awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Extra Joss Oren kembali, segar & bertenaga setiap hari
Legenda bola sepak Wales, Terry Yorath meninggal dunia
Presiden Korea Selatan guna 'diplomasi penguin', seru perdamaian dengan Korea Utara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan kajian AI, produktiviti pekerja dibentang dalam mesyuarat STAR petang ini -KSN

Bernama
Bernama
18/08/2025
04:40 MYT
Laporan kajian AI, produktiviti pekerja dibentang dalam mesyuarat STAR petang ini -KSN
Menurut Shamsul Azri, mesyuarat STAR pada petang ini, antara lain akan membincangkan kajian United Nations University (Tokyo), McKinsey dan pengalaman JP Morgan berhubung peningkatan AI dan produktiviti pekerja. - Gambar Bernama
PUTRAJAYA: Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) pada petang ini, antara lain akan membincangkan kajian United Nations University (Tokyo), McKinsey dan pengalaman JP Morgan berhubung peningkatan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan produktiviti pekerja.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Datuk Mohd Zabri Yusoff telah dipertanggungjawabkan untuk membentangkan laporan awal berhubung kajian universiti itu.
"Kita akan bincang dan dalam masa dua minggu, kita akan beri maklum balas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada Bernama dan RTM selepas menghadiri Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Bersama Ketua Setiausaha Negara anjuran bersama Jabatan Penerangan Malaysia.
Terdahulu, Anwar mengingatkan jentera kerajaan supaya berhati-hati dengan fenomena "AI Productivity Paradox" dalam pelaksanaan transformasi digital negara.
Risiko "AI Productivity Paradox" merujuk kepada situasi pelaburan besar dalam AI dan digitalisasi yang tidak semestinya meningkatkan produktiviti.
Merujuk kajian dan pengalaman berkenaan, hanya tiga hingga tujuh peratus daripada peningkatan penggunaan AI benar-benar memberi kesan kepada produktiviti atau pendapatan pekerja.
Anwar turut meminta Shamsul Azri dan semua ketua jabatan untuk meneliti perkara berkenaan dan memberi jawapan awal bagi menangani permasalahan berkenaan.
Mengenai program bagi menyemarakkan bulan kemerdekaan itu, Shamsul Azri berkata, ia antara inisiatif Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan warganya.
"Program (kemerdekaan) ini berterusan dan kita galakkan semua unit dan jabatan melaksanakan program semarakkan bulan kemerdekaan dengan inisiatif sendiri," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#STAR
#Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi
#kajian AI
#produktiviti pekerja
#ketua setiausaha negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan