MALAYSIA
Laporan polis dibuat berhubung wanita dakwa pembantu rumah Ku Nan

Wanita itu dikatakan meminta derma daripada seorang kontraktor melalui SMS. - Gambar hiasan
Satu laporan polis telah dibuat semalam berhubung seorang wanita yang menyamar sebagai pembantu peribadi Menteri Wilayah Persekutuan dan meminta derma daripada kontraktor atau individu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Menurut Setiausaha Akhbar kepada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya, wanita itu juga meminta kontraktor atau individu berkaitan untuk memasukkan derma ke dalam akaun bank seorang lelaki.
"Tujuan dibuat laporan (polis) untuk menafikan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terlibat dengan aktiviti atau kelakuan yang salah dilakukan oleh wanita itu, yang kononnya mendakwa dirinya sebagai pembantu peribadi menteri," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami