UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

[LAPOR LANGSUNG] DIARI LOCKDOWN: Tiada alasan untuk tidak terus berusaha - Awin

Bakeri yang diusahakan Nur Azurin Hussin, atau lebih mesra disapa sebagai Awin, dibuka seperti biasa hari ini.

Astro Awani
Di sebalik semua kerumitan yang dihadapi negara pada saat ini, terselit hikmah yang cukup mendalam buat Awin dan kawan-kawannya. - Sumber foto Nur Azurin

Lockdown #Day55: Tiada alasan untuk tidak terus berusaha - Awin

Sun Jul 25 2021

Hampir genap dua bulan negara masih berada dalam situasi perintah kawalan pergerakan penuh, COVID-19 masih belum menampakkan keadaan semakin baik berdasarkan angka-angka jangkitan.

Malah hari ini sahaja data menunjukkan jumlah jangkitan keseluruhan sudah mencecah angka 1 juta.

Tetapi di sebalik semua merumitan ini, terselit hikmah yang cukup mendalam buat Awin dan kawan-kawannya.

“Jujur saya akui, saya langsung tidak menyangka sepanjang lockdown penuh ini, kami mendapat terlalu banyak sokongan dari semua pihak, baik orang perseorangan, kerajaan dan juga media. Saya akui saya sangat bersyukur dan terharu atas sokongan yang cukup luar biasa ini,” tulis Awin.

“Sepanjang lockdown ini lah, perniagaan saya semakin dikenali, bukan sahaja di Stulang tetapi seluruh Malaysia, berkat sokongan rakan-rakan media yang sentiasa menulis perkara-perkara baik tentang kami,” jelas Awin lagi.

Ternyata, keadaan ini turut mengajar Awin erti sentiasa berusaha dan saling membantu.

“Kalau kita berusaha, dan terus berusaha Insya-Allah, akan ada jalan untuk kita. Jangan berhenti berusaha!” tulis Awin lagi.

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.



----------------------




Inilah entri terakhir Awin dalam edisi Diari Lockdown.

Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang kanan, Shafizan Johari

Lockdown #Day54: Minuman 'hari jadi' tidak semestinya untuk 'birthday boy' saja

Sat Jul 24 2021

Siapa kata hari jadi boleh disambut setahun sekali sahaja?

Seorang pelanggan Awin pada hari ini, membeli “minuman hari jadi” yang sedang dipromosi itu dengan niat untuk mencuba. 

“Ayah minta beli kerana mahu mencuba, bukan ada sambutan hari jadi sesiapa hari ini,” kata pembeli muda tersebut.

Awin mula mempromosi produk baharu “minuman hari jadi” sejak awal minggu lalu.

Ia merupakan minuman ice-blended ditambah dengan hiasan ‘topping’ bagi menjadikannya lebih istimewa, sesuai dengan sambutan hari jadi.

Dijual pada harga RM10 segelas, harapan Awin agar kempen ini sedikit sebanyak dapat tambahkan keterujaan kakitangannya dan pelanggan-pelanggannya.

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.





--------------------



Ini perkongsian terbaharu Awin dalam edisi Diari Lockdown.

Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang kanan, Shafizan Johari.

Sat Jul 24 2021

Lockdown #Day53: 60 biji roti ditempah untuk anak yatim

Fri Jul 23 2021

Tempahan yang selalu diterima Awin ialah tempahan amal dari invidu yang membeli secara pukal kemudian tempahan itu didermakan kepada rumah-rumah atau organisasi kebajikan.

Malah, sejak berkongsi cerita menerusi Diari Lockdown ini sudah ada beberapa kali perkongsian mengenai tempahan amal ini dibuat.

Untuk hari ini, Awin menerima tempahan 60 biji roti untuk didermakan kepada Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Johor.

“Apabila kami terima tempahan begini, memang sangat terharu kerana kami dapat bantu individu yang mahu membantu orang,” kata Awin.

Selain itu, tempahan-tempahan sebeginilah yang membolehkan perniagaannya kekal bernafas walaupun ketika tempoh sekatan perjalanan yang berpanjangan ini.





---------------------


Ini perkongsian terbaharu Awin dalam edisi Diari Lockdown.

Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang kanan, Shafizan Johari.

Fri Jul 23 2021

Lockdown #Day52: Pelanggan Awin dari pelbagai latar belakang

Thu Jul 22 2021

Pelanggan Awin tidak terbatas kepada sesuatu kaum atau kategori usia sahaja, tetapi produknya digemari oleh semua peringkat usia dan latar belakang.

Sokongan ini terserlah menerusi komen-komen positif yang ditinggalkan pelanggan di Facebook.

Bagus dan mesra! Saya menempah kek mentega untuk disumbangkan kepada beberapa organisasi amal. Mereka sangat menyukainya dan mahu menempah menerusi Facebook. Saya doakan perniagaan anda baik dan dijaga! Akan menyokong lagi!” kata salah seorang pelanggan menerusi ruangan komen di Facebook.

Sedap dan lembut roti-rotinya. Saya akan mengesyorkan roti krim keju bawang putih Korea. Semua pemilik Bakery Kak Ngah terbaik,” tulis seorang lagi pelanggannya di ruangan Facebook.

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.




-----------


Ini perkongsian terbaharu Awin dalam edisi Diari Lockdown.

Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang kanan, Shafizan Johari.

Thu Jul 22 2021

Lockdown #Day51: Awin perkenal krim puff durian

Wed Jul 21 2021

Sempena musim durian ini, Awin dan kawan-kawan memperkenalkan produk baharu, krim puff durian untuk pelanggan setia bakeri mereka.

“Sebenarnya, ini pun kami buat secara tidak sengaja,” jelas Awin.

“Pada mulanya kami berniat hanya mahu menyiapkan tempahan krim puff biasa kepada pelanggan, tetapi memandangkan ada lebihan puff, kami cuma buat adunan krim durian untuk disaji bersama lebihan puff tersebut,” katanya.

Hasilnya, menurut Awin, sangat mengujakan.

“Puff durian ini dijual pada harga RM2 sebiji atau RM15 untuk lapan biji,”

“Alhamdulilah, semua puff durian yang dibuat tadi habis dijual,” nyata Awin.

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.





----------------------





Ini perkongsian terbaharu Awin dalam edisi Diari Lockdown.

Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang kanan, Shafizan Johari.

Wed Jul 21 2021

Lockdown #Day50: Selamat Hari Raya Aidiladha dari Stulang, Johor

Tue Jul 20 2021

Awin tidak menutup kedainya hari ini walaupun warga Islam di seluruh negara menyambut Hari Raya Aidiladha.

“Kami tetap membuka kedai seperti biasa, walaupun tidak ramai yang datang hari ini, saya boleh menghabiskan beberapa tempahan kek,” kata Awin.

Walaupun Aidiladha disambut berbeza akibat begitu banyak sekatan yang ditetapkan kerajaan dan ditambah pula dengan kesayuan mengenangkan saudara-mara serta rakan-taulan yang terkorban akibat COVID-19.

Bagi Awin dan kawan-kawannya, mereka tetap tabah dan mencari cara untuk menyambut Aidiladha walaupun dalam suasana sederhana.

"Ada kakitangan saya yang bercuti, tetapi tetap datang ke kedai. Ada yang membawa rendang dan ada juga yang membawa lemang, tapi kami tidak boleh makan ramai-ramai dan secara terbuka di kedai walaupun kami bekerja di kedai ini. Semuanya harus ikut SOP,” kata Awin.

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.




------------------------------




Ini perkongsian terbaharu Awin dalam edisi Diari Lockdown.

Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang kanan, Shafizan Johari






Tue Jul 20 2021

Lockdown #Day49: Mari sambut hari jadi dengan ice blended istimewa!

Mon Jul 19 2021

Macam-macam cara Awin gunakan untuk lariskan jualan.

“Jika kek hari jadi tidak dapat sambutan, kita jual minuman hari jadi!” kata Awin

Memang pelik apabila disebut 'ice blended hari jadi’, tapi itulah yang menjadi antara produk baharu di bakeri milik Awin.

Bagi Awin, tidak rugi untuk mencuba sebarang idea.

“Malah yang ruginya, kalau kita tak cuba idea baharu itu. Kalau tidak cuba, mana kita tahu sama ada akan berhasil atau tidak?”

Minuman ice blended ini sememangnya sudah lama menjadi menu yang dijual di bakeri milik Awin ini, tetapi sempena kempen promosi ini, Awin menambah hiasan ‘topping’ bagi menjadikannya lebih istimewa, sesuai dengan sambutan hari jadi.

Dijual pada harga RM10 setiap gelas, Awin berharap, kempen ini sedikit sebanyak dapat tambahkan keterujaan kakitangannya dan pelanggan-pelanggannya.

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.



---------------------




Ini perkongsian terbaharu Awin dalam edisi Diari Lockdown.


Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang kanan, Shafizan Johari.

Mon Jul 19 2021

Lockdown #Day48: 'Kami masih setia tunggu tarikh janji temu vaksinasi' - Awin

Sun Jul 18 2021

Tatkala jumlah vaksinasi harian di seluruh negara sudahpun melebihi angka 400,000 sehari, Awin dan kawan-kawan di bakerinya masih lagi ternanti-nanti hari vaksinasi mereka.

“Kami belum menerima vaksin dan tiap-tiap hari kami semak aplikasi MySejahtera untuk pastikan kami tidak terlepas janji temu untuk vaksinasi, tetapi malangnya masih belum ada rezeki,” jelas Awin ketika ditanya sama ada dia sudah divaksinasi atau sebaliknya.

Katanya, dia memang sangat mahukan perlindungan menerusi vaksinasi memandangkan data kajian sudahpun membuktikan vaksin dapat melindungi individu yang dijangkiti COVID-19 daripada gejala serius.

“Buat masa ini kami masih sabar menanti agar harinya akan tiba untuk kami menerima vaksin,” tulis Awin.

Bila ditanya jenis vaksin yang menjadi pilihannya, dengan tegas Awin menjawab: “Tak kisah apa pun jenis vaksin, yang penting kami mahukan perlindungan daripada wabak ini dahulu, dan teruskan kehidupan seperti biasa.”

Kata Awin, dia sering berdoa, apabila apabila selesai divaksinasi kelak, maka sekatan-sekatan terhadap aktiviti harian ini akan dapat dilonggarkan, dan pelanggan mereka akan kembali seperti biasa.

“Ya saya sangat bersyukur dengan limpahan rezeki yang dikurniakan ketika pandemik ini, pada masa sama juga saya setiap hari berdoa, agar ekonomi kita kembali pulih, semua orang dapat berniaga seperti biasa,” tulis Awin.

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.



------------------------------




Ini perkongsian terbaharu Awin dalam edisi Diari Lockdown.


Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang kanan, Shafizan Johari

Sun Jul 18 2021

Lockdown #Day47: Bakeri Awin semakin dikenali, terima kasih rakan media!

Sat Jul 17 2021

Perniagaan Awin banyak berubah sejak banyak mendapat liputan media massa sejak hujung Mei lalu.

Sejak mula ditampilkan dalam segmen Jiwa SME di Saluran Astro AWANI (Astro 501) pada 24 Mei lalu, perniagaan Awin mula mendapat liputan media lain, termasuk akhbar berbahasa Cina.

Ketika ini, sudah tujuh organisasi media membuat liputan mengenai perniagaan Awin.

“Setelah media buat liputan Kedai Kak Ngah Bakery telah dikenali di seluruh Malaysia. Apa yang membuatkan saya terkejut ialah beberapa hari lalu saya mendapat panggilan dari Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan membuat tempahan roti dan memberi sokongan kepada peniaga Orang Kurang Upaya (OKU),” kata Awin.

Malah, ada juga pembeli dari Batu Pahat, Johor yang mahu menempah kek dari Awin.

“Mungkin kita akan gunakan perkhidmatan e-hailing untuk menghantar tempahan berkenaan ke Batu Pahat,” jelas Awin.

Awin bersyukur dan menzahirkan penghargaannya kepada semua media yang sudi untuk membuat liputan bakerinya. 

Terima kasih daun keladi semua!

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang OKU yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.



------------------------------




Ini perkongsian terbaharu Awin dalam edisi Diari Lockdown.


Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang kanan, Shafizan Johari

Sat Jul 17 2021

Lockdown #Day46: Selamat Hari Lahir, Yang Mulia Che' Puan Besar Khaleeda

Fri Jul 16 2021

Sempena menyambut ulang tahun kelahiran isteri Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che' Puan Besar Khaleeda Bustamam pada hari ini (Julai 16, 2021) Awin dan rakan-rakannya di Kak Ngah Bakeri menghadiahkan kek istimewa untuk beliau. 

Persembahan itu merupakan sebiji kek bertatahkan bunga mawar segar dan biskut Perancis, macaroon.

“Saya menyanjungi keperibadian beliau serta keramahan beliau dalam menyantuni rakyat. Saya sendiri menerima begitu banyak sokongan dan dorongan daripada beliau terutama sekali ketika mula membuka perniagaan, terutamanya ketika kami teruk terjejas akibat pandemik,” kata Awin.

“Yang Amat Mulia Che' Puan Khaleeda banyak membantu mempromosi perniagaan dan memberi sokongan kepada kami, sehinggalah kami berupaya bertahan walaupun ekonomi semakin teruk ketika ini,” jelas Awin.

Awin juga sangat teruja apabila mendapati Che' Puan Besar Khaleeda berkongsi ucapan dan kek yang dipersembahkan kepada beliau menerusi Instagram Stories (IG Stories) milik beliau.

Pada masa sama, Awin turut mendoakan kesejahteraan buat Che' Puan Besar Khaleeda serta kerabat yang lain.

“Semoga Yang Amat Mulia sentiasa dilimpahi keredhaan Allah S.W.T, dipanjangkan usia dan dipermudahkan semua urusan,” doa Awin.

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.


------------





Ini perkongsian terbaharu Awin dalam edisi Diari Lockdown.


Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang kanan, Shafizan Johari.

Fri Jul 16 2021

Lockdown #Day45: Roti, kek jadi pengubat rindu

Thu Jul 15 2021

Dek kerana rindu yang mendalam kepada ahli keluarganya di Sabah, Awin memutuskan mengirimkan tiga kotak berisi kek dan roti yang dibakarnya sendiri kepada ahli keluarganya.

“Semoga roti dan kek ini dapat kurangkan kerinduan saya kepada keluarga saya. Begitu juga mereka, agar mereka baik-baik sahaja di sana,” tulis Awin.

Awin merupakan anak kelahiran Sabah mula berhijrah ke Johor sejak 2013 lagi.

Setelah beberapa tahun makan gaji, dia mula membuka perniagaan sendiri sejak awal tahun ini, di Stulang.

“Memang saya akui, tidak dapat selalu pulang menjenguk keluarga saya dek kerana jarak yang jauh dan keterbatasan waktu,” tulis Awin dalam nada saya.

“Tetapi saya janji, akan selalu lebih kerap pulang ke kampung halaman apabila pandemik ini berakhir kelak.”

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.





----------------------------




Ini perkongsian terbaharu Awin dalam edisi Diari Lockdown.


Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang kanan, Shafizan Johari.

Thu Jul 15 2021

Lockdown #Day44: Kek 'McQueen' buat hari jadi si cilik

Wed Jul 14 2021

Anda pernah kenal watak 'Lightning McQueen' menerusi watak animasi filem Cars?

Seorang ibu di Stulang, Johor sanggup berbelanja lebih untuk memastikan anak kesayangannya dapat menyambut hari jadi ketiga dengan kek dari karakter animasi kegemarannya yang diispirasikan dari filem terbitan Pixar Animation Studios itu.

“Ini kali kedua kami buat kek kereta,” tulis Awin.

Kek yang diispirasikan daripada watak animasi yang menggunakan suara aktor terkenal Hollywood Owen Wilson ini mengambil masa tiga jam untuk siap dan dijual pada harga RM80.

Kata Awin, dia akan cuba sebaik mungkin untuk memenuhi permintaan pelanggannya.

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.





---------------------------------


Ini perkongsian terbaharu Awin dalam edisi Diari Lockdown.


Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang kanan, Shafizan Johari.

Wed Jul 14 2021

Lockdown #Day43: Anak muda Sabah, bertapak cari rezeki di Johor

Tue Jul 13 2021

Awin berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, namun kini dia lebih selesa menjadikan negeri Johor sebagai tempat untuk mencari dan berkongsi rezeki.

“Saya berhijrah ke sini sejak 2013 dan mula bekerja sebagai kerani akaun,” kata Awin.

“Selepas beberapa tahun bekerja sebagai kerani akaun, saya terpanggil untuk mendalami ilmu bakeri dan perniagaan, jadi dari situ saya bertukar kerja dan bekerja di sebuah kedai roti di Johor Bahru.

"Sambil-sambil itu saya turut berniaga secara sambilan di tapak gerai penjaja,” katanya.

Menurutnya, dia selesa untuk terus tinggal dan mengembangkan perniagaannya di Johor.

Katanya, orang-orang di Johor cukup mesra dan baik hati tidak kira pangkat dan darjah.

“Sejak saya memulakan perniagaan kecil-kecilan dahulu, terlalu banyak pihak yang sudi membantu, termasuklah NGO-NGO di negeri ini. Saya sangat terharu dan berterima kasih atas sokongan ini,” kata Awin.

Begitupun, Awin tidak pernah melupakan kampung halamannya dan sentiasa mendoakan kesejahteraan buat ahli keluarga di Sabah.

“Kali terakhir saya sempat balik tiga tahun lalu dan hanya sempat berada di sana selama tiga hari. Saya berharap apabila pandemik COVID-19 ini berlalu dan perniagaan ini semakin stabil, saya dapat melawat ahli keluarga saya di Sabah,” tulis Awin.

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.




-------------------------------


Ini perkongsian terbaharu Awin dalam edisi Diari Lockdown.


Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang kanan, Shafizan Johari.

Tue Jul 13 2021

Lockdown #Day42: Jika tidak laris, boleh sedekah murah rezeki

Mon Jul 12 2021

Tempahan hari ini agak perlahan, pelanggan juga tidak ramai.

Awin dan rakan-rakannya mengambil kesempatan untuk memenuhi rak pameran di kedai dengan pelbagai aneka kek.

Setiap kek yang diperagakan di rak ini berharga antara RM25 hingga RM75.

Kata Awin lagi, kek-kek yang bersaiz kecil selalunya akan habis dijual dalam tempoh sehari dua sahaja.

"Jika tidak laris, kami selalu sedekahkan kepada sesiapa yang tidak berkemampuan, tetapi ingin merasai kek kami," kata Awin.

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.





----------------------------



Ini perkongsian terbaharu Awin dalam edisi Diari Lockdown.


Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang kanan, Shafizan Johari.

Mon Jul 12 2021

Lockdown #Day41: Awin mahu bimbing ramai OKU ada potensi, dinamika sendiri

Sun Jul 11 2021

Lidia Kadim, 31, merupakan salah seorang kakitangan di perusahaan milik Awin.

“Dia juga merupakan seorang OKU dan mula berkhidmat dengan saya sejak dua bulan lalu,” kata Awin.

Walaupun tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang bakeri, di bawah bimbingan Awin, Lidia kini pandai menghasilkan pelbagai jenis roti, sekali gus menambahkan kemahirannya dalam bidang bakeri.

Menurut Awin, Lidia antara 'anak murid' di bawah bimbingannya yang cepat belajar dan mahir. 

“Sebelum ini, Lidia bekerja di sebuah kilang di Selangor sebagai operator pengeluaran dan saya cukup berharap pengalamannya di sini dapat membantu mempertingkatkan kemahirannya untuk masa depan yang lebih baik,” kata Awin.

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.




-------------------------------------




Ini perkongsian terbaharu Awin dalam edisi Diari Lockdown.


Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang kanan, Shafizan Johari.


Sun Jul 11 2021

Lockdown #Day40: Awin beri peluang pekerjaan kepada OKU

Sat Jul 10 2021

Aliah Sakinah merupakan satu-satunya pekerja di bakeri milik Awin yang tidak tergolong dalam kalangan orang kurang upaya (OKU).

Wanita berusia 30 tahun itu mahir berbahasa isyarat da ditugaskan untuk menjadi juruwang serta menguruskan akaun sosial media bakeri berkenaan.

"Aliah mempyunyai seorang adik OKU pekak seperti saya. Sebelum ini, memang dia sudah tahu asas bahasa isyarat, jadi tiada masalah untuk berkomunikasi dengan kami," kata Awin.

Awin mempunyai tujuh orang pekerja dan enam dari mereka merupakan golongan OKU pekak dan bisu.

Bagi Awin, dia percaya penting untuk  memberi peluang kepada golongan OKU agar mereka dapat bekerja, menuntut ilmu dan hidup dalam suasana yang positif.

Aliah mula bekerja dengan Awin sejak kedai ini mula beroperasi beberapa bulan lalu dan kini menjadi antara aset untuk perusahaan yang diusakan Awin.

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.





----------------------




Ini perkongsian terbaharu Awin dalam edisi Diari Lockdown.


Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang kanan, Shafizan Johari.



Sat Jul 10 2021

Lockdown #Day39: Kemahiran kreatif dorong Awin buat gubahan jambangan

Fri Jul 09 2021

Selain jualan kek dan roti, Awin juga ada membuat perkhidmatan gubahan jambangan (bouquet) atas pemintaan pelanggan.

"Ada pelanggan memesan jambangan yang dihiasi gula-gula dan coklat, ada juga yang mahukan kepelbagaian dengan hiasan dibuat dari wang kertas," jelas Awin.

"Apa pun kami cuba untuk memenuhi permintaan pelanggan," tulis Awin.

Jelasnya, harga yang ditetapkan untuk setiap gubangan jambangan ini bergantung kepada kemampuan masing-masing antara RM25 hingga RM200.

Katanya, kepelbagaian produk dan perkhidmatan itu membolehkan perusahaannya kekal bertahan terutama sekali ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 Fasa 1 masih dilaksanakan di negeri Johor.

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.



-------------------------------------




Ini perkongsian terbaharu Awin dalam edisi Diari Lockdown.


Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang kanan, Shafizan Johari.

Fri Jul 09 2021

Lockdown #Day38: Kek dekorasi sendiri cetusan kreativiti Awin

Thu Jul 08 2021

Kek yang dikenali dalam kalangan pelanggan setia Awin ialah kek pelangi. 

Selalunya kek pelangi yang dijual Awin dihiasi dengan buah strawberi atau beri biru, tetapi lain pula dengan tempahan kali ini, pelanggan itu sendiri mahu Awin membuat kelainan dengan meletakkan gubahan abstrak.

Wow!

"Kek seperti ini selalunya dijual pada harga RM75 setiap satu dan hanya akan dibuat jika ada tempahan," jelas Awin.

Pada masa sama, Awin terus membuat perkongsian gambar-gambar kek jualannya di laman media sosial bakerinya sebagai promosi untuk masyarakat di sekitar Johor Bahru. 

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.






---------------------------------------------



Ini perkongsian terbaharu Awin dalam edisi Diari Lockdown.


Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang kanan, Shafizan Johari.



Thu Jul 08 2021

Lockdown #Day37: Jualan minuman Awin semakin laris

Wed Jul 07 2021

Usaha Awin mempromosikan jualan minuman berbaloi apabila jualan meningkat daripada dua ke tiga gelas kepada 20 gelas hari ini.

"Ramai pelanggan datang membeli minuman selepas mereka melihat pemidang promosi yang diletakkan di depan kedai," tulis Awin.

Selain kek dan roti, kedai Awin turut menjual minuman soda frizz, ice blended, milk shake dan aiskrim float yang dijual pada harga RM4.50 dan RM5.50 segelas.

Katanya, kebanyakan pelanggan yang membeli minuman ini adalah pelanggan sama yang sering berbelanja di kedainya.

Susulan sambutan ini, Awin bercadang untuk menambah menu minuman dengan memperkenalkan beberapa minuman sejuk dan panas berasaskan kopi.

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.




--------------------------



Ini perkongsian terbaharu Awin dalam edisi Diari Lockdown.


Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang kanan, Shafizan Johari.

Wed Jul 07 2021

Lockdown #Day36: Tidak pernah lokek kongsi ilmu dengan pekerja

Tue Jul 06 2021

Pekerja ialah aset dalam mana-mana perusahaan, sama seperti di bakeri yang diusahakan Awin.

"Penting untuk pasukan saya mempunyai kemahiran dan kemampuan yang tinggi kerana jika berlaku apa-apa, mereka sudah boleh menguruskan perkara itu tanpa perlu menunggu arahan dari saya," jelas Awin.

Katanya, berkongsi ilmu dan pengalaman kepada pasukannya merupakan satu kebiasaan yang diamalkan sejak mula bekerja lagi.

"Sebelum bergelar usahawan, saya bekerja dengan sebuah kedai bakeri dan ketika bekerja di situ, memang kami diterapkan dengan pemikiran untuk sentiasa belajar dan mengemas kini pengetahuan kita," kata Awin.

"Jadi bukan sahaja belajar untuk buat kek dan roti, saya juga belajar untuk menguruskan perniagaan menjadi pemimpin dalam satu-satu organisasi," kata Awin.

"Pasukan saya sudah berpengalaman dan ada juga yang masih cetek dalam pengetahuan perniagaan. Jadi buat masa ini, saya berkongsi dulu ilmu membuat kek dan roti," katanya. 

"Ada antara mereka yang cekap, ada yang agak perlahan sedikit namun saya menyedari ia bergantung kepada pengalaman mereka. Apa yang peling penting ialah saya bantu mereka untuk tambahkan kemahiran mereka untuk pastikan kehidupan mereka akan lebih baik pada masa akan datang," tambahnya. 

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.





-----------------------



Ini perkongsian terbaharu Awin dalam edisi Diari Lockdown.


Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang kanan, Shafizan Johari.

Tue Jul 06 2021

Tue Jul 06 2021

Lockdown #Day35: 'Kek red velvet pernah jadi pujaan ramai, harap laku keras!'

Mon Jul 05 2021

Pelbagai cara diadaptasi Awin untuk melariskan jualan roti dan kek di bakerinya.

Hari ini, Awin memperkenalkan kek mangkuk red velvet, khusus buat pencinta kek itu.

"Kami jual kek ini dalam saiz yang kecil kerana kami nak membolehkan lebih ramai mencuba kek keluaran kami," jelas Awin.

Untuk hari ini, 16 biji kek ini disediakan untuk dijual dengan setiap satunya dijual pada harga RM28 sebiji.

Begitu pun Awin mendapati masih sukar untuk melariskan jualannya, seperti musim sebelum PKP 3.0. Nyata apa yang dilakukan kini untuk memastikan 'survival' agar perniagaannya bertahan.

"Setiap hari saya berdoa negeri Johor dan negara Malaysia ini segera segera dipulihkan dari bala bencana, kami golongan peniaga ini sangat-sangat berharap dapat kembali berniaga seperti biasa," tulis Awin.

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.






---------------------------


Ini perkongsian terbaharu Awin dalam edisi Diari Lockdown.


Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang kanan, Shafizan Johari.

Mon Jul 05 2021

Lockdown #Day34: Dapat tajaan untuk berkongsi rezeki

Sun Jul 04 2021

Hari Ahad yang agak sibuk buat Awin.

Dia mendapat pesanan 30 biji roti aneka jenis untuk diberikan secara percuma kepada orang ramai.

Memandangkan Awin agak kelapangan hari ini, dia turut meluangkan masa untuk mengedarkan roti berkenaan ke Persatuan Orang Pekak Johor untuk diagihkan kepada ahli-ahli persatuan.

"Saya amat bersyukur atas sokongan yang tidak putus-putus ini. Saya turut mencadangkan kepada pihak yang menderma ini untuk memilih makanan ini diagihkan kepada Persatuan Orang Pekak Johor ini kerana persatuan ini banyak membantu saya dan perniagaan saya," kata Awin.

Jelas Awin, pada kebiasaannya, sejak PKP 3.0 berlangsung, dia pernah beberapa kali menerima pesanan dari individu-individu untuk menyediakan roti buatannya kepada golongan yang memerlukan.

"Sokongan seperti ini bukan sahaja membantu perniagaan saya tetapi dapat juga sedikit sebanyak memberikan keceriaan kepada penerima pek roti ini," kata Awin.

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.





--------------------


Ini perkongsian terbaharu Awin dalam edisi Diari Lockdown.


Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang kanan, Shafizan Johari.




Sun Jul 04 2021

Lockdown #Day33: Mula promosi minuman di bakeri

Sat Jul 03 2021

Awin bereksperimen lagi hari ini.

Awin mula mempromosikan minuman pelbagai perisa dengan mempamerkan bunting di bakerinya.

"Kami memang sudah menjual minuman soda frizz, ice blended, milk shake dan aiskrim float sejak kedai ini dibuka tetapi belum sempat mempromosikannya secara besar-besaran," kata Awin.

Awin berharap dengan kempen pengiklanan ini dia dapat menarik lebih ramai pelanggan terutamanya di kawasan sekitar untuk singgah berbelanja.

"Kami juga ada menjual pelbagai menu seperti laksa johor, mee kari, laksa nyonya, asam laksa dan mee bandung Muar untuk memaksimumkan hasil jualan, tetapi malangnya semua itu terpaksa dihentikan sementara sehingga Fasa 1 PKP ini berakhir," akur Awin.

Pada masa sama, Awin terus memanjatkan doa agar kes jangkitan COVID-19 dapat diturunkan segera untuk membolehkan lebih ramai pelanggan dapat datang ke kedai termasuk dine-in.

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.



-------------------



Ini perkongsian terbaharu Awin dalam edisi Diari Lockdown.


Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang kanan, Shafizan Johari.

Sat Jul 03 2021

Lockdown #Day32: 'Demam Euro 2020 ' membahang di bakeri Awin

Fri Jul 02 2021

Demam Euro 2020 semakin panas.

Kemeriahannya turut disambut oleh Awin dan kawan-kawan di bakeri mereka di Stulang, Johor.

Bagi meraikan kemeriahan festival bola sepak berkenaan, mereka menyiapkan beberapa kek yang dihiasi bendera negara-negara yang berentap dalam Euro 2020.

"Ini kami buat suka-suka sahaja bukan ada yang menempah pun!" kata Awin. 

Dia berharap ada pelanggan yang menyukai eksperimennya itu.

"Idea untuk membuat kek bendera ini pun dicetuskan oleh kawan-kawan saya yang sangat meminati perkembangan bola sepak antarabangsa," jelas Awin.

Buat masa ini, kek berkenaan masih ditempatkan di rak pameran dan menunggu mana-mana individu yang berminat untuk membelinya.

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.





---------------------------------------------------




Ini perkongsian terbaharu Awin dalam edisi Diari Lockdown.


Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang kanan, Shafizan Johari.

Fri Jul 02 2021

Lockdown #Day31: Bakeri Awin dapat kunjungan VIP

Thu Jul 01 2021

Kunjungan dari Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Zaitun Ismail cukup menggembirakan Awin.

"Semasa YB Zaitun datang melawat kedai, saya sempat tunjukkan dapur serta kelengkapan kami, juga bagaimana kami beroperasi," kata Awin.

Lebih teruja apabila kunjungan berkenaan ditulis semula oleh wakil rakyat berkenaan sambil memuji perniagaan yang dijalankan Awin sebagai sangat istimewa.

"Saya sangat teruja dengan sokongan yang ditunjukkan oleh YB Exco tadi dan semoga cerita yang saya kongsikan dengan YB tadi dapat memberikan inspirasi kepada lebih ramai golongan OKU untuk terlibat dalam bidang perniagaan," jelas Awin.

Awin juga berharap perkongsian tadi dapat dijadikan input kepada pihak kerajaan negeri dalam usaha mereka untuk menambah baik strategi bantuan kepada golongan peniaga kecil.

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.





-----------------------------


Ini perkongsian terbaharu Awin dalam edisi Diari Lockdown.


Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang kanan, Shafizan Johari.

Thu Jul 01 2021

Lockdown #Day30: Lelah seharian hilang dapat siapkan kek TMJ

Wed Jun 30 2021

Awin agak teruja apabila kek yang diinspirasikan oleh DYMM Tunku Mahkota Johor  Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim dapat disiapkan dan dipersembahkan kepada Baginda.

"Kek ini diinspirasikan daripada minat mendalam TMJ dengan sukan bola sepak ini dan hanya mengambil lima jam untuk disiapkan," kata Awin.

Katanya, kek ini digubah dan dipersembahkan kepada Tunku Ismail sebagai tanda junjung kasihnya kepada Baginda atas semua sokongan dan bantuan yang dibuat bagnda kepada rakyat negeri Johor, terutamanya ketika pandemik melanda ini.

"Saya harap DYTM Tuanku berkenan menerima persembahan kek saya ini dan semoga ia dapat membakar semangat Tuanku untuk terus berkhidmat kepada Negeri Johor dan memperjuangkan kebajikan rakyat di negeri yang bertuah ini," kata Awin.

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.




----------------------------------




Ini entri terbaharu Awin dan rakan-rakannya dalam edisi Diari Lockdown.


Perkongsian ini adalah kelolaan editor kanan, Shafizan Johari.


Wed Jun 30 2021

Lockdown #Day29: Jualan suram, Awin yakin pelanggan akan kembali

Tue Jun 29 2021

Jualan roti masih perlahan, Awin tidak pasti adakah jualan yang suram ini disebabkan oleh orang ramai yang belum menerima gaji atau mereka lebih berjimat cermat memandangkan tempoh lockdown ini tidak pasti bila akan tamat.

Awin dan rakan-rakan sempat menyiapkan empat tempahan kek.

"Dengan tempahan ini cukuplah untuk mengisi masa sepanjang di kedai hari ini," kata Awin.

Setiap kek mengambil masa lima jam untuk disiapkan daripada proses adunan sehingga proses hiasan.

Selain dari kek penuh, Awin juga menjual kek mengikut potongan sejak sebulan lalu bagi membolehkan lebih ramai pelanggan merasa kek jualannya, sekali gus menambah jumlah pelanggan tetapnya.

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.




---------------------------------



Ini entri terbaharu Awin dan rakan-rakannya dalam edisi Diari Lockdown.


Perkongsian ini adalah kelolaan editor kanan, Shafizan Johari.

Tue Jun 29 2021

Lockdown #Day28: Kedai lengang, PEMULIH jadi tumpuan

Mon Jun 28 2021

Hari ini, sambutan pelanggan di kedai Awin agak hambar.

Pembelian menerusi khidmat penghantaran juga tidak diterima.

Kata ini, berkemungkinan kebanyakan pelanggannya belum menerima gaji.

Begitupun, Awin agak teruja dengan pengumuman bantuan menerusi Pakej PEMULIH yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin yang membuatkan dia teruja untuk membuat permohonan.

Menerusi pakej berkenaan kerajaan ada menyediakan bantuan khas bagi menyokong kelangsungan perniagaan dalam kalangan perniagaan kecil.

Menerusi pakej berkenaan juga, kerajaan memperkenalkan beberapa bantuan khusus untuk golongan OKU.

"Bagaimanapun jika lockdown ini berterusan, saya berharap kerajaan dapat fikirkan lagi cara untuk membantu peniaga-peniaga kecil seperti kami untuk terus hidup," kata Awin.

Semoga esok menjanjikan kebahagiaa buat Awin.

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.







-----------------------------------------



Ini entri terbaharu Awin dan rakan-rakannya dalam edisi Diari Lockdown.


Perkongsian ini adalah kelolaan editor kanan, Shafizan Johari.






Mon Jun 28 2021

Lockdown #Day27: 'Frontliners' datang beli roti secara pukal

Sun Jun 27 2021

Bakeri Awin menerima tiga pelanggan - pekerja barisan hadapan (frontliners) yang datang membeli roti secara pukal. 

"Dua pelanggan membeli untuk kakitangan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan satu lagi pembelian untuk sebuah klinik kesihatan," kata Awin.

Awin dapat menjual 180 biji roti hasil daripada pembelian pukal frontliners itu.

"Memandangkan wujud permintaan luar biasa terhadap perniagaannya sejak akhir-akhir ini, saya mula memikirkan cara untuk memperkenalkan kempen baharu bagi merancakkan lagi penjualan," kata Awin

Oleh itu, Awin memohon sesiapa dengan idea kempen baharu untuk menghubunginya menerusi akaun Instgram kakngahbakey_pastry619

Buat masa ini, Awin masih mengekalkan promosi untuk "beli lima, percuma satu" untuk produk roti keluarannya dan berharap sokongan masyarakat terhadap perniagaannya akan berterusan tatkala Fasa 1 PKP 3.0 ini berlanjutan,

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.





--------------------------------



Ini entri terbaharu Awin dan rakan-rakannya dalam edisi Diari Lockdown.


Perkongsian ini adalah kelolaan editor kanan, Shafizan Johari.



Sun Jun 27 2021

Lockdown #Day26: Jaminan kebersihan dan keselamatan penting bagi premis makanan

Sat Jun 26 2021

Hari ini, tempahan agak perlahan buat Awin dan kawan-kawan.

Tiada tempahan besar diperoleh dan tidak amai pula pelanggan yang berkunjung.

"Mungkin disebabkan hujung bulan dan gaji belum masuk," kata Awin. 

Oleh itu, Awin mengambil peluang hari ini untuk melakukan pembersihan dan proses nyahkuman yang lebih intensif.

"Kami akan melakukan proses nyahkuman ini beberapa kali sehari tetapi jika ada kelapangan seperti hari ini, kami akan mempergiatkan lagi proses ini bagi menjamin keselamatan pengunjung dan kakitangan kami di sini," kata Awin.

Katanya, pematuhan SOP serta tahap kebersihan yang tinggi berupaya memberikan keyakinan kepada pelanggannya mengenai jaminan kualiti produk-produk makanannya.

"Kita kena sentiasa pastikan makanan disediakan dalam persekitaran yang bersih dan selamat, bertepatan dengan SOP yang ditetapkan," kata Awin.

Tambahnya, pematuhan SOP ini penting untuk menyakinkan pelanggan bahawa roti dan kek yang kami sediakan di sini memang terjamin kebersihannya.

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.


-----------------------


Ini entri terbaharu Awin dan rakan-rakannya dalam edisi Diari Lockdown.


Perkongsian ini adalah kelolaan editor kanan, Shafizan Johari.

Sat Jun 26 2021

Lockdown #Day25: Lebih 100 biji roti ditempah untuk golongan memerlukan

Fri Jun 25 2021

Sejak beberapa hari ini, Awin dan rakan-rakan sibuk menyiapkan tempahan yang dibuat individu atau syarikat untuk diedarkan kepada golongan yang memerlukan.

Hari ini, Awin menerima lagi tempahan aneka roti oleh seorang pemimpin tempatan untuk diedarkan kepada golongan yang memerlukan.

"Hari ini, kami kena siapkan tempahan 120 biji aneka roti dan roti manis," kata Awin.

Awin bersyukur atas sokongan yang diberikan ini dapat membantu perniagaan untuk terus bertahan ketika pandemik yang berlarutan ini.

"Walaupun minggu ini pelanggan tidak ramai yang walk-in tetapi tempahan seperti ini banyak membantu memastikan perniagaan kami diteruskan," kata Awin.

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.





-----------------------------------------------






Ini entri terbaharu Awin dan rakan-rakannya dalam edisi Diari Lockdown.

Perkongsian ini adalah kelolaan editor kanan, Shafizan Johari.



Fri Jun 25 2021

Lockdown #Day24: Ada customer beli pukal untuk bantu keluarga terjejas

Thu Jun 24 2021

Hari ini Awin mendapat tempahan untuk menyediakan pek aneka roti untuk 40 buah keluarga yang tejejas akibat pandemik COVID-19 yang berlarutan ini.

"Ini merupakan tempahan oleh seorang pemimpin tempatan untuk diedarkan di sebuah kawasan perumahan rakyat di Stulang ini," kata Awin dalam nada teruja.

"Kami sediakan roti mentega, roti kaya, roti sosej, roti krim, roti serunding ayam, roti pedas dan roti keju," kata Awin seraya membungkus roti-roti berkenaan masuk ke dalam pek untuk diedarkan kelak.

Kata Awin, awal juga dia bangun untuk sediakan roti-roti berkenaan.

"Memandangkan kami harus siap bungkus semua roti ini seawal jam 9 pagi tadi, kami mulakan menguli tepung dan membakar sejak jam 4 pagi."

Walaupun mentari sudahpun jauh di ufuk senja, Awin langsung tidak menampakkan dia letih, mungkin kerana terlalu teruja apabila perniagaan sering mendapat sokongan ramai, Awin berupaya melupakan segala penat lelahnya bekerja seharian.

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.

-----------------------------------------------------------

Ini entri terbaharu Awin dan rakan-rakannya dalam edisi Diari Lockdown.

Perkongsian ini adalah kelolaan editor kanan, Shafizan Johari.

Thu Jun 24 2021

Lockdown #Day23: Dua badan kebajikan banyak membantu Awin

Wed Jun 23 2021

Selain rakan-rakan dan keluarga, kerjaya keusahawanan Awin banyak dibantu dua badan kebajikan untuk memberikan modal awal untuk Awin mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan sehingga mempunyai premis yang tetap seperti sekarang.

Dua organisasi kebajikan itu ialah Perbadanan Usahawan Johor (PUJB) dan Yayasan pembangunan Keluarga Darul Takzim bahagian (YPKDT).

"Saya sebenarnya mula berjinak-jinak memulakan perniagaan secara separuh masa sahaja, ketika itu saya masih bekerja dengan sebuah bakeri di Johor Bahru," kata Awin.

Ketika itu, Awin berniaga ayam potong di sebuah pasar malam.

Hasil pengalaman berniaga di pasar malam, Awin berazam untuk mengumpul pengalaman dan keberanian untuk berniaga secara sepenuh masa.

"Kedua-dua NGO inilah yang memberi saya bantuan kewangan yang benar-benar saya perlukan untuk memulakan perniagaan saya (secara sepenuh masa) di Bazar Asnaf Terminal Larkin,"

Bagaimanapun perniagaan berkenaan tidak bertahan lama akibat teruk terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 tahun lalu.

Begitupun permintaan terhadap produknya kembali meningkat setelah PKP 1.0 berakhir lantas mendorongnya membuka sebuah premis tetap di Stulang, Johor Bahru.

------------------------------

Ini entri terbaharu Awin dan rakan-rakannya dalam edisi Diari Lockdown.

Perkongsian ini adalah kelolaan editor kanan, Shafizan Johari.

Wed Jun 23 2021

Lockdown #Day22: Tidak mahu pisang berbuah dua kali

Tue Jun 22 2021

Bakeri yang diusahakan Awin dan rakan-rakan ini bukan perniagaan pertama yang diceburinya.

Sebelum ini, Awin ada mengusahakan gerai ayam gunting di Bazar Asnaf Terminal Larkin, Johor Bahru.

Bagaimanapun, perniagaan berkenaan gagal bertahan setelah Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 diperkenalkan awal tahun lalu setelah terminal berkenaan bertukar sunyi dan lengang akibat sekatan perjalanan dilaksanakan.

"Bakeri ini asalnya kecil sahaja, tetapi setelah mula mendapat sokongan, Awin bernekad untuk berpindah ke premis lebih besar," kata Awin.

Katanya, pada awalnya dia hanya mampu menggaji dua pekerja tetapi jumlah pekerja ditingkatkan apabila tempahan semakin bertambah.

Namun demikian, Awin sama sekali tidak menyangka PKP 3.0 yang diisytiharkan pada awal bulan ini sekali lagi mengancam perniagaannya.


"Itulah sebabnya kami memperkenalkan pelbagai promosi sejak PKP 3.0 dilaksanakan kerana enggan pisang berbuah dua kali, seperti mana perniagaan saya yang terjejas ketika PKP 1.0 lalu," kata Awin.

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.



----------------------------------



Ini entri terbaharu Awin dan rakan-rakannya dalam edisi Diari Lockdown.

Perkongsian ini adalah kelolaan editor kanan, Shafizan Johari.


Tue Jun 22 2021

Lockdown #Day21: 'Hari ini, roti pula sold out!'

Mon Jun 21 2021

Jualan kek pada awal pagi tadi sudah sold out.

Ini menyebabkan Awin dan kawan-kawan membakar beberapa biji kek untuk disi di rak almari 'chiller' di bahagian depan kedai mereka.

Awin dan kawan-kawan juga sibuk merangka pelan untuk memperkenalkan promosi baharu bagi menyambung kesinambungan jualan mereka yang meningkat sejak kebelakangan ini.

"Kami sedang merangka beberapa strategi baharu untuk kekalkan momentum jualan yang menunjukkan peningkatan baru-baru ini," jelas Awin.

Sejak beberapa hari lalu, jualan di bakeri milik Awin meningkat susulan bantuan promosi oleh ramai pihak termasuk golongan VIP. 

Peningkatan jualan juga disumbang kempen Hari Bapa yang disambut pada Isnin.

Peningkatan jualan ini juga sedikt sebanyak membantu bukan sahaja perniagaan Awin untuk bertahan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan 3.0, tetapi juga menyokong individu-individu yang banyak membantu seperti kawan-kawan rider yang terlibat dengan penghantaran kek dan roti terus kepada pelanggan.



------------------------------------



Ini entri terbaharu Awin dan rakan-rakannya dalam edisi Diari Lockdown.

Perkongsian ini adalah kelolaan editor kanan, Shafizan Johari.

Mon Jun 21 2021

Mon Jun 21 2021

Lockdown #Day20: Roti diborong licin!

Sun Jun 20 2021

"Saya amat bersyukur kedai kek dan roti ini semakin mendapat sokongan ramai  pelanggan pula bukan sahaja dari penduduk di sekitar Stulang, tetapi kawasan-kawasan sekitar Johor Bahru," kata Awin.

Apa yang lebih menggembirakan ialah apabila roti laris dijual.

Hari ini, seorang pelanggan memborong semua bun dan roti, semuanya untuk disedekahkan ke sebuah rumah anak yatim di Johor Bahru.

Pelanggan tersebut pula merupakan pelanggan baharu yang mengetahui mengenai bakeri milik Awin menerusi media sosial.

Ternyata kuasa media sosial untuk promosi mengenai perniagaan kecil-kecilan seperti yang diusahakan Awin tidak boleh dipandang ringan.

Ternyata, hari ini penuh bermakna buat Awin dan rakan-rakan.

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.




------------------------


Ini entri terbaharu Awin dan rakan-rakannya dalam edisi Diari Lockdown.

Perkongsian ini adalah kelolaan editor kanan, Shafizan Johari.



Sun Jun 20 2021

Lockdown #Day19: 'Overtime' siapkan kek, esokkan sambutan Hari Bapa

Sat Jun 19 2021

Sempena sambutan Hari Bapa esok, Awin dan rakan-rakan menerima 20 tempahan kek hari bapa. 

Seronok tak terkira, Awin dan rakan-rakan. Semua tempahan perlu disiapkan hari ini kerana pelanggan dari sekitar Stulang dan Johor Bahru akan mula datang awal untuk mengambil kek tempahan pagi esok.

"Tempahan ini ada yang akan diambil sendiri esok dan ada juga yang akan dihantar terus kepada pelanggan menggunakan perkhidmatan runner," kata Awin.

Alhamdulilah ... rezeki hari ini merupakan hasil daripada usaha Awin dan rakan-rakan mempromosi kedai ini serta sokongan pelbagai pihak yang membantu mewar-warkan kewujudan kedai ini.

Sehingga petang tadi masih ada banyak lagi tempahan kek yang perlu disiapkan, katanya.

"Nampaknya, ramai kena overtime hari ini," gurau Awin.

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.






------------------------------------------------



Ini entri terbaharu Awin dan rakan-rakannya dalam edisi Diari Lockdown.

Perkongsian ini adalah kelolaan editor kanan, Shafizan Johari.

Sat Jun 19 2021

Lockdown #Day18: Bukan bakeri biasa-biasa!

Fri Jun 18 2021

Kedai bakeri Awin hari ini diserbu ramai pelanggan terutamanya pelanggan-pelanggan baharu.

Semua ini gara-gara satu muat naik di laman Facebook milik Johor Circle.

Laman Facebook berbahasa Mandarin itu memuat naik satu review yang memaparkan keunikan perniagaan milik Awin.

Dalam muat naik itu, laman FB itu menyatakan bahawa kedai milik Awin ini bukan satu kedai yang 'biasa-biasa'.

"Bukan kedai kek biasa! Orang bisu pekak tidak takut akan kesusahan semasa wabak ini dan mereka berdikari," tulis pengendali FB itu.

Perkongsian itu juga dibuat Johor Circle susulan kunjungan ADUN Stulang, Andrew Chen Kah Eng yang kemudiannya mempromosikan perniagaan Awin baru-baru ini.

Awin sebak. Sokongan yang kecil seperti mengadakan promosi di media sosial peribadi boleh memberi impak besar kepada insan-insan yang cekal seperti Awin dan kawan-kawannya ini.

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.




--------------------------------


Ini entri terbaharu Awin dalam edisi Diari Lockdown.

Perkongsian ini adalah kelolaan editor kanan, Shafizan Johari.

Fri Jun 18 2021

Lockdown #Day17: 'Agak pelik, tetapi itulah yang berlaku hari ini!'

Thu Jun 17 2021

Awin gembira selepas menerima tiga tempahan kek dari seorang individu hari ini.

Namun, agak pelik tempahan berkenaan dibuat pada masa yang berbeza.

Tidak seperti kebiasaan pelanggan yang datang membeli, mereka biasanya akan membuat pembelian secara serentak tetapi cara pelanggan membeli kek agak lain daripada yang lain.

"Satu tempahan dibuat pada sebelah pagi, kemudian tempahan dari pelanggan yang sama dibuat pada tengah hari," kata Awin.

"Pelanggan yang sama membuat lagi satu tempahan pada sebelah petang!" tambahnya.

Semua tempahan dibuat secara dalam talian sahaja dan penghantaran pula dilakukan oleh 'rider'.

Dalam keterujaan, Awin berkata ini membuktikan perniagannya sudah mempunyai peminat yang membuat pembelian secara berulang-ulang, walaupun perniagannya masih baharu dan peruntukkan pemasaran dan promosi yang sangat terhad.

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.



-------------------------------------------------------

Ini entri terbaharu Awin dalam edisi Diari Lockdown.

Perkongsian ini adalah kelolaan editor kanan, Shafizan Johari.

Thu Jun 17 2021

Lockdown #Day16: Awin gemar membuat 'kek fondant'

Wed Jun 16 2021
Lockdown #Day16: Awin gemar membuat 'kek fondant'

Lockdown #Day16: Awin lega bakeri tidak perlu 'gulung tikar'

Wed Jun 16 2021

Awin tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang pembuatan kek atau pastri sebelum ini. 

Sebaliknya, keyakinan untuk memulakan perniagaan kek dan bakeri ini hanya berbekalkan pengalaman bekerja di sebuah kedai kek di Johor Bahru selama tiga tahun.

Kedai kek Awin yang terletak di Stulang, JB ini baharu dibuka pada Mac tahun lalu.

Ketika itu, negara masih berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan 1.0.

Semasa mula dibuka, Awin tidak menyangka keadaan ekonomi berubah mendadak peningkatan kes sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa melaksanakan PKP 1.0

Walaupun masih belum merekodkan untung besar, Awin sudah boleh berpuas hati apabila dapat mempertahankan perniagaannya tatkala begitu ramai perniagaan gulung tikar.

Hari ini, Awin menerima dua tempahan kek fondant yang memang menjadi kegemarannya.

Kata Awin, selain belajar di bakeri tempat dia bekerja sebelum ini, dia banyak meraih ilmu baru pembuatan kek di YouTube.

Selain ilmu pembuatan kek dan roti, Awin juga berharap untuk mendalami pengetahuan dalam bidang pengurusan kedai dan pemasaran bagi memastikan perniagaannya berkembang dengan pesat.

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) bersama lima rakan-rakannya. 



-----------------------------------




Ini entri terbaharu Awin dalam edisi Diari Lockdown.

Perkongsian ini adalah kelolaan editor kanan, Shafizan Johari.





Lockdown #Day15: Awin bersama ADUN Stulang, Andrew Chen Kah Eng

Tue Jun 15 2021
Lockdown #Day15: Awin bersama ADUN Stulang, Andrew Chen Kah Eng

Lockdown #Day15: Sempena Hari Bapa, Awin berharap bakerinya 'ceria' semula

Tue Jun 15 2021

Bakeri Awin dan rakan-rakannya masih memperkenalkan beberapa siri promosi bagi menarik perhatian pelanggan.

Bahang dua minggu PKP 3.0 semakin terasa. 

Namun, semangat Awin tidak mudah pudar, dia sedar bahawa dia harus kekal kuat untuk pekerja di bakeri berkenaan.

Promosi terbaharu ini sempena sambutan Hari Bapa. Harga sebiji kek dan enam biji tart hanya RM70 sahaja. 

"Alhamdulilah ....kami menerima respon positif dari pelanggan," kata Awin.

"Malah, kami sangat teruja kerana makluman mengenai kempen ini diketahui oleh ADUN Stulang, Andrew Chen Kah Eng," kata Awin.

"Beliau singgah ke kedai hari ini untuk menempah kek sempena Hari Bapa yang akan disambut pada 20 Jun ini," tambahnya. 

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.



------------------------------------



Ini entri terbaharu Awin dalam edisi Diari Lockdown.

Perkongsian ini adalah kelolaan editor kanan, Shafizan Johari.

Lockdown #Day14: 15 tempahan kek diterima hari ini!

Mon Jun 14 2021
Lockdown #Day14: 15 tempahan kek diterima hari ini!

Lockdown #Day14: 'Terima kasih untuk promosi percuma bakeri ini!'

Mon Jun 14 2021

Awin dan kawan-kawan mahu berkongsi berita gembira hari.

Sejumlah 15 tempahan kek diterima sehingga awal Julai.

Jelas Awin, tempahan yang masuk secara mendadak ini berlaku susulan promosi 'percuma' seorang VIP (yang tidak mahu didedahkan namanya) membantu mempromosi keknya ada Sabtu lalu.

"Kami terima tempahan masuk secara mendadak, selepas seorang VIP muat naik mengenai kek yang kami sediakan untuk beliau di Instagram milik beliau."

"Ada macam-macam jenis kek yang ditempah, ada untuk sambutan hari jadi, ada juga untuk sambutan hari bapa."

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.




----------------------




Ini entri terbaharu Awin dalam edisi Diari Lockdown.

Perkongsian ini adalah kelolaan editor kanan, Shafizan Johari.

Lockdown #Day13: Happy adik-adik ni dapat roti!

Sun Jun 13 2021
Lockdown #Day13: Happy adik-adik ni dapat roti!

Lockdown #Day13: 'Apa salahnya berkongsi rezeki ...'

Sun Jun 13 2021

Hari ini, Awin dan kawan-kawan menyampaikan sumbagan roti kepada penghuni Pusat Jagaan Kesayangan Abadi yang menempatkan anak-anak yatim dan asnaf yang terletak di Setanggi, Johor Bahru.

Awin dan rakan-rakan sedekahkan pelbagai jenis roti dan pastri kepada seramai 30 kanak-kanak di pusat jagaan itu.

"Roti-roti yang kami sedekahkan ini sebahagiannya roti yang tidak terjual hari ini. Ada juga yang kami buat khusus untuk mereka," kata Awin.

Bagi Awin, amal jariah yang mereka lakukan ini adalah untuk berkongsi rezeki kepada golongan yang kurang bernasib baik bagi mencetuskan sedikit kebahagiaan kepada mereka, terutamanya ketika tempoh pandemik ini.

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.






-----------------------





Ini entri terbaharu Awin dalam edisi Diari Lockdown.

Perkongsian ini adalah kelolaan editor kanan, Shafizan Johari.

Lockdown #Day12: Rider roti Awin juga OKU

Sat Jun 12 2021
Lockdown #Day12: Rider roti Awin juga OKU

Lockdown #Day12: Rider roti Awin juga OKU

Sat Jun 12 2021

Awin sebenarnya agak terlambat untuk mendaftar sebagai salah satu peniaga di platform e-hailing seperti Grab, walaupun sudah lama menyimpan hasrat untuk berbuat demikian.

Dia percaya menerusi platform berkenaan, ia bakal memudahkan lagi pelanggan untuk mendapatkan produk jualannya.

"Proses pendaftaran dengan Grab sudah dibuat dan saya harap, apabila sudah menjadi salah seorang peniaga di platform itu nanti, semakin laris lah jualan kami nanti," jelas Awin.

Walaupun belum ada perkhidmatan e-hailing seperti Grab, Awin sudahpun lama melakukan penghantaran (delivery) terus kepada pelanggannya sejak sebelum PKP 1.0 lagi.

Lebih menarik apabila semua 'runner' atau 'rider' yang sering berkhidmat dengan Awin adalah golongan OKU pekak dan bisu.

"Sambil menjadi rider Grab, saya juga dapatkan bantuan mereka untuk jadi 'runner' untuk delivery kek dan roti di kedai saya," kata Awin.

"Hasrat saya ialah untuk membantu dari segi pendapatan golongan OKU, walaupun sekecil mana pun bantuan itu, yang penting kita sama-sama berusaha," tegas Awin.

"Mana-mana pembeli yang idamkan kek atau roti di kedai kami, tetapi tidak dapat datang, boleh sahaja buat pembelian dengan menghubungi saya di Instagram @kakngahbakey_pastry619," kata Awin.

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.




-----------------------

Ini entri terbaharu Awin dalam edisi Diari Lockdown.

Perkongsian ini adalah kelolaan editor kanan, Shafizan Johari.

Lockdown #Day11: Mendapat sambutan

Fri Jun 11 2021
Lockdown #Day11: Mendapat sambutan

Lockdown #Day11: Belajar dari YouTube untuk pelbagaikan resipi, reka bentuk

Fri Jun 11 2021

Donut berperisa yang mula dijual di kafe milik Awin sejak beberapa hari lalu mendapat sambutan menggalakkan daripada pembeli.

Bagi melariskan lagi jualan, mereka turut mempelbagaikan resepi dan reka bentuk donut yang dipelajari menerusi platform YouTube.

Dinspirasi daripada jenama donut terkemuka, donut yang dijual dalam kotak lutsinar dengan harga RM8 setiap kotak.

Selain donut, beberapa lagi jualan yang laris seperti roti serunding ayam, roti sosej, roti krim coklat dan roti kismis.

Begitupun, jualan yang direkodkan ketika ini tidaklah sebaik seperti sebelum total lockdown diumumkan dahulu.

Awin juga menyedari pengumuman PKP 3.0 disambung sehingga 28 Jun, menyebabkan mereka harus terus berusaha keras untuk mempertahankan perniagaan mereka.

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.




-----------------------


Ini entri terbaharu Awin dalam edisi Diari Lockdown.

Perkongsian ini adalah kelolaan editor kanan, Shafizan Johari.

Lockdown #Day10: Tiada pengalaman: mereka sudah berupaya menghasilkan beraneka jenis kek dan pastri

Thu Jun 10 2021
Lockdown #Day10: Tiada pengalaman: mereka sudah berupaya menghasilkan beraneka jenis kek dan pastri

Lockdown #Day10: 'Tiada pengalaman buat roti tidak apa, saya ingin bantu golongan terjejas'

Thu Jun 10 2021

Sejak PKP penuh dilaksanakan, Kak Ngah Bakeri & Cafe mengurangkan jumlah pekerja yang datang ke kedainya. 

Kebiasaannya, keenam-enam pekerja akan bertugas, namun hanya tiga pekerja sahaja yang bertanggungjawab menguruskan bakeri secara bergilir-gilir sejak pelaksanaan perintah lockdown penuh ini.

Seramai lima daripada mereka adalah orang kurang upaya (OKU) kurang pendengaran.

"Dua orang dari kakitangan ada pengalaman buat kek dan roti manakala yang lain tidak mempunyai pengalaman dalam bidang ini, tetapi diambil bekerja kerana mereka sudah hilang sumber rezeki sejak pandemik mula melanda tahun lalu," jelas Awin.

"Tetapi, hasil latihan sejak bulan bekerja bersama kami, mereka sudah berupaya menghasilkan beraneka jenis kek dan pastri," tambahnya.

Kata Awin, penting untuk  Kak Ngah Bakeri & Cafe untuk terus beroperasi walaupun sangat sukar ketika negara masih berdepan dengan kesan ekonomi yang sangat teruk akibat COVID-19 bagi memastikan punca rezeki kawan-kawannya yang bekerja di sini tidak terputus.

Insya-Allah...

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.



----------------





Ini entri terbaharu Awin dalam edisi Diari Lockdown.

Perkongsian ini adalah kelolaan editor kanan, Shafizan Johari.

Lockdown #Day9: Awin dan rakan-rakannya memang sering menjadikan aktiviti pengedaran roti

Wed Jun 09 2021
Lockdown #Day9: Awin dan rakan-rakannya memang sering menjadikan aktiviti pengedaran roti

Lockdown #Day9: 'Kalau kita susah, ramai lagi lebih susah'

Wed Jun 09 2021

'Kalau kita rasa kita susah, ramai lagi yang lebih susah.'

Berbekalkan semangat itu, Awin dan rakan-rakannya mengedarkan bekalan roti yang tidak dijual kepada beberapa gelandangan di sekitar kawasan Stulang.

Bukannya apa ...

Buanglah sifat suka membazir, detik hati kecil Awin.

Awin dan rakan-rakannya memang sering menjadikan aktiviti pengedaran roti dan bahan lebihan jualan ini, cuma kali ini mereka tidak dapat berjalan jauh susulan sekatan perjalanan.

"Semua roti yang tak terjual keluaran hari yang sama, bukan roti yang sudah tamat tempoh," tegas Awin.

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.


---------------------


Ini entri terbaharu Awin dalam edisi Diari Lockdown.

Perkongsian ini adalah kelolaan editor kanan, Shafizan Johari.


Lockdown #Day8: Peragaan kek yang cantik penting

Tue Jun 08 2021
Lockdown #Day8: Peragaan kek yang cantik penting

Lockdown #Day8: 'Rak menyimpan kek juga harus menarik'

Tue Jun 08 2021

Hari ini, Awin dan rakan-rakan perniagaannya berkesempatan untuk menyediakan beberapa biji kek dan satu daripadanya ialah untuk memenuhi tempahan pelanggan.

Bagi Awin, peragaan kek yang cantik penting bagi menarik pelanggan ke bakerinya.

Kek-kek yang diperagakan pula berharga serendah RM2 untuk kek potong dan sebiji kek dijual dengan harga RM65.

Kebiasannya, kek di bakerinya laris namun disebabkan lockdown penuh pelanggan agak kurang akibat tiada sambutan.

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.


----------------


Ini entri kelapan Awin dalam edisi Diari Lockdown.

Perkongsian ini adalah kelolaan editor kanan, Shafizan Johari.

Lockdown #Day7: Inspirasi daripada jenama donut terkemuka

Mon Jun 07 2021
Lockdown #Day7: Inspirasi daripada jenama donut terkemuka

Lockdown #Day7: Awin tak tertekan, rezeki ada dimana-mana

Mon Jun 07 2021

Lagi hari yang kurang memberangsangkan pagi perniagaan bakeri Awin hari ini.

Namun, cabaran berniaga semasa lockdown penuh ini bukan sahaja menguji kesabaran, tetapi paling penting untuk mendidik kita agar tidak berhenti berusaha dan sentiasa mencari strategi baharu.

Sejak beberapa hari kebelakangan ini Awin memperkenalkan beberapa produk baharu seperti 'kek potong' yang mula dijual semalam dan donut berperisa hari ini.

Diisnpirasikan daripada jenama donut terkemuka, donut ini dijual dalam kotak lutsinar ini dengan harga RM8 setiap kotak.

"Memang agak payah nak cari produk yang laris semasa musim lockdown penuh ini, jadi kita sentiasa mencuba produk-produk baharu," jelas Awin.

Untuk hari ini sahaja Awin dan kawan-kawannya dapat menjual empat kotak donut.

Ia mungkin tidak mencukupi untuk menampung kos operasi harian, tetapi Awin berharap jualan yang sedikit ini akan menjadi pembakar semangat untuknya serta kawan-kawan untuk terus tabah dalam meniti hari-hari yang mendatang. 

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.



---------



Ini entri ketujuh Awin dalam Diari Lockdown.

Perkongsian ini adalah kelolaan editor kanan, Shafizan Johari.

Lockdown #Day6: Kek potong ini cantik dan sedap

Sun Jun 06 2021
Lockdown #Day6: Kek potong ini cantik dan sedap

Lockdown #Day6: Tukar strategi jual kek potong pula

Sun Jun 06 2021

Setelah hampir seminggu sejak lockdown penuh dilaksana, hasil jualan di bakeri yang diusahakan Awin masih belum menunjukkan tanda positif. Apa yang lebih membimbangkan ialah penjualan semakin menurun.

Pelbagai usaha dilakukan untuk meningkatkan hasil jualan.

Sebagai contoh, semalam Awin memperkenalkan promosi "Beli 5, Percuma 1", hari ini pula Awin memperkenalkan produk kek potong.

Ya, kek potong juga sudah biasa dijual di kedai-kedai lain.

Namun, pada kebiasaannya Awin menjual kek penuh, bukannya yang sudah dipotong seperti ini.

"Setiap potong kek dijual pada harga RM10 sepotong," cerita Awin.

"Kami juga ada jual kek potong yang lebih kecil pada harga RM4 dan promosi tiga potong hanya RM10. Alhamdulilah, percubaan ini berbaloi apabila kek potong ini laris dan mendapat sambutan yang menggalakkan," tambahnya.

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah kedai kek  dan bakeri "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.



---------



Ini entri keenam Awin dalam Diari Lockdown.

Perkongsian ini adalah kelolaan editor kanan, Shafizan Johari.


Lockdown #Day5: Beli 5, percuma 1

Sat Jun 05 2021
Lockdown #Day5: Beli 5, percuma 1

Lockdown #Day5: 'Roti ... ! Roti ... ! Beli 5 percuma 1'

Sat Jun 05 2021

Jumlah kedatangan pelanggan ke kedai Awin agak kurang hari ini. Jika ada yang singgah pun hanya untuk membeli roti. 

Tempahan kek juga hari tiada. Hanya satu tempahan semalam yang perlu dibuat.

Jangan culas, pesan Awin pada dirinya. Total lockdown kali ini sudah mencabar, hatinya kecil berkata.

Kebiasaannya roti di bakeri Awin akan laris pada sebelah pagi. Pelanggan selalunya singgah selepas mereka membeli-belah di sebuah pasar raya berdekatan.

Roti juga laris pada sebelah petang selepas waktu bekerja.

"Selalu pada hujung minggu kami akan buat adunan roti sebanyak dua kali, tetapi hari ini sekali sahaja, itu pun tidak habis," kata Awin.

Walaupun pelanggan semakin berkurangan hari ini, Awin dan kawan-kawan di bakeri yang diusahakannya di Stulang, Johor Bahru tetap bersemangat tinggi.

Bagi melariskan jualannya, Awin memperkenalkan kempen promosi: 'Beli 5, percuma 1".

"Harap ini dapat menarik perhatian pelanggan untuk berkunjung ke bakeri saya," kata Awin.

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan sebuah "Kak Ngah Bakeri & Cafe" di Stulang, Johor Bahru.



-------



Ini entri kelima Awin dalam Diari Lockdown.

Perkongsian ini adalah kelolaan editor kanan, Shafizan Johari.



Lockdown #Day4: Kek yang diinspirasi dari watak popular Disney

Fri Jun 04 2021
Lockdown #Day4: Kek yang diinspirasi dari watak popular Disney

Lockdown #Day4: 'Tempahan kek 'Disney' pun jadilah, dari tiada'

Fri Jun 04 2021

Kalau pada hari lockdown ketiga, bakeri Awin sibuk, hari ini berbeza pula ceritanya.

Pelanggan yang beratur sejak dari pagi semalam (Khamis) belum berkunjung tiba.  

Sejak kedai dibuka jam 10 pagi, hanya ada beberapa pelanggan yang hadir untuk membeli minuman ringan.

Menurut Awin, hasil jualan minuman tidaklah begitu besar.

Namun, kemunculan mereka cukup untuk menyuntik semangat kepada Awin dan kawan-kawan di bakeri ini untuk terus beroperasi.

Hasil penantian mereka sepanjang hari berbaloi apabila dua tempahan kek diterima.

Satu untuk hari ini, satu lagi untuk esok.

"Kek yang diinspirasi dari watak popular Disney menjadi pilihan pembeli, alhamdulillah ada juga rezeki hari ini," kata Awin ketika berkongsi aktivitinya dengan Astro AWANI, hari ini. 

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengusahakan 'Kak Ngah Bakeri & Cafe' di Stulang, Johor Bahru.


-------------------------

Ini entri keempat Awin dalam Diari Lockdown

Perkongsian ini adalah kelolaan editor kanan, Shafizan Johari.

Lockdown #Day3: Alhamdulillah...

Thu Jun 03 2021
Lockdown #Day3: Alhamdulillah...

Lockdown #Day3: 'Sabar itu perit, namun hikmahnya indah'

Thu Jun 03 2021

Ini apa yang dipegang Awin tatkala pandemik COVID-19 melanda negara.

Perniagaan perlu diteruskan, kualiti produk perlu dijaga rapi agar pelanggan berpuas hati.

Masuk hari ketiga 'lockdown', Awin mampu tersenyum. Pelanggan-pelanggan setia sanggup beratur dari awal pagi

"Alhamdulillah ... hari ini lebih baik daripada hari pertama lockdown. Pagi tadi, pelanggan beratur sebelum kedai dibuka," kata Awin. 

Menurutnya, kedudukan kedai yang strategik di kawasan perumahan sedikit sebanyak membantu perniagaannya kerana pembeli tidak perlu jauh berjalan jauh untuk mendapatkan bekalan roti dan pastri.

Awin atau nama penuh Nur Azurin Hussin merupakan seorang OKU yang mengusahakan 'Kak Ngah Bakeri & Cafe' di Stulang, Johor Bahru.


--------------

Ini entri hari ketiga Awin dalam Diari Lockdown di Astro AWANI.

Perkongsian Awin adalah kelolaan editor kanan, Shafizan Johari.

Lockdown #Day2: Awin menerima lima tempahan kek

Wed Jun 02 2021
 Lockdown #Day2: Awin menerima lima tempahan kek

Lockdown #Day2: 'Syukur daripada tiada, ada juga tempahan kek hari ini'

Wed Jun 02 2021

Hari ini, Awin mendapat beberapa tempahan kek.

Syukur ...namun, memang terdetik keinginan di hatinya, agar lockdown kali ini tidak memberi impak besar ke atas bisnesnya

Awin redha ... rezeki Allah S.W.T. sentiasa menanti umatnya yang berusaha. 

Hari kedua lockdown Awin sudah menerima lima tempahan kek. Esok pula sudah ada beberapa tempahan menanti. Semua tempahan melalui word-of-mouth dan menerusi media sosial.

"Kami juga buat servis penghantaran," tambahnya. 

Menurut Awin, pelanggan memilih untuk berkunjung pada waktu pagi.

Benar ramai yang gemar menjamah roti dan kek untuk bersarapan bersama keluarga ketika lockdown kali ini.

"Alhamdulillah pagi tadi ramai yang datang berbanding semalam. Namun, sejak tengah hari tadi hujan lebat jadi pelanggan mula berkurangan," tambahnya. 

Terus ikuti Diari Lockdown bersama Awin bersama wartawan kanan, Shafizan Johari. 

Lockdown #Day1: Pengusaha bakeri OKU Nur Azurin

Tue Jun 01 2021
 Lockdown #Day1: Pengusaha bakeri OKU Nur Azurin

Lockdown #Day1: Bakeri lengang... demi 'survival' kami tetap beroperasi

Tue Jun 01 2021

Hari ini, hari pertama 'total lockdown'. 

Bakeri yang diusahakan Nur Azurin Hussin dibuka seperti biasa hari ini.

Alhamdulilah, walaupun lockdown bakeri ini masih diberi kebenaran untuk beroperasi, walaupun dengan masa beroperasi yang terhad dan prosedur operasi standard  (SOP) cukup tegas.

Kebenaran untuk beroperasi ini bermakna saya dan pekerja-pekerja di sini dapat meneruskan pencarian rezeki.

Tetapi lockdown juga bermakna tidak ramai pelanggan dapat datang membeli bakeri di sini. Kalau dilihat daripada gambar yang dikongsi, bakeri ini kelihatan lengang.

Bagi Awin, usaha diteruskan dan doa akan terus dipanjatkan agar semuanya cekal dan berupaya untuk mengharungi lockdown penuh ini.

Ini entri pertama kisah pengusaha bakeri Orang Kurang Upaya (OKU) Nur Azurin yang kini mengusahakan sebuah  kedai roti dan kek di Stulang, Johor Bahru dalam 'Diari Lockdown'.

Kompilasi ini adalah kelolaan Editor Kanan, Shafizan Johari. 

#full lockdown#PKP 3 0#Nur Azurin Hussin#bakeri#kegigihan OKU#Awin#COVID-19#program vaksinasi#Diari Lockdown
AWANI Pagi test

AWANI Pagi test

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.