MyCC sebagai tiada merit dan akan mencabar penemuan MyCC berhubung isu berkenaan bagi mempertahankan reputasi masing-masing selain mendokong integriti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lapan syarikat
#fail rayuan
#MyCC
#penalti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan