MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 September 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 September 2025.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perpaduan di negara ini akan terjamin jika hak majoriti Melayu dan Islam dipertahankan tanpa menafikan hak kaum lain yang juga merupakan warganegara Malaysia.
Polis menahan tujuh suspek berhubung insiden kekecohan ketika operasi pengosongan 37 unit rumah teres di Kampung Sungai Baru, Khamis lepas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pembangunan sebuah negara maju perlu berteraskan nilai kemanusiaan seperti akhlak, disiplin serta semangat ihsan.
Pasukan peguam yang mewakili keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, 13, meminta semua bentuk perhimpunan aman berkait isu kematian pelajar Tingkatan Satu itu ditangguhkan sementara hingga prosiding inkues kematian kes itu selesai.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menyeru semua pihak agar menghentikan desakan melampau berkaitan isu kemasukan ke universiti menerusi sistem UPUOnline kerana ia hanya akan mengeruhkan keadaan.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar kegiatan sepasang suami isteri, yang juga pegawai penguat kuasa membuka sebuah kedai emas disyaki hasil rasuah.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh lapisan rakyat supaya sentiasa menghargai nikmat keamanan serta perpaduan yang dikecapi di negara ini selama ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi jaminan bahawa harga petrol RON95 akan diturunkan kepada RM1.99 seliter menjelang akhir bulan ini, sekali gus menunaikan janji Kerajaan MADANI untuk meringankan beban rakyat.
Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli hari ini mendedahkan beliau menjadi sasaran cubaan pemerasan melalui video lucah palsu yang dipercayai dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), dengan tuntutan bayaran mencecah RM470,000.
Jabatan Peguam Negara sedang meneliti laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pelucutan hak wang tunai lebih RM169 juta yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi tindakan lanjut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami