KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah memutuskan untuk menyekat pergerakan masuk ke Wilayah Persekutuan Labuan dan sebaliknya berkuat kuasa serta-merta.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata keputusan itu diambil susulan pengesanan virus COVID-19 varian India di Labuan.
"Berikutan kewujudan varian India yang dikesan di Wilayah Persekutuan Labuan, kerajaan negeri menyekat pergerakan orang awam untuk masuk ke Labuan dan sebaliknya.
"Bagaimanapun pengecualian yang melibatkan pergerakan berhubung kait dengan 'Essential Service and Essential Goods', Keselamatan dan Kesihatan (Perubatan) serta telah mendapat kebenaran khas," katanya dalam kenyatan Laporan Harian COVID-19 Sabah pada Rabu.
Tambah Masidi, permohonan kebenaran daripada pasangan jarak jauh juga tidak akan dipertimbangkan bermula 28 Mei sehingga 7 Jun depan.
Masidi yang juga jurucakap COVID-19 bagi negeri ini berkata, kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pemakaian pelitup muka menjadi penyumbang utama kepada peningkatan kes COVID-19 di negeri ini.
"Pemilik-pemilik premis perniagaan dikehendaki untuk mempamerkan SOP COVID-19 di setiap premis perniagaan milik mereka.
"Mana-mana premis yang mempunyai peralatan hebahan (Sistem PA) perlu memberi peringatan kepada pelanggan mereka untuk sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan," katanya.
Pihak Berkuasa Tempatan akan membekalkan poster yang mengandungi nombor telefon aduan yang boleh dihubungi bagi melaporkan ketidakpatuhan SOP.
Sabah hari ini merekodkan sebanyak 229 kes positif COVID-19, dengan satu kes kematian dikesan dari daerah Kota Belud.
Eleanor Michelle Patrick
Wed May 26 2021

Masidi berkata, keputusan itu diambil susulan pengesanan virus COVID-19 varian India di Labuan.

Verstappen tewaskan McLaren, menangi F1 Grand Prix Emilia Romagna
Juara bertahan empat kali, Max Verstappen menewaskan dua pelumba pasukan McLaren untuk memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) keduanya musim ini di Grand Prix Emilia Romagna di Itali pada Sabtu.

Perasmian sayap PKR: 'Surat hanya kepada Anwar dan Fuziah, macam mana boleh bocor?' - Rafizi
Rafizi berkata, perkara itu sepatutnya tidak didedahkan, dan beliau mempersoalkan bagaimana perkara sulit seperti itu boleh menjadi pengetahuan umum.
Tumpuan Isnin – 19 Mei 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 18 Mei 2025.

Gunung Lewotobi di Indonesia meletus, cetus amaran penerbangan tertinggi
Gunung Lewotobi di Wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia, meletus beberapa kali pada Ahad.

Misi satelit ke-101 Agensi Angkasa Lepas India gagal
Agensi Angkasa Lepas India mengalami kegagalan dalam misi pentingnya apabila satelit pemerhatian Bumi di atas roket Kenderaan Pelancar Satelit Kutub (PSLV) hilang sejurus selepas pelancaran pada Ahad.
Pelancaran satelit pemerhatian bumi India gagal
Agensi Angkasa Lepas India (ISRO) gagal menghantar satelit pemerhatian bumi ke orbit selepas tekanan dalam kebuk enjin pada peringkat ketiga pelancaran roket menurun secara mendadak.
Trump minta Fed potong kadar faedah segera, bukan kemudian
Rizab Persekutuan AS (Fed) diseru Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump agar segera menurunkan kadar faedah sambil mengkritik pengerusinya, Jerome Powell, yang menurutnya sering bertindak lambat dan mungkin mensia-siakan peluang sekali lagi.
Ibu kebumi anak lelaki terkena serangan udara di Khan Younis
Seorang wanita mengebumikan anak lelakinya pada Ahad setelah terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan khemah pelarian di al-Mawasi, Khan Younis, Gaza, malam tadi.

Lumba haram: 10 warga Malaysia didenda di Hat Yai
Sepuluh pelancong Malaysia dikenakan denda oleh polis Thailand atas kesalahan memandu secara berbahaya di Daerah Hat Yai pada Jumaat lepas.

Kerajaan Sabah perkenal Skim Insurans Berkelompok percuma, manfaat 3.5 juta penduduk
Perlindungan insurans tersebut akan dilaksanakan melalui syarikat milik Kerajaan Negeri Sabah, Progressive Insurance Bhd.

CEO, pengarah ditahan perdaya Kerajaan Sabah berkaitan deklarasi hasil jualan emas
Lima lelaki dan seorang wanita direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung penipuan deklarasi penjualan hasil perlombongan emas membabitkan dua syarikat di Tawau.

Tiga ADUN Warisan umum keluar parti, sokong Hajiji
Ketiga-tiga memaklumkan memilih menjadi ADUN Bebas dan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Negeri Sabah di bawah pimpinan Datuk Seri Hajiji.

Bajet Sabah 2023: Penjawat awam negeri terima bonus RM1,000
Kerajaan Sabah bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji dengan kadar minimum RM1,000 kepada lebih 20,000 penjawat awam negeri itu.

KKN Sabah bangunkan sistem, cegah pemalsuan pengisytiharan cukai jualan
Kerajaan Negeri Sabah menerusi KKN akan mewujudkan Integrated System secara atas talian antara KKN dan MPOB bagi mencegah pemalsuan pengisytiharan cukai jualan oleh syarikat di negeri itu.

Penjawat awam Sabah terima bonus Aidilfitri dan Kaamatan RM500, pesara RM250
Kerajaan Sabah akan memberikan bonus RM500 kepada penjawat awam yang berkhidmat di negeri itu, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Sabah kekal larang rentas daerah - Hajiji
Kerajaan Sabah akan terus menguatkuasakan larangan rentas daerah susulan peningkatan mendadak kes COVID-19 di negeri itu sejak dua minggu lalu.

Kerajaan Sabah sedia adakan sidang DUN
Kerajaan Sabah menyatakan kesediaan untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada bila-bila masa sekiranya keadaan mengizinkan.

Sabah umum SOP sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu, hari ini
Kerajaan Sabah akan mengumumkan prosedur operasi standard berhubung pelaksanaan 'total lockdown' Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu di negeri itu.

Larangan masuk Sabah dari Labuan serta-merta
Kerajaan Sabah memutuskan untuk menyekat pergerakan masuk ke Wilayah Persekutuan Labuan dan sebaliknya berkuat kuasa serta-merta.