KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat pada sesi petang kecoh apabila beberapa Ahli Parlimen mempersoalkan isu larangan penjualan arak di kedai runcit, serbaneka dan kedai ubat Cina di Kuala Lumpur.
Teresa Kok (PH - Seputeh), Fong Khui Lun (PH - Bukit Bintang) dan Tan Kok Wai (PH - Cheras) antara yang bangun meminta penjelasan ketika sesi penggulungan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Perdebatan itu menghangatkan dewan malah berlanjutan sehingga lebih 20 minit selepas Ahli Parlimen terbabit berterusan mendesak Shahidan menjelaskan rasional di sebalik keputusan tersebut.
Shahidan yang menjawab turut menyindir dengan mengeluarkan beberapa perkataan seperti “Ahli Parlimen ingin mencari publisiti” dan “peminat arak”.
“Saya sedar beberapa Yang Berhormat ingin mencari publisiti tertentu. Pengeluar, saya boleh dapatkan pengeluar, pengedar, mereka telah bersetuju dengan cadangan kita bahawa kita kena kawal pengeluaran lesen agar ia dihadkan ke tempat-tempat yang dibenarkan.
“Kedai ubat Cina yang dapat kebenaran Kementerian Kesihatan (KKM) kita benarkan tapi YB masih kata kami haramkan kedai ubat Cina. Itu kita kena tengok berhati-hati. Kedai serbaneka, mereka mohon dan kena ikut syarat ditetapkan.
“Antaranya, jual kepada umur 21 tahun ke atas sahaja dan tak boleh jual kepada orang Islam dan sebagainya. Kita akan perketatkan syarat,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.
Walaupun Shahidan berulang kali mengeluarkan kenyataan hampir sama, beberapa Ahli Parlimen masih tidak berpuas hati dan mahukan pengesahan sama ada kedai serbaneka dibenarkan menjual arak atau tidak selepas ini.
Teresa Kok antaranya, mendakwa Shahidan mengeluarkan kenyataan bercanggah malah turut menggelar Ahli Parlimen Arau itu sebagai “pak cik”.
"Yang Berhormat kata saya "pak cik". Sebenarnya, Yang Berhormatlah "mak cik", tak faham apa saya cakap," balas Shahidan kepada Kok.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mula menguatkuasakan Garis Panduan dan Syarat-Syarat Permohonan Lesen Minuman Keras (Liquor Yang Memabukkan) bermula 1 November lepas.
Unit Media DBKL dalam satu kenyataan berkata, sebelum ini penguatkuasaan garis panduan berkenaan ditangguhkan selama sebulan pada Oktober lalu.
Menurut kenyataan itu, dalam tempoh penangguhan tersebut, DBKL mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan seperti persatuan pengilang, pembotol dan peruncit, Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) serta ahli-ahli Parlimen bagi kawasan Kuala Lumpur.
Ridauddin Daud
Thu Nov 18 2021
Perdebatan itu menghangatkan dewan malah berlanjutan sehingga lebih 20 minit selepas Ahli Parlimen berterusan mendesak Shahidan menjelaskan rasional di sebalik keputusan tersebut. - Gambar/ Bernama
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
P. Pinang tidak rancang halang penjualan arak di kedai-kedai - Zairil
Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mempunyai perancangan untuk menghalang penjualan arak di negeri itu sebagaimana yang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Shahidan dijangka umum sekatan penjualan arak pada Khamis
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dijangka membuat pengumuman pada 2 Disember di Parlimen berhubung sekatan penjualan arak.
Larangan penjualan arak hangatkan penggulungan Shahidan
Shahidan yang menjawab turut menyindir dengan mengeluarkan beberapa perkataan seperti 'Ahli Parlimen ingin mencari publisiti'dan 'peminat arak'.
Garis panduan baharu DBKL mampu kurangkan kes berkaitan arak - Firdaus Wong
Tindakan melarang kedai runcit dan kedai serbaneka menjual produk minuman keras mulai 1 Oktober tahun depan bukan untuk mengehadkan hak masyarakat bukan Islam.
Bekukan pengeluaran lesen baharu penjualan arak, cadang Annuar Musa
Ia perlu diperketatkan susulan berlakunya kemalangan jalan raya melibatkan pemandu mabuk.
Utamakan sensitiviti masyarakat setempat atau saya undur diri - Aminuddin
Beliau berkata dengan kedudukan kelab golf berkenaan yang dikelilingi kawasan masjid dan taman perumahan majoritinya dihuni masyarakat Islam, adalah tidak sesuai arak dijual di situ.