awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pantau tingkah laku anak, elak jadi mangsa jenayah siber
Elak jadi mangsa penipuan rumah kebajikan palsu - Nancy
Kelahiran Puteri Diraja Brunei dirai dengan 17 das tembakan meriam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan awal pesawat terhempas di Klang dalam tempoh 30 hari

Sinar Harian
Sinar Harian
16/02/2024
11:00 MYT
Laporan awal pesawat terhempas di Klang dalam tempoh 30 hari
Anggota BSKU mengangkat keluar enjin pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Laporan awal siasatan pesawat ringan yang terhempas di sebuah ladang kelapa sawit di Kapar, Klang pada Selasa lepas akan disediakan dalam masa 30 hari dari tarikh kejadian kemalangan udara tersebut.
Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam satu kenyataan memaklumkan, siasatan teknikal berdasarkan Annex 13 - Aircraft Accident and Incident Investigation, International Civil Aviation Organisation (ICAO Annex 13), telah dimulakan oleh pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) bermula tarikh kejadian kemalangan udara tersebut.
“Penyiasatan akan diteruskan untuk menentukan hal keadaan dan punca kemalangan, dengan tujuan untuk menyelamatkan nyawa dan mengelakkan berlaku kemalangan yang sama pada masa hadapan,” kata kenyataan itu pada Jumaat.
MOT memaklumkan, berdasarkan siasatan awal, pesawat berkenaan memiliki tanda pendaftaran I-POOC adalah milik Blackshape S.p.A yang merupakan sebuah syarikat Itali.
Kata kenyataan itu lagi, Sky Media Ltd merupakan sebuah syarikat Hong Kong bertindak sebagai pengedar pesawat bagi pihak Blackshape S.p.A untuk rantau Asia Tenggara.
“Sky Media Ltd telah melantik Aviation Safety Technology Pte Ltd (AST) iaitu sebuah syarikat Singapura, untuk perkhidmatan pemasaran bagi pesawat Gabriel BK160TR.
“AST telah melantik juruterbang yang terlibat dalam kemalangan tersebut untuk mengendalikan pesawat Gabriel BK160TR (pendaftaran I-POOC) bagi tujuan promosi kepada pelanggan-pelanggan di Malaysia,” jelas MOT. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#nahas pesawat di klang
#hasil siasatan
#Kementerian Pengangkutan
#BSKU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan