UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

[LAPOR LANGSUNG] Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berjalan lancar

Program vaksinasi yang sudahpun bermula di negeri-negeri di seluruh negara berjalan lancar.

Astro Awani
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berjalan lancar dan rakyat Malaysia kini menunggu giliran untuk menerima suntikan vaksin mereka. - Gambar fail

Uggah tidak terima suntikan vaksin atas faktor kesihatan - Pengarah JKNS

Fri Feb 26 2021

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas tidak menerima suntikan vaksin hari ini.

Perkara itu disahkan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Chin Zin Hing ketika ditemui selepas program vaksinasi di Klinik Kesihatan Petra Jaya (KKPJ) di Kuching, pada Jumaat.

Menurutnya, Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak itu dinasihatkan untuk tidak mengambil vaksin atas faktor kesihatan.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Pfizer perlu kemuka dokumen kepada NPRA jika ada perubahan spesifikasi suhu

Fri Feb 26 2021

Syarikat farmaseutikal, Pfizer-BioNTech perlu mengemukakan dokumentasi baharu kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sekiranya berlaku sebarang perubahan spesifikasi terhadap penyimpanan suhu vaksin keluaran mereka.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim berkata, setakat ini syarikat berkenaan masih belum mengemukakan sebarang maklumat sekiranya vaksin mereka boleh disimpan dalam suhu, selain -70 darjah Celsius.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Jangan guna dalil agama untuk elak imunisasi

Fri Feb 26 2021

Rakyat Sabah teruja, tidak sabar mendapatkan suntikan

Fri Feb 26 2021

Abang Johari disuntik vaksin, Program Imunisasi COVID-19 Sarawak bermula

Fri Feb 26 2021

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini menjadi antara individu terawal di Sarawak yang menerima suntikan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer, BioNTech.

Ia sebagai simbolik kepada Pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Sarawak dengan fasa pertama melibatkan petugas barisan hadapan.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

264 atlet, pegawai terima suntikan vaksin COVID-19 pada April - Reezal Merican

Fri Feb 26 2021

Seramai 264 atlet dan pegawai yang akan mewakili negara ke kejohanan antarabangsa dalam misi melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Tokyo dijangka menerima suntikan vaksin COVID-19 bermula April depan.

Ia merupakan kumpulan pertama daripada keseluruhan 4,000 atlet dan pegawai dalam senarai Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk diberikan keutamaan sebagai penerima vaksin dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan fasa pertama

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Persatuan farmasi sedia jelaskan mengenai vaksin kepada Ahli Parlimen, ADUN

Fri Feb 26 2021

Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) bersedia memberikan penjelasan kepada mana-mana Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Dewan Negara berkaitan vaksin COVID-19.

Presidennya, Amrahi Buang berkata ia bagi mengurangkan keresahan dan perasaan was-was kumpulan berkenaan terhadap vaksin tersebut.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Teliti jalan terbaik panggil PATI suntik vaksin

Fri Feb 26 2021

Kerajaan perlu meneliti jalan terbaik untuk membuat pendatang asing tanpa izin (PATI) atau pekerja tanpa dokumen sah, tampil ke hadapan bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Penting juga perbincangan diadakan dengan pemimpin sesebuah komuniti imigran bagi mendapat maklum balas mengenai hal ini.

Pengarah North South Initiative Adrian Pereira, berkata banyak faktor yang menyebabkan mereka takut untuk keluar, antaranya adalah kemungkinan untuk disoal siasat.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

10,000 orang awam di Samarahan sudah daftar program vaksinasi

Fri Feb 26 2021

Kira-kira 10,000 orang awam di Samarahan telah berdaftar bagi menyertai program imunisasi COVID-19 fasa kedua dan ketiga yang dijangka dilaksanakan bermula hujung Mac hingga Mei 2021.

Bagaimanapun menurut Pegawai Kesihatan Bahagian Samarahan, Dr Nur Fatihah Oh Abdullah, angka itu dilihat masih kurang berbanding sasaran pihaknya iaitu 120,000 orang.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Sarawak mula program imunisasi COVID-19

Fri Feb 26 2021

130 'frontliners' termasuk pengamal media terima vaksin di KK Kota Samarahan

Fri Feb 26 2021

Klinik Kesihatan (KK) Kota Samarahan antara empat KK yang akan melakukan proses vaskinasi melibatkan 130 petugas barisan hadapan hari ini.

