Laporan Pencapaian Reformasi Pendidikan 2025: KPM lakar 15 kejayaan besar - Fadhlina

Fadhlina (tengah) bercakap pada sidang media selepas majlis penyerahan projek SMKA Sheikh Tahir Jalaluddin oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) hari ini. —Foto Bernama
BUKIT MERTAJAM: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melakar 15 kejayaan besar sepanjang tempoh tiga tahun pelaksanaan reformasi pendidikan dalam usaha memartabatkan pendidikan negara.
Ringkasan AI
- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mencatat 15 kejayaan besar dalam tiga tahun reformasi pendidikan, termasuk pendidikan wajib menengah hingga Tingkatan Lima serta penanggulangan keciciran pelajar.
- Pencapaian positif lain termasuk penambahan hampir 53,000 guru baharu, pengembalian takwim sekolah ke Januari, penguasaan 3M oleh hampir 400,000 murid, dan reformasi beban guru.
- Peningkatan infrastruktur sekolah, akses pendidikan menyeluruh, dan penekanan kepada Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) turut menjadi fokus KPM, dengan peningkatan kebolehpasaran hingga 99 peratus, dana PCG dinaikkan, serta bantuan awal persekolahan dan elaun pelatih diperluaskan dan ditingkatkan.
Selain reformasi kurikulum, KPM turut memberi penekanan kepada penambahbaikan infrastruktur sekolah serta akses pendidikan yang menyeluruh.
"Ini adalah antara prestasi-prestasi penting yang telah pun kita capai sepanjang tiga tahun ini dan yang paling besar dan signifikan dan ia pastilah yang terkait dengan guru, bagaimana mengatasi kekurangan guru di seluruh negara.
"Alhamdulillah, ini adalah pencapaian yang sangat penting kerana ia melibatkan juga kerjasama dengan semua pihak yang memberikan sokongan penuh kepada KPM untuk memastikan isu kekurangan guru ini dapat kita atasi pada setiap tahun," katanya.
Selain itu, KPM juga meraih kejayaan dalam menjadikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan lagi pilihan kelas kedua apabila merekodkan 99 peratus kebolehpasaran termasuk dana Geran Per Kapita (PCG) dinaikkan buat kali pertama dalam 22 tahun.
Pada masa sama, RM100 juta bantuan awal persekolahan (BAP) diluaskan hingga Tingkatan Enam serta menaikkan elaun pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) dari RM430 kepada RM530 sebulan.
Fadhlina berkata, KPM juga akan meneruskan reformasi pendidikan yang telah dilaksanakan sejak tiga tahun lalu, dengan terus memberi fokus kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2026-2035), kurikulum baharu 2027 bermula di prasekolah.
Selain itu, Fadhlina berkata pembinaan 41 sekolah baharu akan dibina di kawasan kritikal bagi mengurangkan isu sekolah padat dan jurang akses.
"Dalam masa sama, tumpuan juga akan diberikan kepada naik taraf 520 sekolah daif dan juga pembinaan 350 kelas prasekolah baharu, serta projek penyelenggaraan sekolah dengan kos RM 860 juta bagi tandas, kantin dan bilik guru supaya sekolah berfungsi dengan sepatutnya," katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Tahir Jalaluddin, di sini, hari ini.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apa yang dimaksudkan dengan pencapaian positif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Laporan Pencapaian Reformasi Pendidikan 2025? A: KPM berjaya memberi pendidikan wajib menengah hingga Tingkatan Lima, mengatas keciciran pelajar, mengisi 98% kekosongan guru, mengembalikan takwim sekolah ke Januari, memperkenalkan 11 inisiatif sekolah selamat, serta melaksanakan reformasi beban guru.
- Q: Apakah kejayaan KPM dalam bidang Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)? A: KPM berjaya meningkatkan kebolehpasaran TVET sehingga 99%, menaikkan Geran Per Kapita (PCG) untuk pertama kalinya dalam 22 tahun, dan meluaskan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) hingga Tingkatan Enam serta menaikkan elaun pelatih IPG.
- Q: Apa langkah KPM akan terus ambil selepas tiga tahun melaksanakan reformasi pendidikan? A: KPM akan meneruskan fokus pada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2026-2035), memulakan kurikulum baharu 2027 di prasekolah, membina 41 sekolah baru di kawasan kritikal, naik taraf 520 sekolah daif, bina 350 kelas prasekolah baru, dan menyelenggara sekolah dengan kos RM860 juta.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

