awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Larangan pasang khemah di tiga kawasan pantai Port Dickson

Sinar Harian
Sinar Harian
10/01/2024
10:50 MYT
Larangan pasang khemah di tiga kawasan pantai Port Dickson
Aminuddin (Notis yang dikeluarkan MPPD berhubung larangan memasang khemah selepas diarahkan kerajaan negeri.)
SEREMBAN: Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) diarahkan agar menguatkuasakan larangan aktiviti berkhemah di tiga kawasan pantai di Port Dickson selepas ia menimbulkan rungutan dalam kalangan pengunjung.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pengunjung hanya dibenarkan menggunakan tikar atau seumpamanya sekiranya beriadah serta berkelah di tiga kawasan pantai berkenaan iaitu di Pantai Bagan Pinang, Pantai Saujana dan Pantai Cahaya Negeri.
Menurutnya, Port Dickson selaku lokasi tumpuan pelancongan negara perlu berubah terutamanya dalam memberikan penekanan terhadap faktor kebersihan dan penguatkuasaan undang-undang.
“Kita sedia maklum isu ditimbulkan pelancong terutamanya pelancong domestik. Jadi saya telah sampaikan mesej kepada MPPD supaya mereka bertegas memudahkan pelancong datang ke Port Dickson tanpa ada gangguan.
"Masalah timbul apabila banyak khemah didirikan sehingga mengganggu pelancong lain beriadah di pantai," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco pada Rabu.
Beliau berkata demikian bagi mengulas notis yang dikeluarkan MPPD mengenai larangan memasang khemah di tiga kawasan pantai terbabit.
Menerusi notis berkenaan, sebarang pelanggaran terhadap larangan terbabit tindakan boleh diambil di bawah Undang-Undang Kecil Taman (MPPD) 2008 dan mereka yang didapati melakukan aktiviti itu boleh dikompaun RM1,000.
Katanya, ada pengunjung menggunakan wakaf sebagai tempat perkhemahan, perkara ini tidak harus berlaku dan pihaknya telah mengarahkan supaya MPPD melaksanakan penguatkuasaan lebih ketat berikutan tidak mahu ada peraturan tapi dilanggar.
Dalam pada itu, Aminuddin berkata, agensi serta syarikat konsesi terlibat perlu bertanggungjawab memastikan isu seperti tiang elektrik condong, masalah jalan raya serta masalah persekitaran yang menjejaskan keindahan di daerah itu ditangani segera.
“Saya mahu ia bersih, tiada pokok menjalar di tiang telefon, tiang elektrik sehingga menjadi ‘pintu gerbang’, Port Dickson perlu berubah, saya akan pastikan tindakan berjalan. Nasihat saya ini bukan kali pertama tetapi sudah banyak kali disuarakan,” ujarnya.
Beliau turut berharap jabatan dan agensi terlibat di daerah lain termasuk Seremban mengambil perhatian dengan teguran tersebut dan bertindak lebih komited memastikan pengurusan bandar serta daerah di negeri ini lebih teratur dan bersih. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Port Dickson
#larangan berkhemah
#Negeri Sembilan
#Menteri Besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan