awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
MALAYSIA
AI perlu dilihat sebagai sebagai pemerkasa industri - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Laporan siasatan letupan gas Putra Heights: Keadaan tanah lemah punca paip gas bocor - Pengarah JKKP

Shafiqa Azami
Shafiqa Azami
30/06/2025
10:10 MYT
Laporan siasatan letupan gas Putra Heights: Keadaan tanah lemah punca paip gas bocor - Pengarah JKKP
Husdin berkata, insiden di Putra Heights itu bukan sahaja menjejaskan keselamatan awam, malah turut merosakkan infrastruktur serta menyebabkan gangguan bekalan gas dan elektrik di beberapa kawasan sekitar. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
SHAH ALAM: Keadaan tanah di bawah paip yang lemah dan tidak menyokong sepenuhnya struktur paip merupakan punca bagi insiden kebocoran dan kebakaran paip gas yang berlaku di Putra Heights, di sini pada 1 April lalu.

Ringkasan AI
  • Punca kebakaran paip gas di Putra Heights dikenal pasti sebagai kelemahan struktur tanah, yang menyebabkan paip berada dalam keadaan tidak disokong sepenuhnya dan mengalami tekanan berulang sehingga gagal secara fizikal.
  • Siasatan menyeluruh selama hampir tiga bulan oleh JKKP dan agensi teknikal lain mendapati tiada unsur kecuaian atau pelanggaran spesifikasi teknikal, sebaliknya insiden berpunca daripada faktor geoteknikal.
  • JKKP menegaskan keselamatan awam sebagai keutamaan, dan akan terus memperkemas pemantauan terhadap infrastruktur kritikal bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

Menurut Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP), Husdin Che Amat, hasil siasatan mendapati paip gas tersebut memenuhi semua spesifikasi teknikal yang ditetapkan, namun bahagian bawah paip didapati tidak disokong sepenuhnya oleh tanah dan satu keadaan yang menyebabkan paip berada dalam keadaan unsupported segment di atas tanah yang lembut dan lembap.
“Keadaan ini menyebabkan pergerakan berulang pada paip (cyclic loading), menghasilkan tekanan berulang (stress lines) dan garis keletihan (fatigue striations) yang akhirnya membawa kepada kegagalan fizikal (physical failure).
"Kegagalan paip ini bukan berpunca daripada sebarang aktiviti pembinaan di permukaan tanah, sebaliknya disebabkan oleh kelemahan struktur tanah di bawah paip itu sendiri yang tidak mampu menampung berat dan tekanan paip dalam jangka masa panjang,” katanya dalam sidang media berhubung laporan siasatan insiden kebakaran saluran paip gas Putra Heights di Bangunan SUK Selangor, di sini hari ini.
Kegagalan paip disebabkan oleh keadaan tanah yang lembut
Dalam pada itu, siasatan menyeluruh selama hampir tiga bulan telah dijalankan oleh JKKP dengan kerjasama agensi-agensi teknikal termasuk Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Siasatan dilakukan di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Pindaan 2022) dan Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984.
Proses ini turut melibatkan pemeriksaan visual di lokasi kejadian, pengukuran dan semakan ke atas komponen paip gas, serta pengambilan sampel untuk dianalisis di makmal.
Malah, JKKP menegaskan bahawa keselamatan awam adalah keutamaan dan pihaknya akan terus memantau serta memperkemas aspek keselamatan infrastruktur kritikal bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.
"Kejadian yang berlaku sekitar jam 8.08 pagi itu bukan sahaja menjejaskan keselamatan awam, malah turut merosakkan infrastruktur serta menyebabkan gangguan bekalan gas dan elektrik di beberapa kawasan sekitar.
"Kesimpulannya, insiden yang berlaku berpunca daripada faktor geoteknikal dan bukannya kecuaian teknikal atau pelanggaran garis panduan pembinaan," ujar Husdin.
Insiden kebakaran berkenaan telah mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, 81 separa musnah, 57 terkesan, tetapi tidak terbakar manakala 218 rumah tidak terjejas termasuk di Kampung Tengah, Puchong. Turut hadir di sidang media berkenaan ialah Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Topic Berkaitan
#letupan gas Putra Heights
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami