awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapangan terbang Mukah tutup hingga pagi esok

Bernama
Bernama
26/10/2015
15:27 MYT
Lapangan terbang Mukah tutup hingga pagi esok
Keadaan sebuah pesawat Twin Otter MH3553 milik MASwings Miri yang tergelincir landasan di Lapangan Terbang Mukah pukul 2.02 petang Rabu. Dua juruterbang dan lapan penumpang bagaimanapun terselamat dalam kejadian. - Foto BERNAMA
Landasan di Lapangan Terbang Mukah terus ditutup hingga 7.00 pagi esok selepas sebuah pesawat tergelincir di landasan itu pagi ini.
Malaysia Airport menerusi akaun Facebooknya menyatakan berikutan insiden itu yang membabitkan pesawat Maswings Twin Otter MH3553 dari Miri pada 9.20 pagi, landasan itu tidak boleh digunakan.
"Kesemua penumpang dinasihat menghubungi syarikat penerbangan masing-masing mengenai jadual penerbangan," katanya.
MH3553 tergelincir ketika mendarat akibat tayar kiri bahagian belakang pecah.
Ketua polis Mukah DSP Jimmy Panyau mengesahkan kejadian itu.
Katanya, kesemua lapan penumpang dan dua juru terbang tidak cedera.
Jimmy berkata landasan ketika itu basah berikutan hujan lebat.
Rujukan pada http://www.flightstats.com, mendapati tiga penerbangan dari Kuching, satu dari Tanjung Manis dan satu lagi dari Sibu ke Mukah hari ini telah dibatalkan.
Topic Berkaitan
#landasan
#Lapangan Terbang Mukah
#Malaysia Airport
#MASWings
#pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan