UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

[LAPOR LANGSUNG] Nahas Elmina: Pasukan penyiasat berjaya peroleh rakaman suara 30 minit terakhir

Anthony Loke berkata pasukan siasatan juga berjaya memperoleh rakaman suara 30 minit terakhir sehingga berlakunya nahas pada ketika itu.

Astro Awani
Anthony Loke berkata pasukan siasatan juga berjaya memperoleh rakaman suara 30 minit terakhir sehingga berlakunya nahas pada ketika itu. -Gambar fail/Bernama

Sidang media Menteri Pengangkutan

Tue Aug 29 2023

Rakaman suara CVR berjaya dimuat turun - Loke

Tue Aug 29 2023

Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) telah berjaya mendapatkan rakaman Kotak Perakam Suara Kokpit (CVR) berhubung nahas pesawat pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Persiaran Elmina 17 Ogos lalu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pasukan siasatan juga telah berjaya memperoleh rakaman suara 30 minit terakhir sehingga berlakunya nahas pada ketika itu.


BERITA PENUH DI SINI

Lebih 10 individu dirakam percakapan - KP Selangor

Sat Aug 26 2023

Polis telah memanggil lebih 10 individu setakat ini bagi merakam percakapan untuk membantu siasatan berhubung nahas pesawat terhempas berdekatan Bandar Elmina dekat sini pada 17 Julai lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata antara yang dipanggil ialah mereka yang mempunyai video rakaman kejadian, pihak syarikat penerbangan dan wakil Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).


BERITA PENUH DI SINI

Setiausaha Politik PM ziarah waris mangsa untuk sampaikan sumbangan

Wed Aug 23 2023

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi hari ini berkesempatan menziarahi keluarga tiga mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam minggu lepas.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pertemuan itu adalah untuk menyampaikan sedikit sumbangan beliau kepada keluarga Sharipudin Shaari iaitu pemandu e-hailing serta waris Allahyarham Shahrul Kamal Roslan dan Allahyarham Haikal Aras Abdul Azim, yang masing-masing merupakan juruterbang pesawat berkenaan.


BERITA PENUH DI SINI

Lapan waris mangsa layak terima pampasan Perkeso - Sivakumar

Wed Aug 23 2023

Lapan keluarga daripada 10 mangsa nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam layak menerima pampasan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata seorang waris akan menerima Faedah Pencen Penakat di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan enam waris layak menerima Faedah Orang Tanggungan di bawah akta berkenaan.


BERITA PENUH DI SINI

Peluang kenal pasti punca tipis

Wed Aug 23 2023

Negara mungkin berdepan peluang tipis untuk mengetahui punca tepat nahas pesawat terhempas di Persiaran Elmina, Khamis lalu sekiranya data perakam suara kokpit (CVR) mengalami kerosakan teruk.

Menurut bekas Ketua Juruterbang Malaysia Airlines (MAS), Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, sekiranya fasa mengeluarkan data daripada CVR itu gagal dibuat walaupun telah dihantar ke kilang pengeluar di Florida, Amerika Syarikat (AS), maka perkara yang boleh dilakukan hanyalah andaian.


BERITA PENUH DI SINI

Kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut

Tue Aug 22 2023

Kematian 10 mangsa diklasifikasi SDR

Tue Aug 22 2023

Polis setakat ini mengklasifikasikan kematian 10 mangsa yang terlibat dalam kejadian nahas pesawat terhempas berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, pada Khamis lepas dilaporkan sebagai kematian mengejut (SDR).

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan insiden tersebut masih dijalankan dan buat masa ini nahas tersebut dilihat sebagai kes kemalangan semata-mata.


BERITA PENUH DI SINI

Keutamaan saya untuk beri jawapan punca nahas dengan segera - Loke

Tue Aug 22 2023

Setiap insiden beri pengajaran apa yang perlu ditambah baik - Loke

Tue Aug 22 2023

BSKU bawa 'memory puck' nahas Elmina ke Florida untuk analisis data

Tue Aug 22 2023

Emosi anak stabil, belajar terima hakikat kehilangan ayah

Tue Aug 22 2023

"Alhamdulillah, emosi anak-anak stabil, perlahan-lahan mereka terima hakikat kehilangan ayah mereka," luah balu Allahyarham Shaharul Amir Omar, 49, mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam, minggu lalu.

Suhaila Akasah, 47, berkata, empat anaknya termasuk sulung yang menghidap autisme berada dalam keadaan baik dan dilihat dapat menerima pemergian insan tersayang dalam suasana tenang.


BERITA PENUH DI SINI

Nahas Elmina: CVR mungkin dihantar ke Florida untuk tujuan analisa - Anthony Loke

Tue Aug 22 2023

Kotak Perakam Suara Kokpit (CVR) milik pesawat Beechcraft yang terhempas di Bandar Elmina pada Khamis lepas, mungkin terpaksa dihantar kepada pihak pengilang di Florida, Amerika Syarikat, bagi tujuan mendapatkan semula data rakaman tersebut.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Foke berkata, keputusan itu sedang dipertimbangkan selepas makmal analisa di Singapura dilaporkan gagal untuk mendapatkan rakaman suara 30 minit terakhir sebelum kejadian, dari 'memory puck' CVR tersebut.

BERITA PENUH DI SINI.


Tiada kutipan derma untuk Oyen

Mon Aug 21 2023

Tiada sebarang kutipan derma dilaksanakan untuk seokor kucing dipanggil Oyen, yang turut menjadi mangsa dalam nahas pesawat di Elmina, Shah Alam, Khamis lalu.

Perkara itu disahkan pihak klinik yang merawat kucing tersebut, Zul Erwan Veterinary Clinic menerusi satu hantaran di Instagram.


BERITA LANJUT DI SINI

10 pakar AS bantu siasatan di lapangan hari ini

Mon Aug 21 2023

Siasatan dan proses mengumpul sisa nahas pesawat Beechcraft 390 yang terhempas di Elmina, dekat sini diteruskan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, operasi di lapangan oleh BSKU itu turut dibantu oleh sekumpulan pakar dari Amerika Syarikat (AS).


BERITA LANJUT DI SINI

Kotak hitam perakam suara kokpit berjaya dibuka - Anthony Loke

Mon Aug 21 2023

Beri masa pakar selesaikan proses pengambilan data - Loke

Mon Aug 21 2023

Nahas Elmina: The Content Forum gesa pelaporan penuh empati, belas kasihan

Mon Aug 21 2023

Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (The Content Forum) menggesa para wartawan dan organisasi media untuk memberi keutamaan terhadap empati dan belas kasihan di samping mengejar kebenaran dalam pelaporan.

The Content Forum yang merupakan organisasi kawal selia sendiri dan forum industri yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengulas berkenaan laporan nahas pesawat yang terhempas di Bandar Elmina baru-baru ini.

BERITA LANJUT DI SINI.

Nahas Elmina: Kotak hitam perakam suara kokpit berjaya dibuka - Anthony Loke

Mon Aug 21 2023

Kotak hitam perakam suara kokpit pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Elmina, telah berjaya dibuka Sabtu lalu, walaupun keadaan luarannya rosak teruk.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, kepingan memori atau 'memory puck' yang merupakan komponen di dalam kotak hitam perakam suara kokpit itu masih berada dalam keadaan baik.

BERITA LANJUT DI SINI.

Azmin Ali sertai solat jenazah Shahrul Kamal

Sun Aug 20 2023

Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sempat meluangkan masa untuk bersama-sama menyempurnakan solat jenazah Allahyarham Shahrul Kamal Roslan, juruterbang pesawat yang terhempas di Bandar Elmina, pada Ahad.

Dalam kemas kini di media sosial, Azmin juga memaklumkan beliau sempat bertemu dengan bapa Allahyarham yang juga bekas juruterbang.


BERITA LANJUT DI SINI

Penantian keluarga berakhir, kini tunggu laporan siasatan

Sun Aug 20 2023

Penantian ahli keluarga mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam pada Khamis lepas berakhir hari ini selepas semua 10 jenazah diserahkan kepada waris untuk dikebumikan di tempat masing-masing.

Bermula dengan jenazah penunggang p-hailing Muhammad Hafiz Muhammad Salleh, 32, yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda, Kampung Jerung, Kedah, semalam, sembilan mangsa lain dikebumikan secara berperingkat hari ini.

BERITA PENUH DI SINI

Panggilan saudara dari Terengganu rungkai kerisauan keluarga

Sun Aug 20 2023

"Pakcik tahu ke Naim kemalangan?", satu pertanyaan yang menyentap emosi seorang bapa yang dilanda resah selepas berita nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam tersebar menerusi media.

Mohamed Muaidi Idris, 71, berkata panggilan daripada saudaranya di Terengganu itu secara tidak langsung telah mengesahkan khabar angin yang didengarinya mengatakan anaknya Mohd Naim Fawwaz antara mangsa dalam nahas berkenaan.

BERITA PENUH DI SINI

Han Solo jadi idola, dorong Heikal Aras jadi juruterbang

Sun Aug 20 2023

Menjadikan watak Han Solo yang merupakan juruterbang Millennium Falcon dalam filem bersiri Star Wars sebagai idola, menjadi pendorong kepada Heikal Aras Abdul Azim, 45, untuk mencapai cita-citanya menjadi seorang juruterbang.

"Dia menggelarkan diri Han Solo, setiap kali tengok cerita Star Wars sehinggakan ketika itu sanggup bergaduh dalam kalangan kami adik beradik berebut watak itu, semata-mata kerana terlalu meminatinya," imbau abangnya Husnein Aras mengenai Heikal Aras, yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor pada Khamis lepas.

BERITA PENUH DI SINI


Tolong jaga anak-anak, pesan Mohammad Taufiq kepada ibu

Sun Aug 20 2023

"Mama tolong jaga anak-anak. I love you so much, take care," itu kata-kata terakhir mangsa nahas kapal terbang terhempas berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Allahyarham Mohammad Taufiq Mohd Zaki kepada ibunya sebelum berlepas ke Langkawi pada Rabu lepas.

Mengingati pesanan Allahyarham itu, Rohani Mohamed Ibrahim, 62, berkata beliau akan terus membantu menantunya Suzana Paiman, 38, untuk menjaga empat cucu lelaki yang berusia tiga hingga 10 tahun.

BERITA PENUH DI SINI

Nahas Elmina: Dua keping gambar pemberian terakhir ayah - Anak mangsa

Sun Aug 20 2023

Muhammad Sharul Izuan, anak sulung Sharipuddin Shaari yang terkorban ketika nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor pada Khamis, tidak menyangka dua keping gambar yang dititip merupakan pemberian terakhir daripada ayahnya.

Muhammad Sharul, 16, berkata gambar itu diberikan ayahnya sewaktu mereka sekeluarga dalam perjalanan ke sebuah pasar raya di Sepang minggu lepas.

BERITA PENUH DI SINI

Polis selesai siasat, punca nahas serah kepada BSKU - Ayob Khan

Sun Aug 20 2023

Polis telah selesai menjalankan siasatan melibatkan pengecaman mayat ke atas mangsa nahas pesawat di Elmina, Shah Alam pada Khamis lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan termasuk melibatkan punca kejadian akan diteruskan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU).

BERITA PENUH DI SINI

Jenazah pemandu e-hailing, Sharipuddin selamat dikebumikan

Sun Aug 20 2023

Jenazah mangsa nahas pesawat ringan di Elmina, Sharipuddin Shaari, 53, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sultan Hishamuddin Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) pada Ahad.

Jenazah tiba di Masjid Sultan Hishamuddin BBST untuk disolatkan jam 12.20 tengah hari dan selesai dikebumikan jam 12.50 tengah hari.

BERITA PENUH DI SINI

YDP Agong sampaikan sumbangan peribadi kepada waris mangsa

Sun Aug 20 2023

Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyampaikan sumbangan peribadi baginda kepada waris-waris mangsa nahas insiden pesawat terhempas di kawasan Persiaran Elmina, Shah Alam, Khamis lalu.

Sumbangan peribadi baginda itu disampaikan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Mejar Jeneral Datuk Zahari Mohd Ariffin.

BERITA PENUH DI SINI

Kalau ada lagi sebar video, kami ambil tindakan - Ayob Khan

Sun Aug 20 2023

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi peringatan terakhir kepada orang awam agar tidak menyebarkan video mangsa-mangsa yang terlibat dalam tragedi pesawat ringan terhempas di Elmina, Shah Alam pada Khamis lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihak berkuasa tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab, jika masih berbuat demikian.

BERITA PENUH DI SINI

Jenazah Allahyarham Johari selamat dikebumi

Sun Aug 20 2023

Jenazah Allahyarham Datuk Seri Johari Harun yang terbabit dalam nahas pesawat ringan di Elmina, Shah Alam, Khamis lalu selamat dikebumikan hari ini.

Jenazah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Fasa 2, Batu Caves sekitar pukul 12.05 tengah hari.

BERITA PENUH DI SINI

Jenazah selesai diserah kepada wakil keluarga

Sun Aug 20 2023

Polis rakam keterangan tiga pemilik kamera papan pemuka

Sun Aug 20 2023

Semua 10 jenazah selesai dituntut ahli keluarga

Sun Aug 20 2023

Cuaca mendung menyelubungi Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah pagi ini, seakan-akan turut bersedih dengan pemergian mangsa nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, Khamis lalu.

Lebih pilu, ahli keluarga yang hadir seawal pukul 8 pagi dilihat tidak dapat menahan air mata menyaksikan van membawa keluar satu persatu jenazah mangsa.

BERITA PENUH DI SINI

Polis sahkan identiti 10 mangsa nahas

Sun Aug 20 2023

Polis hari ini mengesahkan identiti semua 10 mangsa nahas kapal terbang terhempas di Bandar Elmina, Khamis lepas, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Seri Johari Harun, 53.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata sembilan lagi mangsa adalah Shahrul Kamal Roslan, 41, Heikal Aras Abdul Azim, 45, Muhammad Taufik Mohd Zaki, 37, Khairil Azwan Jamaludin, 43, Shaharul Amir Omar, 49, Mohammad Naim Fawwas Mohamed Muaidi, 35, Idris Abdul Talib @ Ramali, 41, Sharipudin Shaari, 51 dan Muhammad Hafiz Muhammad Salleh, 32.


Polis sahkan hanya 10 mangsa terlibat

Sun Aug 20 2023

Polis mengesahkan tiada lagi individu selain 10 mangsa yang dilaporkan sebelum ini terlibat dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, Khamis lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, pengesahan itu dilakukan selepas kesemua spesimen cebisan anggota badan yang ditemukan di lokasi nahas padan dengan ujian DNA ahli keluarga.

BERITA PENUH DI SINI

Sembilan van jenazah bawa mangsa nahas

Sun Aug 20 2023

Van jenazah yang akan membawa sembilan mangsa nahas pesawat ringan di Elmina, Shah Alam, sudah berada di pekarangan Jabatan Forensik HTAR di Klang.

Jenazah kesemua mangsa akan mula diserahkan kepada keluarga secara berperingkat bermula pagi ini.

BERITA PENUH DI SINI

MB Pahang tiba di Jabatan Forensik HTAR

Sun Aug 20 2023

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail tiba di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang Selangor.

Dijangka sembilan termasuk satu jenazah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau Negeri Pahang Datukā€¦ pic.twitter.com/pPaj2cCsLf

— BERNAMA (@bernamadotcom) August 20, 2023

Sidang media Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan

Sun Aug 20 2023

Sembilan van jenazah dari Masjid Jamek Ar Rahimiah tiba di Jabatan Forensik HTAR

Sun Aug 20 2023

Sembilan van jenazah dari Masjid Jamek Ar Rahimiah, Klang tiba di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk proses serahan jenazah nahas pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina di Shah Alam.#AWANInews https://t.co/gEjVXKyM0Q

— Astro AWANI (@501Awani) August 20, 2023

Jenazah ADUN Pelangai akan dikebumikan hari ini

Sat Aug 19 2023


Jenazah Allahyarham Datuk Seri Johari Harun akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Batu Caves hari ini.

Menerusi perkongsian di Facebook, jenazah dijangka dibawa keluar dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang kira-kira jam 9 pagi.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Proses pemadanan DNA selesai, semua jenazah boleh dituntut

Sat Aug 19 2023

Sembilan jenazah mangsa nahas pesawat dekat Elmina, Seksyen U16 Shah Alam akan diserahkan kepada waris pada Ahad.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua jenazah ini boleh dituntut di Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Kerajaan sedia bantu keluarga Muhamad Hafiz - Steven Sim

Sat Aug 19 2023

Kerajaan bersedia menghulurkan bantuan kepada keluarga Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32, mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, di Shah Alam, Selangor bagi membantu meringankan beban keluarga terbabit.

Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim Chee Keong berkata pihaknya juga bersedia membantu sebarang urusan keluarga Allahyarham Muhamad Hafiz di Kuala Lumpur.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Abang 'tunai janji' pulang awal - Adik

Sat Aug 19 2023

Adik kepada penghantar makanan yang maut dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie, dekat Elmina, Noorhidayah Muhammad Salleh, 30, tidak menyangka abangnya, Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32, menepati janji untuk pulang awal sempena majlis pernikahannya namun dalam keadaan tidak bernyawa.

Noorhidayah berkata, dia dijadualkan bernikah pada Jumaat depan dengan lelaki pilihan hatinya.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Keluarga Muhamad Hafiz mohon henti sebar video

Sat Aug 19 2023

Keluarga Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32, salah seorang mangsa dalam tragedi pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, memohon netizen berhenti menyebarkan gambar dan video membabitkan abangnya dalam kejadian itu di media sosial.

Adik Allahyarham, Noorhidayah Saleh, 30, berharap semua pihak dapat memahami dan menghormati perasaan mereka sekeluarga yang kehilangan Allahyarham sekelip mata.

BACA BERITA PENUH DI SINI

CAAM kumpul maklumat Beechcraft 390 di Malaysia

Sat Aug 19 2023

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sedang mengumpul maklumat mengenai kesemua pesawat jenis Beechcraft 390 (Premier 1) yang digunakan di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap kesemua pesawat itu selepas diarahkan oleh Kementerian Pengangkutan pada Jumaat.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Jenazah Muhamad Hafiz selamat dikebumi

Sat Aug 19 2023

Jenazah Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32, salah seorang mangsa pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda Kampung Jerung, di sini, hari ini.

Jenazah Allahyarham disemadikan kira-kira pukul 3.15 petang selepas selesai solat jenazah di masjid terbabit.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Urusan pengebumian diserahkan kepada keluarga - Speaker DUN Pahang

Sat Aug 19 2023

Kerajaan Negeri Pahang menyerahkan sepenuhnya kepada waris mangsa untuk memutuskan sama ada untuk mengebumikan jenazah mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina di Shah Alam, Khamis lalu dalam satu  liang lahad atau sebaliknya.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, ia adalah hak ahli keluarga masing-masing untuk memutuskan perkara itu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

'Arwah sanggup kerja siang malam nak bantu adik'

Sat Aug 19 2023

"Allahyarham pernah menyatakan hasrat mahu bantu tampung kos belanja kahwin adik perempuannya," demikian luah rakan kepada Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32, yang maut dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Seksyen U16, Shah Alam, Khamis lalu.

Mohd Rosmaini Sahlan, 42, berkata rakannya yang merupakan penghantar makanan itu seorang yang baik dan bertanggungjawab terhadap keluarganya.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Agong beri sumbangan peribadi kepada balu mangsa

Sat Aug 19 2023

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan sumbangan peribadi kepada Adlina Aisyah Ahmad Rusli, balu Allahyarham Idris Abdol Talib @ Ramali, salah seorang mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor pada Khamis lepas.

Menurut hantaran di Facebook Istana Negara hari ini, sumbangan itu diserahkan oleh Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara Datuk Azuan Effendi Zairakithnaini dalam kunjungan ke kediaman Adlina Aisyah, di sini semalam.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Pesawat terhempas di Elmina: Isteri ADUN Pelangai hadir ke HTAR

Sat Aug 19 2023

Isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun yang terlibat dalam nahas pesawat di Elmina, Seksyen U16, Shah Alam dilihat hadir ke Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pada Sabtu.

Datin Seri Maziah Samsudin yang hadir kira-kira jam 11 pagi menaiki sebuah kenderaan sambil diiringi beberapa individu dilihat memasuki bangunan forensik di sini.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Allahyarham Hafiz anak yang baik - Ibu

Sat Aug 19 2023

Jamaliah Ismail, ibu Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, penunggang p-hailing yang maut dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, masih terngiang perbualan dengan anaknya itu.

Katanya, anak sulungnya itu sering menghubungi dirinya dan suami.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Proses bedah siasat selesai, tunggu padanan DNA

Sat Aug 19 2023

Urusan bedah siasat terhadap semua mayat mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina pada Khamis telah selesai malam tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, 300 sampel cebisan mayat telah dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan padanan DNA dan 30 peratus berjaya diselesaikan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Jenazah pertama mangsa nahas dituntut keluarga

Sat Aug 19 2023

Jenazah Muhamad Hafiz Muhamad Saleh dituntut keluarganya pagi ini bagi urusan pengebumian.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata jenazah akan dihantar untuk dikebumikan di Sidam, Sungai Petani, Kedah.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Laporan awal dalam 30 hari, saksi diminta tampil - Kementerian Pengangkutan

Sat Aug 19 2023

Laporan awal siasatan pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam pada Khamis akan disediakan dalam masa 30 hari dari tarikh kejadian kemalangan tersebut.

Menurut Kementerian Pengangkutan, siasatan teknikal berdasarkan ICAO Annex 13 telah dimulakan oleh pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Jenazah Muhammad Hafiz akan diserah kepada waris

Sat Aug 19 2023

Jenazah salah seorang daripada 10 mangsa terlibat dalam nahas pesawat yang terhempas dekat Elmina dijangka diserahkan kepada waris hari ini.

Jenazah dikenal pasti sebagai penunggang p-hailing iaitu Muhammad Hafiz Mohd Saleh.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Nahas menimbulkan tanda tanya

Sat Aug 19 2023

Nahas pesawat yang terhempas di Bandar Elmina pada Khamis menimbulkan tanda tanya tentang kejadian sebenar yang berlaku pada ketinggian 3,000 kaki itu, sehingga mengorbankan 10 nyawa.

Rentetan insiden itu, bekas ketua juruterbang Malaysia Airlines Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain turut memberi komentar.

BACA BERITA PENUH DI SINI

'Tiada lagi rutin bersama Ustaz Deris'

Sat Aug 19 2023

Exco Pahang Fadzli Mohamad Kamal mengakui hilang seorang sahabat karib selepas mengetahui Idris Abdol Talib antara yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas pada Khamis.

Beliau turut meluahkan rasa kesedihan amat berat untuk menerima kenyataan itu dan menyifatkan pemergian Idris  sebagai kehilangan besar.

BACA BERITA PENUH DI SINI


Grab Malaysia bantu keluarga Sharipuddin

Fri Aug 18 2023

Grab Malaysia telah menghubungi keluarga Sharipuddin Shaari yang maut dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina Shah Alam, untuk memberi sokongan dan bantuan sewajarnya.

Grab Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan di samping faedah perlindungan insurans, pihaknya juga akan memastikan waris mangsa menerima lebih banyak bantuan lain.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Satu jenazah mangsa nahas diserah kepada keluarga esok

Fri Aug 18 2023

Satu jenazah mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina Shah Alam akan diserah kepada keluarga esok pagi (Sabtu), kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Bagaimanapun, beliau berkata maklumat lanjut termasuk identiti mangsa akan didedahkan esok.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Hajat pulang melepas rindu ibu tidak kesampaian - Kakak pemandu Grab

Fri Aug 18 2023

"Nanti kak chik, saya balik...". Itu ungkapan terakhir Sharipuddin Shaari, 53, yang terkorban dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie, berhampiran Bandar Elmina Shah Alam, semalam.

Kakak mangsa Ramlah Shaari, 56, ketika berkongsi detik terakhir bersama adiknya itu berkata Sharipuddin sebelum ini, berhajat untuk pulang ke kampung halaman mereka di Arau, Perlis untuk menjenguk ibunya, Hatun Bakar, 81.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Pengambilan sampel DNA pada mayat tidak sempurna daripada tisu dan tulang - Pakar

Fri Aug 18 2023

Pengambilan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mayat yang tidak sempurna adalah dengan mendapatkannya daripada tisu atau tulang sebelum melaksanakan proses pemadanan dengan DNA waris mangsa.

Pensyarah Perubatan Pusat Kajian Diagnostik, Teraputik dan Penyiasatan Program Sains Forensik UKM. Dr Noor Hazfalinda Hamzah, berkata sampel DNA boleh didapati daripada sebanyak mungkin tisu dalam badan untuk dipadankan dengan ahli keluarga.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Masalah pada sayap mungkin faktor nahas - Ahmad Samsuri

Fri Aug 18 2023

Antara faktor yang mungkin menyebabkan sebuah pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, di Shah Alam Selangor adalah berkaitan dengan masalah pada sayap pesawat itu, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga seorang pakar dalam bidang aeroangkasa.

Dalam hantaran di halaman Facebooknya, bekas Ketua Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berkata berdasarkan bahan-bahan visual yang diperoleh orang awam masalah dialami pesawat itu mungkin disebabkan kegagalan sama ada aileron atau gabungan kedua-dua kemudi atau elevator.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Tiada 'mayday', juruterbang mungkin sedang cuba kawal pesawat - Pakar

Fri Aug 18 2023

Tiada panggilan kecemasan atau mayday daripada juruterbang pesawat yang terhempas di Elmina di Shah Alam pada Khamis, mungkin disebabkan juruterbang sedang berusaha mengatasi masalah yang timbul secara tiba-tiba.

Pakar penerbangan dan bekas juruterbang, Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Hussein berpendapat, terdapat kemungkinan masalah timbul selepas pesawat itu diberikan kebenaran untuk mendarat.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Siasatan mungkin ambil masa seminggu - Pakar

Fri Aug 18 2023

Tempoh siasatan bagi pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Lebuhraya Guthrie (GCE) berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam dijangka mengambil selama seminggu jika tiada kerosakan dalaman pada kotak hitam pesawat itu, kata seorang pakar industri penerbangan.

Bekas Pengerusi Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata peluang kerosakan terhadap kotak hitam pesawat adalah tipis kerana kotak tersebut dibuat khusus untuk menahan panas, api dan air.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Dugaan 54 hari berpantang

Fri Aug 18 2023

"Saya baharu 54 hari berpantang selepas melahirkan anak ketiga dan masih lagi dalam keadaan terkejut mendengar perkhabaran nahas pesawat berkenaan," kata Adlina Aisyah Ahmad Rusli, 41.

Adlina Aisyah yang berkhidmat sebagai Setiausaha Bahagian Pengurusan Dewan Negara merupakan isteri kepada Allahyarham Idris Abdol Talib @ Ramali, 41, mangsa nahas pesawat yang terhempas di Elmina, Seksyen U16, Shah Alam pada Khamis.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Pemandu lori cuba selamatkan mangsa

Fri Aug 18 2023

Seorang pemandu lori cuba untuk menyelamatkan penunggang motosikal yang terlibat dalam nahas sebuah pesawat terhempas di Bandar Elmina dengan menggunakan alat pemadam api.

Kejadian yang menyayat hati itu dikongsikan sendiri oleh saksi menerusi satu hantaran video di laman sosial, TikTok milik @affyndy pada Khamis.

BACA BERITA PENUH DI SINI

'Johari keluar mesyuarat secara tiba-tiba' - Syed Ibrahim

Fri Aug 18 2023

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Seri Johari Harun menghadiri Mesyuarat Pembangunan Negeri di Pekan Kuah, Langkawi anjuran Pejabat Pembangunan Negeri Pahang sebelum beliau dilaporkan maut dalam nahas pesawat di Lebuhraya Guthrie di Bandar Elmina, Shah Alam pada petang Khamis.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, pada mesyuarat itu Allahyarham membangkitkan isu pembinaan rumah bagi golongan memerlukan sebelum beliau dikatakan keluar secara tiba-tiba daripada mesyuarat tanpa sebarangan makluman terlebih dahulu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Foodpanda sahkan Muhamad Hafiz 'rider' syarikat

Fri Aug 18 2023

Syarikat penghantaran makanan dalam talian, Foodpanda mengesahkan Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Salleh yang terkorban dalam nahas pesawat ringan di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor, pada Khamis, adalah 'rider' syarikat berkenaan.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Foodpanda menerusi perkongsian dalam satu hantaran di Facebook, pada Jumaat.

BACA BERITA PENUH DI SINI

"'Selfie' pertama dan terakhir daripada abang untuk kami" - Adik

Fri Aug 18 2023

Seorang penumpang pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor semalam dilihat teruja semasa menaiki pesawat itu, malah sempat menghantar gambar swafotonya kepada ahli keluarga sebelum tragedi.

Norsyahirah Omar, 29, berkata arwah abang sulungnya Komander (B) Shaharul Amir Omar, 49, tidak pernah menghantar gambar swafotonya dalam aplikasi WhatsApp kumpulan keluarga mereka sebelum ini.

BACA BERITA PENUH DI SINI

KKM tunggu laporan akhir agensi terlibat

Fri Aug 18 2023

Kementerian Kesihatan sedang menunggu laporan akhir daripada agensi yang terlibat dalam penyiasatan insiden pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor semalam yang mengorbankan 10 orang.

Timbalan Menterinya Lukanisman Awang Sauni berkata kementerian akan mengumumkan laporan akhir itu sebaik sahaja ia diterima.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Jalan utama kembali dibuka - KPN

Fri Aug 18 2023

Beberapa laluan utama di Elmina yang ditutup susulan pesawat terhempas yang mengorbankan 10 nyawa semalam telah kembali dibuka bermula jam 3 petang hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, semua operasi dan kerja-kerja pembersihan telah selesai dilaksanakan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Bedah siasat semua mangsa dijangka selesai Isnin - KPN

Fri Aug 18 2023

Proses bedah siasat kesemua mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, pada Khamis dijangka selesai Isnin ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata bedah siasat berkenaan turut bergantung kepada proses pengecaman identiti.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Pemandu e-hailing tidak bawa penumpang

Fri Aug 18 2023

Pemandu e-hailing yang terkorban dalam nahas pesawat ringan di Elmina, Seksyen U16 di sini tidak membawa sebarang penumpang semasa kejadian.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain@Abd Rasid mengesahkan maklumat itu diperoleh selepas semakan dibuat dengan penyedia khidmatan e-hailing tersebut.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Jangan tular gambar, jaga perasaan keluarga mangsa - Mohd Na'im

Fri Aug 18 2023

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan atau berkongsi gambar mahupun video mangsa tragedi nahas pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor semalam.

Beliau meminta orang ramai supaya menjaga dan menghormati perasaan keluarga mangsa terlibat dengan tidak menyalahgunakan platform media sosial dan mendoakan agar mereka diberikan kekuatan dalam menghadapi dugaan itu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Orang awam, penduduk sekitar antara dirakam keterangan

Fri Aug 18 2023

Orang awam serta penduduk sekitar antara individu dirakam keterangan berhubung nahas melibatkan pesawat terhempas di Elmina, Seksyen U16, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, setakat ini proses siasatan masih berjalan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

MOT minta CAAM siasat semua pesawat Beechcraft model 390

Fri Aug 18 2023

Kementerian Pengangkutan akan meminta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk menjalankan siasatan terhadap semua pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang digunakan di Malaysia.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pada masa ini pihaknya tidak mahu membuat sebarang keputusan terburu-buru mengenai penangguhan operasi model pesawat tersebut.

BACA BERITA PENUH DI SINI


Kapal terbang layak terbang - CAAM

Fri Aug 18 2023

Pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam di Selangor semalam memiliki semua lesen dan pendaftaran yang sah termasuk sijil kelayakan terbang, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Norazman Mahmud.

Beliau berkata penerbangan pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1), yang didaftarkan di luar negara dan menggunakan lesen dikeluarkan oleh pihak berkuasa luar negara, untuk perjalanan dari Langkawi ke Subang itu mematuhi tatacara penerbangan (rules of the air) Malaysia.

BACA BERITA PENUH DI SINI

CVR dihantar untuk analisis, hasil siasatan diumum secara telus - Loke

Fri Aug 18 2023

Alat perakam suara kokpit yang ditemui daripada pesawat yang terhempas semalam telah dihantar ke Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) awal pagi tadi.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, BSKU telah diarah jalankan siasatan segera dan terperinci sebelum hasil siasatan diumumkan secepat mungkin.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Operasi pembersihan sisa pesawat

Fri Aug 18 2023

Operasi pembersihan sisa pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Seksyen U16, Shah Alam.

Foto: Shahir Omar pic.twitter.com/ALebEQLpm8

— Astro AWANI (@501Awani) August 18, 2023

Kerajaan sedia ringankan beban waris - PM Anwar

Fri Aug 18 2023

Kerajaan bersedia dengan sebarang bentuk bantuan kepada waris dan keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan berkenaan akan melibatkan semua pihak - kerajaan pusat, kerajaan negeri dan agensi-agensi kerajaan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

JCorp mohon semua pihak hormati privasi keluarga

Fri Aug 18 2023

Menantu kepada Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim adalah antara mangsa tragedi nahas pesawat terhempas semalam.

JCorp dalam perkongsian menerusi Facebook juga memohon semua pihak untuk menghormati privasi keluarga dalam menghadapi ujian yang sukar ini.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kementerian Pengangkutan arah siasatan segera

Fri Aug 18 2023

Kementerian Pengangkutan telah arah agar siasatan segera dan terperinci dilaksanakan berhubung nahas pesawat terhempas di Elmina - Anthony Loke

PM dijangka santuni waris mangsa di HTAR

Fri Aug 18 2023

Maaf teman-teman di Sri Petaling. Saya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan kemudian akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Ar-Rahimiah, Klang. https://t.co/4kh1g6JS10

— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) August 18, 2023

Api marak di pesawat padam dalam tempoh enam minit - Bomba

Fri Aug 18 2023

Api marak di pesawat yang terhempas dekat Elmina, Shah Alam semalam berjaya dipadamkan dalam tempoh enam minit, kata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, sebuah jentera JBPM yang kebetulan berada di kawasan berdekatan telah bergegas ke lokasi kejadian.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Menantu Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim antara mangsa nahas

Fri Aug 18 2023

Tempoh analisis bergantung kepada keadaan CVR - Azharuddin

Fri Aug 18 2023

Penemuan ā€˜cockpit voice recorderā€™ (CVR) atau alat perakam suara kokpit daripada pesawat yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, merupakan satu penemuan penting untuk memahami punca nahas kejadian tersebut.

Menurut bekas Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman, alat perakam suara kokpit tersebut mempunyai cip yang boleh dimuat turun oleh Pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan nahas tersebut.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Waris tiba di HTAR untuk pengecaman mayat

Fri Aug 18 2023

Waris-waris mangsa nahas pesawat di Elmina mula tiba di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, bagi melakukan proses pengecaman mayat.

Setakat semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan, kesemua 10 mayat yang terlibat dalam tragedi berkenaan telah berjaya ditemui.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Polis selesai ambil DNA 10 waris mangsa

Fri Aug 18 2023

Waris semua mangsa telah selesai memberikan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) mereka bagi tujuan mengenal pasti 10 individu yang terkorban dalam nahas pesawat di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Cha Hoong Fong berkata, waris yang terakhir tiba dari Sungai Petani, Kedah pada kira-kira 5 pagi tadi.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kongsi gambar, video tragedi boleh dikenakan tindakan - MCMC

Fri Aug 18 2023

Sebarang perkongsian melibatkan gambar atau video mangsa tragedi nahas pesawat semalam boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, pada masa ini, apa yang penting ialah menghormati dan menunjukkan empati yang tinggi pada keluarga mangsa.

BACA BERITA PENUH DI SINI


95% pencarian selesai, laluan utama dijangka dibuka tengah hari

Fri Aug 18 2023

Operasi pembersihan sisa pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1), termasuk usaha mengesan saki-baki cebisan mayat, sudah 95 peratus selesai.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razaruddin menjangkakan laluan utama di Persiaran Elmina yang ditutup petang semalam, boleh dibuka semula tengah hari ini.

BACA BERITA PENUH DI SINI


Sidang media Ketua Polis Negara

Fri Aug 18 2023

Operasi di lokasi nahas disambung 9 pagi ini

Fri Aug 18 2023

Operasi mengesan kemungkinan baki cebisan mayat mangsa nahas pesawat yang terhempas berdekatan Bandar Elmina semalam disambung pada 9 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi berkata operasi hari ini menumpukan kepada proses 'sweeping' di lokasi kejadian.

BACA BERITA PENUH DI SINI


Proses bedah siasat mangsa bermula 8 pagi

Fri Aug 18 2023

Perkembangan operasi di lokasi pesawat terhempas setakat 8 pagi

Fri Aug 18 2023

Kekosongan DUN Pelangai akan dimaklumkan kepada SPR

Thu Aug 17 2023

Kekosongan kerusi bagi Dewan Undangan Negeri Pelangai akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dalam masa terdekat.

Yang Dipertua DUN Pahang berkata, pihaknya akan membantu menyelesaikan urusan pengebumian Allahyarham Johari terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan lanjut.

BACA BERITA PENUH DI SINI

'Johari tegas, komited dan prihatin rakyat'

Thu Aug 17 2023

Datuk Seri Johari Harun adalah seorang yang tegas, komited bekerja serta sangat prihatin dengan kebajikan rakyat dan rakan.

Keperibadiannya menjadikan ADUN Pelangai itu seorang yang disenangi dan dihormati ramai, kata Yang Dipertua DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Ini kali kedua Khairil Azwan terlibat nahas udara - Rakan

Thu Aug 17 2023

Kali pertama terlibat dalam nahas udara, Khairil Azwan yang membantu mengeluarkan dan menyelamatkan juruterbang dari sebuah helikopter terhempas.

Ketika itu, dalam kejadian kira-kira 13 tahun lalu, dia merupakan pembantu juruterbang, menurut rakan baiknya, Penguasa Kanan Bomba 1 Roslan Aziz.

BACA BERITA PENUH DI SINI


Khairil Azwan pesan kebumikan di kampung halaman

Thu Aug 17 2023

"Jika saya meninggal dunia, kebumikan saya di kampung halaman."

Itu pesanan Khairil Azwan kepada isterinya, Nizatul Akmar, awal bulan ini.

BACA BERITA PENUH DI SINI

'Adik sayang mama' kata-kata terakhir Shahrul Kamal kepada ibu

Thu Aug 17 2023

"Adik sayang mama." Sehingga kini, ayat yang diungkap oleh anak bongsunya itu masih terngiang-ngiang di telinga Mahanum.

Ketika itu, Shahrul Kamal menghubunginya semasa dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur pada 24 Jun lepas.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Khairil Azwan Jamaludin bekas pegawai bomba

Thu Aug 17 2023

Salah seorang daripada 10 mangsa yang maut dalam tragedi pesawat ringan terhempas dekat perumahan Elmina petang Khamis merupakan bekas pegawai bomba.

"Angah adalah anak peneroka Felda Mempaga 1 bukan anak Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis," kata adiknya, Khairul Azman.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kenderaan bawa mayat mangsa tiba di HTAR

Thu Aug 17 2023

Dua kenderaan pacuan empat roda dan satu trak milik PDRM yang membawa mayat 10 mangsa nahas pesawat berhampiran Bandar Elmina tiba di Jabatan Forensik HTAR kira-kira jam 1.20 pagi.

Semasa kenderaan itu tiba, ahli keluarga dan waris hanya dapat menunggu di laluan masuk ke unit berkenaan kerana tidak dibenarkan memasuki pekarangan Jabatan Forensik.

BACA BERITA PENUH DI SINI



Hanya satu mayat ditemukan dalam keadaan sempurna

Thu Aug 17 2023

Hanya satu daripada 10 mayat mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina ditemukan dalam keadaan sempurna, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Mayat sempurna yang ditemukan itu ialah penunggang motosikal. Identiti mangsa dikenal pasti sementara menunggu proses DNA oleh ahli keluarga. 

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kerajaan Pahang tanggung urusan penghantaran jenazah - MB

Thu Aug 17 2023

Kerajaan Pahang akan menanggung kesemua kos penghantaran jenazah yang terlibat dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam pada Khamis.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia termasuk kos-kos lain yang mungkin akan terlibat kemudian.


BACA BERITA PENUH DI SINI

[LANGSUNG] Perkembangan terkini nahas pesawat di bandar Elmina

Thu Aug 17 2023

Pakar jelaskan apa yang mungkin berlaku sebenarnya

Thu Aug 17 2023

10 mayat, 5 bungkusan cebisan dibawa keluar

Thu Aug 17 2023

Sebanyak 10 mayat yang terlibat dengan nahas pesawat terhempas berhampiran kawasan kediaman Elmina telah dibawa keluar dari lokasi kejadian.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, selain itu lima bungkusan cebisan turut berjaya dibawa keluar kira-kira jam 10.30 malam sebelum kesemuanya dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi proses bedah siasat dan pengecaman.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Perakam suara kokpit telah ditemukan - Polis

Thu Aug 17 2023

Polis mengesahkan telah menemukan ā€˜cockpit voice recorderā€™ (alat perakam suara kokpit) daripada pesawat yang terhempas berhampiran Elmina, malam ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata ia berjaya ditemukan oleh pasukan Bahagian Siasatan Kemalangan Udara dan telah dibawa balik ke makmal untuk dianalisis.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Polis sahkan sudah temui alat perakam suara

Thu Aug 17 2023

Menteri, timbalan menteri, MB zahir takziah kepada keluarga mangsa

Thu Aug 17 2023

Menteri, timbalan menteri dan menteri besar hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor, petang tadi.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri antara yang mendoakan semoga keluarga mangsa tabah menghadapi ujian.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Menteri Kesihatan memberi penjelasan tentang proses pengecaman jenazah

Thu Aug 17 2023

Sidang Media Speaker DUN Pahang, Datuk Sharkar ShamsudinĀ 

Thu Aug 17 2023

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa

Thu Aug 17 2023

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Datuk Seri Johari Harun dan sembilan mangsa lagi yang terkorban dalam nahas pesawat di Elmina, Shah Alam, Selangor petang ini.

Turut menzahirkan ucapan sama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menurut catatan di laman Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdulllah dan Tunku Azizah menzahirkan rasa dukacita dengan pemergian mengejut kesemua mangsa.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Pesawat Beechcraft boleh cecah kelajuan maksimum hingga 840km/j

Thu Aug 17 2023

Pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor hari ini mempunyai kelajuan maksimum hingga 840 kilometer sejam (km/j).

Menurut maklumat di laman sesawang Jet Valet Sdn Bhd, pesawat itu direka untuk membawa enam penumpang dan satu krew penerbangan pada satu-satu masa dengan jarak penerbangan maksimum sekitar 2,500km.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Fokus pencarian adalah untuk mencari baki mayat terlebih dahulu - KPN

Thu Aug 17 2023

Fokus pencarian setakat malam Khamis adalah untuk mencari mayat mangsa nahas pesawat yang terhempas di Elmina, Shah Alam terlebih dahulu.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, pencarian kotak hitam pula akan dilakukan selepas baki empat mayat lagi ditemui.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Sidang media Ketua Polis Negara

Thu Aug 17 2023

Kronologi insiden babit pesawat Beechcraft sejak 1977

Thu Aug 17 2023

Insiden pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor hari ini adalah keempat membabitkan pesawat jenis itu dalam tempoh 46 tahun.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Empat mayat masih dicari, enam ditemukan - KPN

Thu Aug 17 2023

Sekurang-kurang baki empat mayat nahas pesawat yang terhempas berhampiran Elmina, di sini masih dalam operasi mencari.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata setakat ini enam mayat telah ditemukan, dengan satu mangsa dalam keadaan sempurna.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Hanya sebahagian mayat dapat dibuat pengecaman awal - Dr Zaliha

Thu Aug 17 2023

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan hanya sebahagian daripada 10 mayat nahas pesawat persendirian Beechcraft Model 390 dapat dibuat pengecaman awal.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa memberitahu, sebahagian besar yang lain sukar untuk dilakukan pengecaman susulan keadaan mayat yang tidak sempurna.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Jangan sebar imej, video mangsa nahas - MB Pahang

Thu Aug 17 2023

Tiada panggilan kecemasan dibuat sebelum terhempas - CAAM

Thu Aug 17 2023

Mangsa terkorban bukan anak Jamaludin Jarjis

Thu Aug 17 2023

Seorang mangsa yang terkorban dalam kejadian pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, hari ini, bukan anak bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis.

Sumber yang rapat dengan keluarga Allahyarham Jamaluddin mendakwa, mangsa terbabit iaitu Khairil Azwan Jamaludin, tidak mempunyai kaitan dengan mereka.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Ramkarpal ucap takziah

Thu Aug 17 2023

salam takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa kemalangan pesawat di Elmina Shah Alam, Selangor. pic.twitter.com/TSg9TOGoD4

— Ramkarpal (@ramkarpal) August 17, 2023

Ucapan takziah daripada seluruh warga MoT

Thu Aug 17 2023

Seluruh warga Kementerian Pengangkutan (MOT) serta Jabatan dan Agensi di bawah MOT mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa kemalangan pesawat di Elmina Shah Alam, Selangor.
...
Al-Fatihah. pic.twitter.com/IhirLxOvTk

— M.O.T Malaysia (@MOTMalaysia) August 17, 2023

Uacapan takziah daripada warga KSM

Thu Aug 17 2023

Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa tragedi pesawat di Elmina, Shah Alam petang tadi.

Semoga tabah menghadapi dugaan ini.

Ikhlas Daripada
Pengurusan Tertinggi serta Warga Kementerian Sumber Manusia pic.twitter.com/chiopQe8QD

— Kem. Sumber Manusia (@myksm) August 17, 2023

Ibu juruterbang pesawat tiba di HTAR

Thu Aug 17 2023

Ibu juruterbang pesawat yang terlibat nahas di Elmina, Shah Alam, Mahanom Ismail (kanan) tiba di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang bagi proses pengecaman mayat.

? Noraizura Ahmad | BERNAMA#BernamaNews #ShahAlam #Elmina #PesawatTerhempas pic.twitter.com/1NlVY44bTV

— BERNAMA (@bernamadotcom) August 17, 2023

Anggota Pertahanan Awam bawa keluar mangsa nahas

Thu Aug 17 2023

Anggota Pertahanan Awam membawa keluar mangsa nahas yang terlibat dalam kejadian pesawat terhempas di Bandar Elmina Shah Alam hari ini.

?Mohd Asri Saifuddin Mamat | BERNAMA#BernamaNews #Bernamaimges #Elmina #elminacrash pic.twitter.com/IFTgBDwI6B

— BERNAMA (@bernamadotcom) August 17, 2023

Warga media penuhi Jabatan Forensik HTAR

Thu Aug 17 2023

Pesawat tersasar dari laluan asal sebelum terhempas - Loke

Thu Aug 17 2023

Pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) dengan nombor pendaftaran N-28JV yang terhempas di kawasan perumahan di Elmina di Seksyen U16, di Shah Alam petang tadi telah tersasar dari laluan asalnya sebelum terhempas.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke memaklumkan, lencongan mengejut itu berlaku tiga minit selepas mendapat pelepasan dari menara kawalan trafik udara Lapangan Terbang Subang pada 2:48 petang.


BACA BERITA PENUH DI SINI

MBM ucap takziah

Thu Aug 17 2023

UCAPAN TAKZIAH

Ų§Ł†Ų§ Ł„Ł„Ł‡ ŁˆŲ§Ł†Ų§ Ų§Ł„ŁŠŁ‡ Ų±Ų§Ų¬Ų¹ŁˆŁ†
Ų§Ł„Ł„Ł‡Ł… Ų§ŲŗŁŲ±Ł„Ł‡ ŁˆŲ§Ų±Ų­Ł…Ł‡ ŁˆŲ¹Ų§ŁŁ‡ ŁˆŲ§Ų¹Ł Ų¹Ł†Ł‡

Salam takziah kepada keluarga Allahyarham YB Dato' Sri Johari Harun dan semua keluarga nahas pesawat terlibat di Elmina Shah Alam petang tadi.
Al-Fatihah. pic.twitter.com/zY4KIIXwP8

— MBM (@BeliaMBM) August 17, 2023

Rara ucap takziah

Thu Aug 17 2023

Saya juga turut merakamkan dukacita kepada mangsa-mangsa nahas pesawat ringan di Elmina, Shah Alam. Antara yang turut terlibat Juruterbang Shahrul Kamal & Heikal Aras. Begitu juga kepada penumpang Khairil Azwan Jamaluddin, Shaharul Amir, Mohamad Naim, Muhammaad Taufiq & Ustazā€¦ pic.twitter.com/P0wmxZnuqb

— Rara ?? (@youngsyefura) August 17, 2023

Agong, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Johari Harun

Thu Aug 17 2023

PM, menteri ucap takziah kepada keluarga mangsa

Thu Aug 17 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, pada 2.40 petang tadi.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut mendoakan keluarga mangsa yang terlibat tabah menghadapi dugaan itu.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Bedah siasat sedang dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah - Dr Zaliha

Thu Aug 17 2023

Salam takziah buat ahli keluarga dan kenalan mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam.

10 individu telah disahkan meninggal dunia melibatkan 8 orang penumpang dan kru pesawat serta 2 orang awam.

Proses bedah siasat sedang dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.ā€¦ pic.twitter.com/ooUJfl7OJH

— Dr Zaliha Mustafa (@DrZalihaMustafa) August 17, 2023

Adam Adli ucap takziah

Thu Aug 17 2023

Salam takziah buat keluarga YB Datuk Seri Johari Harun, penumpang, krew pesawat dan pengguna jalan raya yang terlibat dalam kemalangan pesawat di Elmina petang tadi.

Semoga dikurniakan ketabahan dan kekuatan. Al-Fatihah.

— Adam Adli (@AdamAdli) August 17, 2023

Saifuddin ucap takziah

Thu Aug 17 2023

Menerima khabar duka kemalangan pesawat ringan yang terhempas di Elmina, Shah Alam sebentar tadi.

Saya mewakili seluruh keluarga KDN mengucapkan salam takziah kepada semua keluarga mangsa yang terkorban.

Mendoakan semoga keluarga tabah dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah pic.twitter.com/RggSsi19qk

— Saifuddin Nasution Ismail (@saifnasution) August 17, 2023

Pengamal media di lokasi

Thu Aug 17 2023

Pengamal media sedang membuat liputan tragedi pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Elmina Central Park Seksyen U16, Shah Alam hari ini.

Terdapat kesan terbakar kira-kira 100 meter di sepanjang lebuhraya tersebut.

? Amirudin Ahmad | BERNAMA#BernamaNewsā€¦ pic.twitter.com/29EPpaQgYJ

— BERNAMA (@bernamadotcom) August 17, 2023

Nama mangsa tragedi pesawat terhempas di Elmina

Thu Aug 17 2023

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke membacakan nama mangsa yang terlibat di dalam nahas pesawat yang berlaku di bandar Elmina, Shah Alam.#AWANInews pic.twitter.com/FJUz1aCfaX

— Astro AWANI (@501Awani) August 17, 2023

Foto arkib tragedi Flight 715 di Estet Elmina pada 1977

Thu Aug 17 2023

Archived photos of the Japan Airlines Flight 715 that crashed in Sungai Bulohā€™s Elmina Estate on 27 September 1977.

Exact crash site is unknown, but it understood to be within the same vacinity as today's crash at Lebuhraya Guthrie Exit 3504 Elmina East (Perumahan Elmina 8,ā€¦ pic.twitter.com/IbYreWKcwh

— Ibrahim Sani (@ibrahimsaninet) August 17, 2023

Sidang media Menteri Pengangkutan

Thu Aug 17 2023

@anthonyloke begins his press conference with a moment of silence for the victims of the plane crash in Elmina. https://t.co/DQJvfaMPb1

— Nailah Huda (@nylahuda) August 17, 2023

Facebook post MB Pahang berhubung tragedi

Thu Aug 17 2023

Fahmi ucap takziah buat semua keluarga mangsa

Thu Aug 17 2023

Innalillahi wa inna ilaihi rajiā€™un.

Takziah buat semua keluarga mangsa nahas pesawat yang terhempas di Elmina petang tadi.

Semoga keluarga mangsa tabah dengan ujian ini.

Al-Fatihah. pic.twitter.com/M6ehVzd86X

— Fahmi Fadzil ?? (@fahmi_fadzil) August 17, 2023

MB Selangor rakam takziah

Thu Aug 17 2023

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi pesawat terhempas di jalan raya berdekatan Bandar Elmina, dekat sini petang ini.

Amirudin dalam ciapan menerusi X (Twitter) berharap semoga ahli keluarga mangsa tabah dan sabar menghadapi ujian tersebut.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Jet Valet sahkan terima laporan pesawat miliknya terhempas di Elmina

Thu Aug 17 2023

Syarikat Jet Valet Sdn Bhd mengesahkan menerima laporan berhubung insiden sebuah pesawat milik syarikat itu yang terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor hari ini.

Syarikat pengendali pesawat berkenaan memaklumkan pihaknya masih menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa mengenai insiden itu, dan akan memberi komitmen penuh serta kerjasama dalam siasatan yang akan dijalankan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

PM utus salam takziah kepada keluarga mangsa tragedi

Thu Aug 17 2023

Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga mangsa tragedi pesawat di Elmina, Shah Alam petang tadi.

Mendoakan semoga kesemua mereka tabah menghadapi dugaan ini.

Al-Fatihah. pic.twitter.com/vTOSd7flDr

— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) August 17, 2023

Keluarga waris tiba di lokasi kejadian, suasana bertukar hiba

Thu Aug 17 2023

Rakaman dari dashcam

Thu Aug 17 2023

Rakaman pesawat terhempas di #Elmina, Shah Alam yang diambil dari "dashcamā€™ kereta orang awam.

? Awam pic.twitter.com/b0UFT2Rk9H

— BERNAMA (@bernamadotcom) August 17, 2023

Laluan keluar masuk Persimpangan Elmina ditutup sementara - Prolintas

Thu Aug 17 2023

Laluan keluar dan masuk ke Persimpangan Elmina dari kedua-dua arah Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) telah ditutup sementara waktu berikutan insiden nahas pesawat berhampiran lokasi berkenaan, hari ini.

Kumpulan Syarikat Prolintas (Prolintas) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan laluan berkenaan ditutup sehingga lokasi nahas dibersihkan dan siasatan selesai.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Speaker DUN Pahang kongsi berita duka

Thu Aug 17 2023

Pesawat terhempas: 'Nampak senget, dengar bunyi dentuman'

Thu Aug 17 2023

"Saya lihat pesawat dalam keadaan senget sebelum dengar bunyi dentuman kuat," kata seorang saksi kejadian pesawat ringan yang terhempas di Elmina, Seksyen U16 di sini pada Khamis.

Bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mohd Syahmie Md Hashim, 31, berkata, ketika itu dia dalam perjalanan ke Paya Jaras.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Bekas Menteri Hal Ehwal Agama ucap takziah

Thu Aug 17 2023

Takziah saya ucapkan kepada 10 keluarga mangsa tragedi pesawat terhempas di Elmina.

Diharapkan moga-moga mereka dikurniakan syahid akhirat atas makna sahib al-hadm (orang yang ditimpa runtuhan). Kalimah al-hadm juga boleh difahami sebagai himpitan atau pertembungan, atau dalamā€¦

— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) August 17, 2023

Guan Eng ucap takziah

Thu Aug 17 2023

Saya baru mendapat khabar dukacita mengenai tragedi pesawat yg terhempas di Elmina,Shah Alam & meragut nyawa penumpang & org awam.

Saya ingin menyampaikan ucapan takziah kpd seluruh keluarga mangsa yg terlibat & mendoakan semoga mereka sabar & tabah mā€™hadapi dugaan yg berat ini.

— Lim Guan Eng (@guanenglim) August 17, 2023

Persimpangan Elmina Lebuhraya GCE kedua-dua arah ditutup sementara

Thu Aug 17 2023

Nahas Pesawat: Sidang media pertama oleh Ketua Polis Selangor

Thu Aug 17 2023

Pesawat terhempas: Polis sahkan ada VIP terkorban

Thu Aug 17 2023

Polis mengesahkan terdapat orang kenamaan (VIP) yang maut dalam kejadian jet peribadi yang terhempas di Elmina di Seksyen U16, di Shah Alam, hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan, berkata bagaimanapun pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengesahkan identiti mereka.


BACA BERITA PENUH DI SINI

'Hormati keluarga mangsa, elak spekulasi atau sebar imej mangsa' - Amirudin

Thu Aug 17 2023

Saya merakamkan ucapan takziah kepada mangsa yang terlibat dalam kejadian tragik nahas pesawat ringan di Shah Alam petang ini. Saya menyeru agar semua pihak tidak menyebarkan imej mangsa dan menimbulkan sebarang spekulasi tidak berasas bagi menghormati keluarga mangsa.

Semogaā€¦

— Amirudin Shari (@AmirudinShari) August 17, 2023

10 disah maut dalam nahas pesawat terhempas di Elmina - KP Selangor

Thu Aug 17 2023

Tweet Rara berhubung tragedi

Thu Aug 17 2023

17 Ogos 2023 | Khamis

Pada petang ini, satu berita tergempar membabitkan nahas pesawat ringan di Elmina, Shah Alam. Amat mendukacitakan apabila melibatkan seorang kawan saya, Allahyarham YB Dato' Sri Johari Harun, EXCO Pahang yang juga ADUN Pelangai di bawah Parlimen Bentong.ā€¦ pic.twitter.com/vhepKpmVhk

— Rara ?? (@youngsyefura) August 17, 2023

Pesawat terhempas: Agong tiba di lokasi kejadian

Thu Aug 17 2023

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke lokasi kejadian nahas pesawat terhempas di kawasan perumahan di Elmina di Seksyen U16, di sini, hari ini.

Seri Paduka Baginda berangkat tiba sekitar pukul 5.40 petang.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Situasi di lokasi tragedi

Thu Aug 17 2023

Situasi semasa di lokasi nahas pesawat ringan terhempas berdekatan kawasan perumahan Elmina, Seksyen U16, Shah Alam @501Awani pic.twitter.com/xM6OMKbnQR

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 17, 2023

10 disah maut dalam nahas pesawat terhempas di Elmina - KP Selangor

Thu Aug 17 2023

Semua penumpang dan kru sebuah pesawat yang terhempas berhampiran kawasan perumahan di Elmina di Seksyen U16, di Shah Alam disahkan terkorban.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan, mangsa terdiri daripada lapan penumpang dan kru pesawat, selain dua orang awam iaitu penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan berada di tempat ia terhempas.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Polis sahkan kejadian pesawat terhempas di bandar Elmina

Thu Aug 17 2023

Polis mengesahkan kejadian pesawat terhempas di bandar Elmina, Shah Alam petang tadi - OCPD Shah Alam

? Awam pic.twitter.com/uzeEDdS4mW

— BERNAMA (@bernamadotcom) August 17, 2023

8 penumpang dan anak kapal dalam pesawat terhempas - CAAM

Thu Aug 17 2023

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan seramai enam penumpang dan dua anak kapal berada dalam pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Elmina, Shah Alam pada Khamis.

Bagaimanapun, menurut Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Kapten Norazman Mahmud dalam satu kenyataan, keadaan penumpang pesawat masih tidak dapat disahkan ketika ini.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Kapal terbang terhempas di Elmina, Shah Alam

Thu Aug 17 2023

Sebuah pesawat dilaporkan terhempas berhampiran kawasan perumahan di Elmina di Seksyen U16, di Shah Alam, pada Khamis.

Insiden tersebut juga dikatakan turut melibatkan sebuah motosikal yang kebetulan melalui Persiaran Elmina berhampiran susur Lebuhraya Guthrie.



BACA BERITA PENUH DI SINI

#pesawat terhempas#Elmina#10 maut#lapan penumpang
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of whatā€™s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANIā€™s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.