MALAYSIA
Laporan siasatan letupan gas Putra Heights: Dua kumpulan khas ditubuh untuk siasat, rancang tindakan - Amirudin

Amirudin (foto) berkata, kumpulan pertama akan diketuai PDRM dengan tumpuan kepada aspek siasatan teknikal dan kemungkinan kecuaian, manakala kumpulan kedua akan meneliti hasil laporan dan mencadangkan tindakan susulan. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
SHAH ALAM: Dua kumpulan khas akan ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi memperkemas siasatan serta merangka langkah pencegahan jangka panjang susulan insiden letupan paip gas di Putra Heights pada 1 April lalu.
Ringkasan AI
- Kerajaan Negeri Selangor menubuhkan dua kumpulan khas susulan insiden letupan paip gas di Putra Heights pada 1 April untuk siasatan dan cadangan pencegahan jangka panjang.
- Kumpulan pertama diketuai PDRM fokus kepada siasatan teknikal dan kecuaian, manakala kumpulan kedua meneliti laporan dan cadangkan tindakan susulan termasuk aspek perundangan.
- Laporan siasatan mengenal pasti tiga faktor utama: keadaan fizikal paip, kestabilan tanah, dan aktiviti pembangunan berhampiran; pelan mitigasi akan dirangka berdasarkan laporan tersebut.
"Kita mahu pastikan insiden sebegini tidak berulang,” katanya dalam sidang media hari ini.
Menurut beliau, kedua-dua kumpulan ini turut melibatkan penyertaan agensi teknikal seperti PETRONAS, Jabatan Alam Sekitar (JAS), pihak berkuasa tempatan, serta pakar-pakar bebas dan dijangka mengemukakan cadangan pelan mitigasi berdasarkan laporan siasatan yang telah dimuktamadkan pada 26 Jun lalu.
Tambah Amirudin, siasatan teknikal mengenal pasti tiga faktor utama sebagai fokus, iaitu keadaan fizikal paip gas, kestabilan tanah sekitar kawasan kejadian, dan aktiviti pembangunan berhampiran yang mungkin menyumbang kepada risiko kerosakan paip.
“Fokus kita kini adalah memastikan hasil siasatan ini diterjemahkan kepada pelan tindakan yang lebih menyeluruh termasuk penambahbaikan garis panduan pembangunan dan pelaksanaan peraturan baharu jika perlu,” katanya lagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami