awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan rasmi paip bocor LRA Semanggar siap minggu ini

Bernama
Bernama
11/06/2018
21:07 MYT
Laporan rasmi paip bocor LRA Semanggar siap minggu ini
Sebanyak RM3.4 juta dibelanjakan untuk pemasangan 173 unit tangki simpanan bagi memastikan pengguna mendapat bekalan air berterusan. - BERNAMA/Fail
Insiden paip bocor di Loji Rawatan Air (LRA) Semanggar, Kota Tinggi pada Ahad, yang menjejaskan 11,000 akaun pengguna, berpunca daripada masalah paip besi lama yang berusia 20 tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Johor (SAJ) Ranhill Sdn Bhd Datuk Ahmad Faizal Abdul Rahman berkata sehingga petang Isnin, kira-kira 3,000 akaun penggguna masih mengalami gangguan bekalan air.
"Ia hanya melibatkan aset lama dan kebetulan insiden ini berlaku pada waktu ini (Ramadan). Insya-Allah, tengah malam ini, bekalan air akan pulih sepenuhnya selepas kerja-kerja baik pulih selesai pada 11.30 malam tadi,'' katanya kepada pemberita pada taklimat persediaan bekalan air sempena Aidilfitri dan majlis berbuka puasa bersama-sama media di sini, pada Isnin.
Ahmad Faizal berkata SAJ akan menyediakan laporan lengkap mengenai insiden itu dalam minggu ini sebelum ia diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri Jimmy Puah Wee Tse.
Dalam pada itu, Ahmad Faizal berkata SAJ memperuntuk kira-kira RM10.6 juta bagi kerja-kerja menaik taraf bekalan air yang mengalami tekanan rendah di seluruh negeri ini.
"Sebelum raya, sebanyak RM3.4 juta dibelanjakan untuk pemasangan 173 unit tangki simpanan bagi memastikan pengguna mendapat bekalan air berterusan ketika musim perayaan.
"Penggunaan air di kawasan pedalaman akan meningkat 300 peratus dan menyebabkan tekanan air rendah. Jadi, SAJ berharap inisiatif ini (tangki) dapat mengurangkan beban pengguna," katanya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Abdul Rahman
#air
#gangguan bekalan air
#kerja baik pulih
#loji rawatan air
#LRA
#paip besi
#paip bocor
#Ranhill
#SAJ
#Semanggar
#Syarikat Air Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan