SANDAKAN: Lapangan Terbang Sandakan, yang telah siap dinaik taraf pada akhir tahun lepas, bakal menjadi pemangkin bagi menggerakkan pembangunan di daerah itu khususnya dalam sektor ekopelancongan.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata projek bernilai RM80.9 juta itu diluluskan pada 2017 dan pembinaannya dimulakan pada 2019 antara lain melibatkan pemanjangan landasan sedia ada daripada 2.133 kilometer kepada 2.5 kilometer.
"Dengan adanya pemanjangan landasan ini, Lapangan Terbang Sandakan mampu mengendali pesawat kod C iaitu tanpa had muatan dan penerbangan hingga enam jam. Ini secara langsung boleh menggalakkan lebih banyak syarikat penerbangan komersial untuk terbang secara terus ke Sandakan.
"Ia juga akan meningkatkan kemasukan pelancong dari dalam dan luar negara seterusnya menambah daya saing ekonomi, komersial serta pelancongan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan naik taraf landasan dan meninjau lapangan terbang itu hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin juga Menteri Kerja Raya negeri.
Wee berkata usaha kini ditumpukan kepada menarik pelancong ke Sandakan dan menugaskan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia memastikan mana-mana penerbangan ke Sabah tidak akan terlepas pandang Lapangan Terbang Sandakan.
Beliau berkata projek itu turut melibatkan pelebaran kawasan parkir pesawat, kerja naik taraf peralatan navigasi penerbangan dan penggantian serta penambahbaikan sistem pengurusan trafik udara di Wilayah Maklumat Penerbangan Kota Kinabalu.
"Pemasangan radar dan peralatan Automatic Dependent Surveillance-Broadcast di Sandakan telah ditambah baik dan ruang udara yang sebelum ini terlindung daripada liputan radar disebabkan oleh pergunungan Kinabalu dapat diatasi sepenuhnya.
"Malah data radar ini juga dikongsi oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia bersama Tentera Udara Diraja Malaysia yang bertanggungjawab memastikan ruang udara di Sabah dan Sarawak adalah selamat daripada pencerobohan anasir luar," katanya.
Wee juga berkata beliau akan berbincang dengan kementeriannya mengenai keluhan rakyat di Sabah yang meminta pengecualian cukai jalan selama setahun setengah sepanjang pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo.
"Saya tidak akan janji bulan dan bintang kerana ia tertakluk kepada kemampuan kewangan negara memandangkan Kementerian Pengangkutan turut diberi kedudukan untuk mengutip pendapatan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 12 2022
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong ketika melawat landasan lapangan terbang selepas merasmikan pembesaran Lapangan Terbang Sandakan dan Pengantian serta Penambahbaikan Sistem Pengurusan Trafik Udara hari ini. - Foto BERNAMA
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Lapangan Terbang Sandakan bakal jadi pemangkin pembangunan - Wee
Lapangan Terbang Sandakan, yang telah siap dinaik taraf pada akhir tahun lepas, bakal menjadi pemangkin bagi menggerakkan pembangunan di daerah itu khususnya dalam sektor ekopelancongan.
Projek Pembesaran Lapangan Terbang Sandakan siap hujung tahun ini
Datuk Isham Ishak telah meninjau projek itu pada Selasa dan mendapati kemajuan fizikalnya kini pada tahap 73 peratus.
Sokongan masyarakat Cina diperlukan bangunkan Sandakan - Musa
Katanya beliau sedar tugas itu tidak boleh dilakukannya secara bersendirian.
Kastam rampas dadah bernilai RM5.6 juta di Lapangan Terbang Sandakan
Jabatan Kastam menahan lima lelaki dan merampas 102.99 kilogram syabu bernilai RM5.6 juta di Lapangan Terbang Sandakan.
Lima lelaki ditahan bawa dadah di Lapangan Terbang Sandakan
Lima lelaki ditahan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia selepas disyaki cuba menyeludup masuk dadah disyaki jenis syabu di Lapangan Terbang Sandakan pada Selasa.
Kerajaan peruntukkan RM80 juta pembesaran landasan Lapangan Terbang Sandakan
Inisiatif itu akan membantu meningkatkan sektor pelancongan di Sandakan sekaligus memacu ekonomi penduduk setempat.
PM Najib umum landasan Lapangan Terbang Sandakan akan dipanjangkan
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan landasan Lapangan Terbang Sandakan akan dipanjangkan bagi membolehkan pesawat penerbangan terus dan sewa dari China mendarat.