Tindakan pemimpin DAP Selangor yang meminta PAS supaya tidak menjadi 'hero' kepada umat Islam di negara ini yang membantah penganjuran pesta arak 'Better Beer Festival 2017' (BBF17) di Selangor disifatkan sebagai satu tindakan politik 'kebudak-budakan'.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi berkata kenyataan pemimpin DAP itu yang turut menggesa PAS memberi perhatian kepada negeri Kelantan dan tidak mencampuri urusan pentadbiran negeri lain juga satu kenyataan dangkal dan tidak bertanggungjawab.
"Jadi bila mahu diadakan pesta arak, ia adalah satu langkah mempromosi arak secara terbuka kepada semua (termasuk umat Islam di negara ini) maka ia tindakan yang seolah-olah mempersenda dan mencabar sensitiviti umat Islam.
"Mana boleh kita satu parti terhad untuk berpolitik di satu negeri, Selangor jaga Selangor, Pahang jaga Pahang. PAS bukan hanya di Kelantan, kita jaga kepentingan umat Islam seluruh Malaysia," katanya kepada pemberita pada perhimpunan praFASTAQIM 2.0 di Pantai Tok Jembal, di sini, malam tadi.
Turut hadir Naib Presiden PAS Idris Ahmad.
Semalam, Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim mengingatkan PAS supaya tidak mencampuri urusan penganjuran BBF17 di negeri itu sambil menempelak PAS bahawa, kadar AIDS dan isu sosial di Kelantan lebih tinggi berbanding Selangor walaupun pesta arak tidak dianjurkan di negeri itu.
Terdahulu, Nasruddin dalam ucapannya menyeru umat Islam di negara ini bersatu tanpa mengira latar belakang ideologi politik bagi meningkatkan gelombang kebangkitan umat Islam yang maruahnya kini semakin dicabar dan dipersenda pihak-pihak tertentu.
"Dari segi politik, ekonomi dan juga iklim sosial ummah, di mana letaknya umat Islam. Mutakhir ini umat Islam bukan sahaja hilang dalam aspek ekonomi tetapi nyata ketinggalan dalam aspek penguasaan politik. Sebab itulah suara yang persenda, tentang dan permainkan agama Islam berleluasa, dan mereka makin berani," katanya.
Katanya, ada pihak semakin berani mempromosikan gaya hidup LGBT secara terbuka dan menuntut menjadi sebahagian daripada hak yang dibenarkan oleh undang-undang serta desakan agar pesta arak besar-besaran dibenarkan.
Justeru, FASTAQIM 2.0 diadakan bagi mengembalikan semula kedudukan umat Islam di tempat sewajarnya pada ketika mutakhir ini seakan ada gerakan terancang pelbagai pihak untuk terus menjatuhkan martabat umat Islam.
Perhimpunan dua hari bermula semalam itu menyasarkan kehadiran 200,000 anggota dan penyokong PAS di seluruh Malaysia dan yang kedua diadakan selepas Kota Bharu, Kelantan, dua tahun lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 30 2017
Nasruddin menyeru umat Islam di negara ini bersatu tanpa mengira latar belakang ideologi politik bagi meningkatkan gelombang kebangkitan umat Islam yang maruahnya kini semakin dicabar dan dipersenda pihak-pihak tertentu. - Gambar fail
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Datuk antara 5 ditahan sindiket pemprosesan dadah, penyeludupan arak
Anggota penguat kuasa turut merampas dadah, arak dan beberapa kenderaan mewah dengan nilai keseluruhan RM10.3 juta.
Penjualan arak: Bantahan wakil rakyat Pas adalah wajar - Gerakan
Gerakan telah mendapat penjelasan yang adil daripada Muhammad Fawwaz berhubung tindakannya membantah promosi tersebut.
Majlis Islam Selatan Thailand bantah RUU berkaitan ganja, arak dan perkongsian sivil
Ahli Parlimen Yala menegaskan, pengecualian perlu dibuat bagi orang Islam Thailand sekiranya RUU itu diluluskan.
Serbuan kilang haram, PGA rampas arak bernilai RM1.2 juta
Sebanyak 603 liter cecair arak termasuk arak tiruan dianggarkan bernilai RM1.2 juta dirampas Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam menerusi tiga serbuan berbeza di sekitar Muar.
Pas tetap tidak setuju nama arak Timah - Idris
Pas tetap menolak penggunaan nama Timah terhadap arak jenama tempatan walaupun kerajaan membuat keputusan membenarkan penggunaan nama tersebut.
Pengeluar arak mohon tempoh seminggu untuk tukar nama 'Timah'
Syarikat pengeluar minuman beralkohol tempatan jenama 'Timah' mempertimbangkan untuk menukar nama dan imej pada label produk arak keluaran mereka.
Isu arak: 'Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang agama, bangsa' - Kadir Jasin
Bekas Ahli MPT Bersatu itu mengulas mengenai kontroversi pengeluaran arak jenama tempatan 'Timah'.
Isu arak 'Timah': Idris setuju dengan gesaan Mufti Pulau Pinang
Idris berkata perkara sebegitu yang bersifat provokasi, selain penggunaan nama yang boleh menimbulkan kekeliruan terhadap masyarakat dan agama tidak sepatutnya berlaku di negara ini.
Arak jenama Timah bukan hasil produk kerajaan - Ahmad Marzuk
Ahmad Marzuk Shaary berkata adalah tidak wajar mengaitkan perkara tersebut dengan kerajaan.
Kilang, premis khusus jual arak tetap dilarang beroperasi ketika 'total lockdown' - KPDNHEP
Hanya kilang arak dan premis yang khusus menjual arak tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Penuh.