Penolong Pegawai Perubatan KK Kota Samarahan, Othman Buang berkata proses vaksinasi akan dilaksanakan dalam dua sesi iaitu pagi-petang melibatkan beberapa agensi.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Guna radio komuniti sampaikan maklumat mengenai vaksin COVID-19

Fri Feb 26 2021

Malaysia rujuk ulama dunia - Menteri Agama

Fri Feb 26 2021

Peniaga Tawau rayu diberi vaksin

Fri Feb 26 2021

Kumpulan sasar ATM diberi suntikan vaksin fasa pertama

Fri Feb 26 2021

Beberapa kumpulan sasar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menerima suntikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech pada fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kumpulan tersebut termasuk anggota Perkhidmatan Kesihatan ATM yang terlibat secara aktif dalam mengesan dan merawat penyakit COVID-19, serta yang terlibat di dalam penugasan program vaksinasi COVID-19.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Kerajaan disaran lantik jurucakap khas

Fri Feb 26 2021

Kerajaan disaran melantik jurucakap khas untuk vaksin bagi menjelaskan maklumat penting mengenai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kata Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng.

Maklumat itu perlu diterangkan dengan sebaik mungkin supaya orang ramai dapat membina kepercayaan mereka terhadap vaksin yang bakal diberikan kepada mereka.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Lawan helah fahaman anti-vaksin di dunia digital

Fri Feb 26 2021

Ismail Sabri, pegawai tertinggi ATM terima suntikan vaksin COVID-19

Fri Feb 26 2021

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai menerima suntikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech di Hospital Angkatan Tentera (HAT)Tuanku Mizan, Wangsa Maju, di sini, hari ini.

Beliau menerima suntikan dos pertama vaksin berkenaan sekitar pukul 9.30 pagi oleh vaksinator Koperal Siti Maliah Sheikh Alwi.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Kerajaan Arab Saudi belum wajibkan vaksin COVID-19 ke atas jemaah umrah

Fri Feb 26 2021

Kerajaan Arab Saudi belum mewajibkan bakal jemaah umrah mengambil suntikan vaksin COVID-19 untuk ke Tanah Suci.

Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel & Sevices Sdn Bhd Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali berkata, ketika ini Arab Saudi hanya mewajibkan suntikan Meningococcal Meningitis kepada jemaah selain pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Satu juta telah daftar terima vaksin di MySejahtera - Khairy

Fri Feb 26 2021

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata seramai 1 juta individu telah mendaftar sebagai penerima vaksin.

Ia sejak pendaftaran vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dibuka secara rasmi tiga hari lalu melalui aplikasi MySejahtera pada 24 Februari.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Vaksin COVID-19 jalan terbaik rancak ekonomi

Thu Feb 25 2021

Ketersediaan vaksin COVID-19 dalam negara disifatkan sebagai jalan terbaik dalam usaha merancakkan kembali pertumbuhan ekonomi.

Felow Akademi Sains Malaysia Datuk Dr Madeline Berma berkata dengan adanya vaksin itu juga memberi petanda bahawa kerajaan tidak perlu lagi melaksanakan Perintah Kawalan pergerakan (PKP), termasuk kemungkinan membuka sepenuhnya sektor ekonomi.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Malaysia rujuk ulama dunia tentang fatwa ambil vaksin

Thu Feb 25 2021

Malaysia telah mendapatkan pandangan dan penjelasan daripada ulama terkemuka dunia tentang hukum pengambilan vaksin COVID-19, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Katanya beliau telah menghantar surat kepada beberapa ulama terkemuka bagi memohon penjelasan tentang isu berkaitan vaksin, antaranya Imam Besar Al-Azhar Sheikh Ahmed el-Tayeb, Mufti Mesir Shawki Allam dan Pengerusi Majlis Fatwa Kerajaan Emiriah Arab Bersatu Syeikh Abdullah Ben Bayyah.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Tiada kesan sampingan setakat ini - PM

Thu Feb 25 2021

"Alhamdulillah, tiada gejala langsung" - Dr Noor Hisham

Thu Feb 25 2021

Zulkifli terima suntikan vaksin COVID-19 esok

Thu Feb 25 2021

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 esok selepas solat Jumaat.

Zulkifli menerusi hantaran di akaun Facebook rasmi beliau hari ini turut menyeru dan mengajak seluruh rakyat Malaysia serta warga lain untuk mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin itu agar terlindung daripada wabak COVID-19.


Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Vaksin COVID-19: Tiada kesan sampingan setakat ini, kata Perdana Menteri

Thu Feb 25 2021

Memasuki hari kedua menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan keadaannya ketika ini baik-baik sahaja.

Malah, ujarnya, tiada sebarang kesan sampingan yang dirasai ketika ini.


Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Selepas 24 jam... "Alhamdulillah, tiada gejala langsung" - Dr Noor Hisham

Thu Feb 25 2021

"Alhamdulillah, tiada gejala langsung," itu respons Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada Astro AWANI selepas 24 jam beliau disuntik vaksin COVID-19.

Malah, beliau mengakui tidak berasa sebarang perbezaan pada tubuh atau kesihatannya dan boleh melaksanakan tugasnya seperti biasa.


Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

'Vaksin telah dikaji, kami terima demi kebaikan'

Thu Feb 25 2021

Kajian berkenaan keberkesanan dan kesan sampingan vaksin COVID-19 telahpun dibuat sebelum membenarkan rakyat menerima suntikan tersebut.

Demikian antara pendapat beberapa individu di Kota Kinabalu, Sabah yang mahukan kemasukan vaksin tersebut dipercepatkan serta dilancarkan pelaksanaan program imunisasinya.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Jangan salah anggap saranan tangguh suntikan vaksin bagi ibu hamil

Thu Feb 25 2021

Memikirkan risiko tinggi dijangkiti COVID-19, pastinya wanita hamil dan yang menyusukan anak mahu mengambil suntikan vaksin sebagai perisai diri daripada ancaman pandemik itu.

Bagaimanapun, terdapat kekeliruan kerana ramai menyangka mereka dilarang terus daripada mengambil imunisasi itu kerana dikhuatiri mendatangkan kesan sampingan terhadap diri mereka, kandungan dan anak yang sedang menyusu.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Simulasi di Tatau, Bintulu berjalan lancar

Thu Feb 25 2021

Simulasi program vaksinasi di Tatau, Bintulu yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu berjalan lancar.

Ia dilaksanakan bagi memastikan kelancaran pemberian vaksin COVID-19 di daerah tersebut.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Bukan 'influencer', tapi ketua jabatan klinikal

Thu Feb 25 2021

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini menjelaskan 'influencer' atau pempengaruh yang bakal menerima vaksin esok sebenarnya adalah ketua-ketua jabatan klinikal Hospital Serdang.

Beliau yang merujuk laporan sebuah portal berita, berkata pemvaksinan ke atas ketua jabatan terbabit bertujuan menggalakkan staf mereka yang bertugas sebagai barisan hadapan turut mengambil vaksin itu.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Dr Noor Hisham hargai sukarelawan

Thu Feb 25 2021

My appreciation to all Volunteers of the first Phase 3 Randomised COVID-19 Vaccine Trial in Malaysia

On 27 Jan 2021, the MOH launched a Phase 3 randomised COVID-19 vaccine trial in collaboration with the Institute of Medical Biology Chinese Academy of Medical Sciences (IMBCAMS) pic.twitter.com/zP0ILAM7JQ

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 25, 2021

Penduduk Sabah diseru sambut program imunisasi

Thu Feb 25 2021

13,000 dos vaksin COVID-19 tiba di Sibu mampu tampung keperluan 'frontliners'

Thu Feb 25 2021

Sejumlah 6,000 petugas barisan hadapan di bahagian Sibu, Sarikei dan Kapit bakal menerima suntikan vaksin.

Daripada jumlah tersebut, 3,576 berada di Sibu, manakala selebihnya di Sarikei, Mukah dan Kapit.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Anggota polis di Kedah bakal menerima vaksin

Thu Feb 25 2021

Jarum suntikan berbeza ikut keperluan - KKM

Thu Feb 25 2021

Penggunaan dua jenis jarum suntikan yang berbeza adalah mengikut keperluan ketika prosedur suntikan, termasuk proses vaksinasi, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

KKM menjelaskan bahawa untuk prosedur menyedut cecair dari botol, ia memerlukan jarum lebih besar berwarna biru untuk memastikan pengambilan adalah lancar.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

104,110 vaksin COVID-19 untuk Sabah dalam fasa pertama

Thu Feb 25 2021

Sebanyak 104,110 vaksin diperuntukkan bagi Sabah buat masa ini yang akan dihantar ke negeri itu dalam enam penghantaran, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun.

Beliau berkata penghantaran pertama dilakukan hari ini manakala yang keenam akan dibuat pada 1 April 2021.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Segeralah mendaftar di MySejahtera untuk menerima vaksin - Dr Noor Hisham

Thu Feb 25 2021

Jumlah larutan vaksin yg digunakan hanya 0.3ml & jarum yg digunakan adalah jarum halus, saiz 25 G.

Segeralah mendaftar di MySejahtera untuk menerima vaksin yg akan diberikan mengikut fasa kelayakan yg ditetapkan. Vaksin memberi pelindungan diri & pelindungan imuniti kelompok. pic.twitter.com/ePhBkH61cN

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 25, 2021

Lebih ramai pemimpin ambil suntikan vaksinasi

Thu Feb 25 2021

More of our leaders taking the COIVD-19 vaccine to reassure Malaysians that it is safe. Terima kasih, @DrAdhamBaba & @AmirudinShari. Register for your vaccine appointment at MySejahtera. #LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/1zvbVIQhT5

— Khairy Jamaluddin ??? (@Khairykj) February 25, 2021

Menteri Kesihatan jalani vaksinasi

Thu Feb 25 2021

Admin | Menteri Kesihatan, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia & 3 petugas barisan hadapan selesai menerima suntikan vaksin COVID-19.

Terima kasih kepada pegawai² kesihatan yg terlibat.#LindungDiriLindungSemua #YBDSAB pic.twitter.com/OGyMyQvB4b

— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) February 25, 2021

13 pengamal media di Sarawak antara yang awal terima vaksin COVID-19

Thu Feb 25 2021

Kira-kira 13 pengamal media di Sarawak antara petugas barisan hadapan yang akan diberikan vaksin COVID-19 fasa pertama bermula esok hingga 31 Mac depan.

Menurut Presiden Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) Jacqueline Radoi David, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak telah meluluskan permohonan pihaknya untuk mempertimbangkan pengamal media sebagai petugas barisan hadapan dan diberikan vaksin fasa pertama.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Memahami Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

Thu Feb 25 2021

MB Selangor, Timb Menteri Kesihatan disuntik vaksin COVID-19 hari ini

Thu Feb 25 2021

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menjadi individu terawal di Selangor menerima suntikan vaksin COVID-19.

Turut serta dalam proses suntikan yang dilakukan di Hospital Shah Alam itu ialah Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Kita harus menerima vaksin COVID-19

Thu Feb 25 2021

16,380 dos vaksin fasa pertama tiba di Sabah

Thu Feb 25 2021

Kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNtech bagi Sabah selamat tiba dengan pesawat khas di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada Khamis.

Pesawat kargo Raya Airways B767-223 yang membawa 16,380 dos vaksin COVID-19 itu mendarat pada pukul 12.42 tengah hari.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Menteri Kesihatan, KSU Negara terima suntikan

Thu Feb 25 2021

Vaksin tiba di Kota Kinabalu

Thu Feb 25 2021

25/2/21 - 12.40 pm
The Covid vaccines have arrived in Kota Kinabalu pic.twitter.com/YgShHLw5lj

— Masidi Manjun (@MasidiM) February 25, 2021

Bantu hebahkan maklumat

Thu Feb 25 2021

Wakil rakyat, NGO boleh bantu KKM sebar maklumat

Thu Feb 25 2021

Wakil rakyat di setiap kawasan serta badan bukan kerajaan (NGO) harus dijadikan rakan strategik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menghebahkan maklumat dan buat pendaftaran dalam usaha negara mencapai imuniti berkelompok melalui suntikan vaksin COVID-19.

Jelas Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM, Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, ini kerana, mereka dilihat lebih dekat dengan masyarakat tempatan dan memahami selok belok dan rencam di sesebuah kawasan terutama di kawasan pedalaman.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Berita palsu vaksin: Polis sedia buka kertas siasatan

Thu Feb 25 2021

Golongan anti vaksin yang menyebarkan berita palsu berhubung pengambilan vaksin COVID-19 boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Vaksin petugas hadapan Langkawi selamat dibawa dengan RoRo

Thu Feb 25 2021

Sebahagian daripada dos vaksin yang telah diperuntukkan kepada petugas barisan hadapan di Langkawi bagi fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, selamat dibawa menaiki Feri Pengangkut (RORO) dari Terminal Feri Kuala Perlis kira-kira jam 10.05 pagi.

Konvoi membawa vaksin ini tiba kira-kira jam 9.30 pagi dengan lori DHL

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Bekalan tiba di Kelantan jam 10 pagi hari ini

Thu Feb 25 2021

Penghantaran vaksin ke Langkawi, Perlis dikawal ketat - Polis Pulau Pinang

Thu Feb 25 2021

Kenderaan yang membawa vaksin COVID-19 untuk dihantar ke Langkawi dan Perlis berlepas dari gudang penyimpanan vaksin di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini kira-kira jam 7 pagi.

Tinjauan di kawasan itu mendapati, sebuah lori syarikat penghantar DHL keluar dari gudang tersebut dengan kawalan keselamatan ketat oleh pihak polis.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Lebih setengah juta daftar melalui MySejahtera

Wed Feb 24 2021

Abang Johari, bakal jadi individu pertama terima vaksin di Sarawak

Wed Feb 24 2021

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bakal menjadi penerima vaksin pertama di negeri itu pada 26 Februari 2021 di Klinik Kesihatan Petra Jaya, Kuching.

Ini turut bermakna pelancaran Program Imunisasi Fasa 1 Peringkat Negeri Sarawak diawalkan ke Jumaat, sehari lebih awal dari tarikh asal dijadualkan sebelum ini.


BACA BERITA PENUH DI SINI

MySejahtera: Daftar tanggungan bagi vaksinasi mula pertengahan Mac

Wed Feb 24 2021

Pendaftaran tanggungan (dependant) untuk vaksinasi COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera akan diperkenalkan pada pertengahan Mac, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

"Kemudahan ini membolehkan anak-anak mendaftarkan ibu bapa mereka yang tidak mempunyai MySejahtera bagi penerimaan vaksin," kata Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilaksana secara berperingkat

Wed Feb 24 2021

Proses vaksinasi bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Fasa 1 akan dilaksanakan secara berperingkat di negeri-negeri, kata Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin.

Ini kerana tidak semua 532 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah menerima bekalan vaksin COVID-19 kerana jumlah dos vaksin yang telah diterima daripada pembekal masih lagi terhad, katanya.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Merealisasikan 'senyum tanpa topeng, peluk tanpa jarak'

Wed Feb 24 2021

'Senyum tanpa topeng, peluk tanpa jarak' - sesuatu yang mungkin sukar direalisasikan tatkala pandemik COVID-19 masih memuncak ketika ini.

Namun, impian itu mungkin menjadi nyata tatkala warga dunia kini mula menerima dos vaksin COVID-19 daripada pelbagai pengeluar.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kumpulan pertama vaksin COVID-19 tiba di Sarawak

Wed Feb 24 2021

Kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNtech untuk Sarawak selamat tiba dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA), petang Rabu.

Pesawat TH543 milik Raya Airways yang membawa 23,400 dos vaksin COVID-19 itu mendarat pada 6.20 petang.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Daftar suntikan vaksin menerusi MySejahtera, kini di semua jenis telefon pintar

Wed Feb 24 2021

Dakwaan pendaftaran suntikan vaksin menerusi aplikasi MySejahtera hanya boleh dilakukan kepada pengguna telefon jenama Apple sahaja adalah tidak benar sama sekali.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, pendaftaran itu boleh dilakukan bermula semalam sama ada menerusi platform iOS, Android ataupun telefon jenama Huawei.

BERITA PENUH DI SINI

Vaksin COVID-19: "Tak rasa pun, macam cucuk biasa" - Muhyiddin

Wed Feb 24 2021

"Tidak rasa pun, macam cucuk biasa," itu yang diakui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas menjadi individu pertama disuntik vaksin COVID-19 di negara ini.

Bercakap kepada media selepas disuntik vaksin itu, Muhyiddin menzahirkan rasa syukur selain yakin bahawa vaksin tersebut cukup selamat dan berkesan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

KP Kesihatan terima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech

Wed Feb 24 2021

Sejarah tercipta, PM terima suntikan vaksin pertama

Wed Feb 24 2021

Tangani golongan skeptikal, anti-vaksin dengan terperinci - Pakar

Wed Feb 24 2021

Kerajaan perlu menangani dengan terperinci dakyah golongan anti-vaksin termasuk mereka yang skeptikal terhadap vaksin COVID-19.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Profesor Datuk Dr Syed Mohamed Aljunid Syed Junid berkata terdapat juga beberapa individu berpengaruh yang turut membawa persepsi negatif terhadap vaksin itu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Sejarah tercipta, PM jadi individu pertama disuntik vaksin

Wed Feb 24 2021

PM Muhyiddin melakar sejarah menjadi individu pertama di negara ini disuntik vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech.

Ia sebagai simbolik kepada pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dengan fasa pertama melibatkan petugas barisan hadapan.

BACA BERITA PENUH DI SINI 

Vaksin COVID-19 dibawa keluar dari KK Presint 18 ke PKD Presint 11

Wed Feb 24 2021

Vaksin COVID-19 yang diberada di Klinik Kesihatan (KK) Presint 18 telah dibawa ke Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya pada pukul 12.50 tengah hari Rabu. 

Vaksin itu dibawa menggunakan kenderaan Kementerian Kesihatan (KKM) dari KK Presint 18 ke PKD Presint 11 pada jarak sejauh 9.1 kilometer dengan anggaran tempoh perjalanan selama 18 minit.

BERITA PENUH DI SINI

Kumpulan pertama vaksin tiba di Sarawak pukul 6 petang ini

Wed Feb 24 2021

Ketibaan bekalan pertama vaksin yang dianggarkan sekitar 5,000 dos akan diterima oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas serta Ahli JPBN Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) Dr Chin Zin Hing.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Mobilisasi pastikan penghuni rumah orang tua terima vaksin

Wed Feb 24 2021

Mobilisasi agensi di peringkat daerah dan negeri bersama NGO membantu mempercepatkan pendaftaran penghuni rumah orang tua untuk menerima vaksin.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, pihak berkenaan perlu mencari organisasi itu bagi memastikan golongan tua dilindungi.

BERITA PENUH DI SINI

Polis iringi penghantaran vaksin COVID-19 ke Kelantan

Wed Feb 24 2021

Polis akan memastikan vaksin yang dibawa ke Kelantan melalui perjalanan rentas negeri selamat tiba seperti dijadualkan.

Ketua Polis Negeri Datuk Shafien Mamat berkata, seramai 10 anggota termasuk dua pegawai ditugaskan mengiringi kenderaan yang membawa bahan tersebut.

BERITA PENUH DI SINI

Program imunisasi ikhtiar untuk tamatkan pandemik - Dr Noor Hisham

Wed Feb 24 2021

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meluahkan harapan agar penularan pandemik COVID-19 dapat ditamatkan dengan pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan hari ini.

Menerusi Twitter, beliau berkata, pelan imunisasi ini adalah antara ikhtiar bersama untuk terus dilindungi dari pandemik ini.

BERITA PENUH DI SINI

Agihan bekalan vaksin berperingkat ikut keperluan PPV

Wed Feb 24 2021

Bekalan vaksin yang diagihkan kepada setiap PPV dibuat secara berperingkat mengikut keperluan jumlah penerima vaksin dan berdasarkan kesesuaian masa, kata Pengarah Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi KKM A'tia Hashim.

Menurutnya, prosedur itu bagi menjamin dan menjaga kualiti vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech yang sensitif terhadap suhu dan mempunyai jangka hayat tertentu mengikut suhu.

BERITA PENUH DI SINI



PM mulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan hari ini

Wed Feb 24 2021

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula secara rasmi hari ini dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menjadi individu pertama di negara ini menerima vaksin itu petang ini.

Pelaksanaan program itu bakal menyaksikan lebih 500,000 anggota barisan hadapan menerima vaksin untuk fasa pertama yang akan berlangsung hingga April depan.

BERITA PENUH DI SINI

KKM buat penilaian keperluan vaksin bagi bekas pesakit

Tue Feb 23 2021

Kementerian Kesihatan akan membuat penilaian keperluan bekas pesakit COVID-19 untuk menerima suntikan vaksin, terutamanya bagi pesakit yang mendapat jangkitan pada tahap satu hingga tiga.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sekiranya ia melibatkan jangkitan tak bergejala atau gejala ringan, pertahanan antibodi yang terjana mungkin tak memadai dan harus dapatkan dua suntikan vaksin.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Bekas pesakit kanser digalak terima vaksin - Dr Hishamshah

Tue Feb 23 2021

Tiada masalah bagi bekas pesakit kanser dan orang kurang upaya (OKU) menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim.

Meka yang pernah menerima suntikan Bacillus Calmette Gurrain (BCG) bagi mencegah penyakit Tibi juga tidak mempunyai masalah untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Vaksin Pfizer mula diuji pada wanita hamil

Tue Feb 23 2021

Amerika Syarikat kini sedang menjalankan ujian klinikal berskala besar untuk menguji keselamatan dan keberkesanan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech terhadap wanita hamil.

Lapor media negara itu, menurut satu kajian kadar kematian COVID-19 dalam kalangan wanita hamil adalah 13 kali lebih tinggi berbanding pesakit lain yang sebaya dengan mereka.

BACA BERITA PENUH DI SINI

[INFOGRAFIK] Apa itu vaksin Pfizer-BioNTech?

Tue Feb 23 2021

Banyak negeri buat persiapan rapi 'sambut' ketibaan vaksin COVID-19

Tue Feb 23 2021

Menjelang hari pertama, fasa pertama pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan esok, kebanyakan negeri dilihat cukup teruja menantikan 'ketibaan' vaksin itu dengan melakukan persiapan rapi, termasuk dari segi penyediaan tempat penyimpanannya.

Di Perak, Sultan Nazrin Shah sendiri hari ini mencemar duli berangkat ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Stadium Indera Mulia, premis yang bakal menjadi salah satu satu lokasi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Peringkat Negeri Perak.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Bagaimana hendak menerima vaksin?

Tue Feb 23 2021

View this post on Instagram

A post shared by AstroAwani (@501awani)

182,520 dos tambahan vaksin diterima esok

Tue Feb 23 2021

Agenda AWANI: Yakin penggunaan vaksin COVID-19 dari perspektif Islam

Tue Feb 23 2021

Jual produk ganti vaksin antara objektif kumpulan antivaksin

Tue Feb 23 2021

Menjual produk yang kononnya mampu menjadi alternatif kepada vaksin adalah antara objektif kumpulan antivaksin di Malaysia untuk terus menentang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Pegawai Perubatan Columbia Asia Hospital, Dr S.Malar Santhi berkata apabila kumpulan antivaksin berjaya membuatkan orang ramai keliru mengenai vaksin, maka mereka boleh menjual produk-produk yang didakwa menggantikan vaksin COVID-19 seperti Vitamin C, Magnesium atau pelbagai jenis minyak.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Pendaftaran penerima vaksin COVID19 dibuka bermula 1 Mac

Tue Feb 23 2021

View this post on Instagram

A post shared by AstroAwani (@501awani)

Perbandingan harga vaksin COVID-19 dengan negara luar

Tue Feb 23 2021

View this post on Instagram

A post shared by AstroAwani (@501awani)

Perdana Menteri dan Tan Sri Noor Hisham Abdullah akan menjadi individu awal menerima vaksin Pfizer-BioNTech pada Rabu

Tue Feb 23 2021

View this post on Instagram

A post shared by AstroAwani (@501awani)

Halaman interaktif COVID-19 di Astro AWANI

Tue Feb 23 2021

Tahukah anda bahawa 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu akan menerima vaksin secara percuma.

Pandemik COVID-19 tidak mengenal usia, jantina dan paras rupa. Ayuh! #HapusCOVID19 dan #DisiplinMalaysia agar kita dapat membendung penularan pandemik COVID-19. 

Jika anda ingin mengetahui semua berhubung vaksin COVID-19, ikuti perkembangan berita terkini di halaman interaktif Astro AWANI ini. 

IKUTI LAMAN INTERAKTIF ASTRO AWANI





Sejarah bakal tercipta, PM jadi individu pertama divaksin

Tue Feb 23 2021

Tanggal 24 Februari 2021 bakal mencatatkan satu lagi sejarah penting negara apabila Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bakal mengetuai rakyat di negara ini, untuk menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech
itu pada Rabu. 

Astro AWANI akan membawakan liputan berhubung Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini di Saluran 501, Live TV dan platform media sosial kami seawal jam 7 pagi. 

Tonton! 

#COVID-19#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan#Pfizer-BioNTech#Muhyiddin Yassin#Dr Noor Hisham Abdullah
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.