Dua persatuan dobi pada Rabu merayu kerajaan supaya meneliti semula dasar larangan serta pembekuan pengambilan pekerja asing di sektor perkhidmatan dan dobi.
Persatuan Dobi Selangor dan Kuala Lumpur (SEKLLAAS) serta Persatuan Pengusaha Dobi Melayu (MULA) yang mewakili pengusaha perkhidmatan dobi, mencadangkan supaya kerajaan mengkaji semula dasar itu secara komprehensif.
Presiden MULA Abdul Jalil Ibrahim berkata kesan daripada dasar itu akan menyebabkan perniagaan perkhidmatan dobi yang berskala kecil dan besar berisiko untuk ditutup selain meningkatkan kadar pekerja asing bekerja secara tidak sah.
"Industri dobi adalah keperluan dan satu komponen perkhidmatan sokongan yang utama kepada beberapa sektor penting seperti B2B (Business to Business) dan B2C (Business to Consumer) seperti perhotelan, pelancongan, hospital, penerbangan, perkilangan, perkapalan, pengangkutan, pendidikan dan banyak lagi termasuk kontrak perkhidmatan dobi di agensi-agensi kerajaan.
"Sekiranya industri dobi tidak dapat beroperasi secara mampan, ia akan memberi impak yang negatif dan akan melumpuhkan keseluruhan ekosistem perniagaan yang berkaitan," katanya pada sidang media di sini pada Rabu.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya pihak kementerian yang terlibat dengan dasar tersebut supaya memberi pertimbangan dan bersetuju untuk berjumpa dengan persatuan-persatuan dobi bagi mengetahui masalah serta mendapatkan penyelesaian terbaik bagi semua pihak.
Sementara itu, Presiden SEKLLAAS Tham Ah Wah memberitahu, adalah dianggarkan pengusaha dobi di Lembah Klang memproses melebihi 1,000 tan linen sehari dan pekerja tempatan tidak berminat untuk melakukan kerja mencuci, melipat serta menggosok.
"Beban tugasnya sangat tinggi, bayangkan 1,000 tan sehari anda memerlukan pekerja dan tenaga yang banyak untuk menyelesaikan kerja-kerja itu. Orang tempatan tidak minat untuk melakukan (kerja-kerja ini).
"Sebenarnya kita telah banyak kali mencuba (mengambil pekerja tempatan untuk tugas operasi), namun selepas kita ambil mereka bekerja, mereka akan bekerja untuk dua minggu, kemudian mereka berhenti. Mereka tidak suka melakukan kerja-kerja tradisional ini," katanya.
Pada 8 Ogos, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan, berkata kerajaan bersetuju dengan cadangan penutupan penggajian pekerja asing bagi subsektor perkhidmatan lain iaitu dobi, tekstil, tukang gunting dan tukang emas yang telah dibekukan sejak tahun 2009.
Beliau berkata, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing yang dipengerusikannya bersama M. Kula Segaran.
Katanya, dalam cadangan yang dibentangkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu, dasar semasa yang membenarkan penggantian pekerja asing bagi subsektor itu turut akan dihentikan dalam masa tiga tahun lagi secara berperingkat mulai tahun ini sehingga 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 21 2019
Muhyiddin bersalaman dengan Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran pada Mesyuarat Jawatankuasa Bersama antara Menteri Dalam Negeri & Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing Kali di Putrajaya, 8 Ogos 2019 lalu. --fotoBERNAMA
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
PM tiba di Riyadh untuk hadiri mesyuarat WEF
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia. Beliau dijadual terlibat dalam dialog strategik, panel, dan pertemuan bersama pemimpin serantau
Larangan, beku pengambilan pekerja asing: Persatuan dobi rayu kerajaan teliti semula dasar
Antara kesan daripada dasar itu akan menyebabkan perniagaan perkhidmatan dobi yang berskala kecil dan besar berisiko untuk ditutup.