awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan sedia beri ruang kebebasan media lebih terbuka - PM
Kerajaan selesai bayar balik lebihan cukai RM22.45 bilion pada 2025, tertinggi dalam lima tahun
Tahun Baharu Cina: Lapangan terbang serantau perkukuh pemantauan virus Nipah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Laporan lapan anggota keselamatan Malaysia terkorban hanya propaganda" - ESSCOM

Astro Awani
Astro Awani
12/08/2013
03:58 MYT
"Laporan lapan anggota keselamatan Malaysia terkorban hanya propaganda" - ESSCOM
Pusat Kawalan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) hari ini telah menafikan laporan sebuah media Filipina bahawa lapan anggota keselamatan Malaysia terkorban dalam satu serangan hendap oleh pengganas di Felda Sahabat, Lahad Datu.
Menurut laporan Berita Harian, Ketua Pengarah ESSCOM, Datuk Mohammad Mentek telah memaklumkan berita berkenaan hanyalah propaganda yang bertujuan mencetuskan perasaan takut penduduk Sabah khususnya di Pantai Timur.
Sebuah media Filipina, Manila Times, semalam melaporkan bahawa satu pertempuran telah berlaku di antara pasukan keselamatan Malaysia dengan pengikut Jamalul Kiram III pada Jumaat lalu.
Laporan itu turut mendakwa kononnya lapan anggota keselamatan Malaysia yang terkorban itu telah diserang hendap oleh sekurang-kurangnya 50 anggota pengganas yang diketuai oleh seorang ‘pegawai kanan’ bernama Utuh Ubie.
Topic Berkaitan
#ESSCom
#lapan anggota
#propaganda
#terkorban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan