awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan audit: Projek naik taraf, baik pulih bangunan Parlimen lambat siap hingga 14 tahun

Bernama
Bernama
03/08/2022
06:12 MYT
Laporan audit: Projek naik taraf, baik pulih bangunan Parlimen lambat siap hingga 14 tahun
Bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitkan dan memastikan tidak berulang pada masa hadapan, pihak Audit mengesyorkan Jabatan Kerja Raya (JKR) memastikan tadbir urus dan pemantauan menyeluruh. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pencapaian Projek Naik Taraf dan Baik Pulih Bangunan Parlimen yang sepatutnya mengambil tempoh enam tahun mengalami kelambatan siap hingga 14 tahun mengambil kira projek fasa 2C(ii) yang dijadualkan siap berdasarkan kontrak pada 2025.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 1, pengukuran keberhasilan keseluruhan projek yang bermula pada 2011 itu, belum dapat dinilai sepenuhnya kerana fasa 2C(ii) melibatkan skop kerja naik taraf dan baik pulih Blok Menara serta penyediaan tempat letak kenderaan bertingkat yang masih dalam fasa pelaksanaan.
"Secara keseluruhannya, pengurusan Projek Naik Taraf dan Baik Pulih Bangunan Parlimen Malaysia adalah memuaskan dengan enam fasa telah disiapkan dan satu fasa dalam pelaksanaan," menurut laporan itu.
Laporan itu memaklumkan semakan audit mendapati perubahan skop kerja yang banyak atas permintaan pelanggan dan teknikal turut menyumbang kepada peningkatan kos siling berjumlah RM106.10 juta (20.4 peratus) daripada RM520 juta kepada RM626.10 juta.
Prestasi kewangan projek juga menunjukkan perbelanjaan hingga 31 Dis 2021 adalah berjumlah RM468.45 juta (74.8 peratus) berbanding peruntukan terkini berjumlah RM626.10 juta.
Selain itu, terdapat kelemahan dari segi pengurusan projek seperti pengurusan nilai, pengurusan kontrak dan perolehan, serta tadbir urus pembangunan sistem Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kontrak kerja yang memerlukan perhatian daripada pihak pengurusan untuk tindakan penambahbaikan.
Bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitkan dan memastikan tidak berulang pada masa hadapan, pihak Audit mengesyorkan Jabatan Kerja Raya (JKR) memastikan tadbir urus dan pemantauan menyeluruh serta berkesan supaya pelaksanaan projek berjaya dicapai mengikut objektif yang ditetapkan.
Selain itu, Parlimen dan JKR perlu memastikan pengurusan pembangunan sistem ICT dirujuk kepada pihak yang berautoriti bagi memelihara keperluan, kepentingan dan keselamatan ICT sektor awam.
"Parlimen juga perlu memastikan perolehan aset memfokuskan kepada penggunaan aset yang optimum dan dimanfaatkan sepenuhnya," menurut laporan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Laporan Ketua Audit Negara
#LKAN
#Parlimen
#baik pulih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan