awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra mampu tampung 4 juta penumpang setahun

Faida Rahim
Faida Rahim
26/02/2025
06:25 MYT
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra mampu tampung 4 juta penumpang setahun
Anthony Loke memberitahu, pembinaan fasa pertama telah siap pada 30 April 2024 dan kini diikuti dengan fasa kedua.
KUALA LUMPUR: Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Pengkalan Chepa yang sedang dinaik taraf mampu menampung kapasiti sehingga empat juta penumpang setiap tahun apabila siap kelak.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memberitahu, pembinaan fasa pertama telah siap pada 30 April 2024 dan kini diikuti dengan fasa kedua.
"Selaras dengan pengumuman Perdana Menteri pada 2 Mei 2024, Kementerian Pengangkutan (MOT) juga sedang meneliti skop teknikal dan anggaran kos bagi melaksanakan pemanjangan landasan di LTSIP dengan tambahan sebanyak 400 meter, menjadikan keseluruhan landasan sejauh 2,800 meter.
"LTSIP sudah boleh mengendalikan operasi penerbangan antarabangsa berjadual dan tidak berjadual seperti mana lapangan-lapangan terbang domestik yang lain seperti di Kuantan dan Ipoh walaupun tidak dikategorikan sebagai lapangan terbang antarabangsa," katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary (Pengkalan Chepa) mengenai usaha terkini Kerajaan bagi menjadikan LTSIP sebagai lapangan terbang antarabangsa di Parlimen pada Rabu.
Tambah beliau, Kerajaan sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat penerbangan negara untuk mewujudkan laluan baharu, termasuk laluan antarabangsa.
Walau bagaimanapun, langkah untuk membuka laluan tersebut adalah keputusan komersial yang dibuat oleh syarikat penerbangan berasaskan kepada daya maju komersial dan daya tarikan destinasi tersebut.
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#Ahmad Marzuk Shaary
#LTSIP
#Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan