Sepasang kekasih yang melarikan diri sejauh 15 kilometer sebelum berjaya ditahan pihak berkuasa Ahad lalu, masing-masing dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Sesyen Alor Gajah hari ini.
Tertuduh Muhammad Haikal Faaiz Ramlan, 25 tahun dan teman wanitanya Nur Aisyah Zakaria,19 tahun, masing-masing dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan atas dua pertuduhan bersama, melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menghalang tugas penjawat awam.
Muhammad Haikal yang turut dihadapkan atas dua lagi pertuduhan berasingan iaitu memandu secara melulu, dihukum penjara dua tahun serta denda RM5,000.
Keputusan itu diputuskan Hakim Ahmad Sazali Omar selepas kedua-dua mereka membuat pengakuan bersalah atas kesemua empat pertuduhan.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, mereka didapati bersama-sama berhimpun di dalam kawasan yang merupakan kawasan tempat jangkitan, bagi maksud untuk melepak dan sengaja menghalang tugas penjawat awam apabila diminta memberhentikan kenderaan dinaiki, dengan melarikan diri.
Kedua-dua kesalahan itu dilakukan semasa berada di persimpangan tiga lampu isyarat Rumbia, Alor Gajah kira-kira jam 7.30 petang, 12 April lalu.
BACA: PKP: Pecut sampai habis minyak, pasangan kekasih ingkar dicekup
Justeru, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara kurang dari 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
Bagi kesalahan menghalang penjawat awam, mereka didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan serta boleh dihukum penjara sehingga 2 tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Bagi dua pertuduhan bersama itu, Ahmad Sazali menetapkan hukuman 3 bulan penjara bagi pertuduhan pertama dan penjara 6 bulan bagi pertuduhan kedua kepada kedua-dua tertuduh dan hukuman penjara berjalan serentak bermula hari ini.
Manakala Muhammad Haikal Faaiz turut dijatuhi hukuman penjara dua tahun dari tarikh tangkap dan didenda RM5,000 atau enam bulan penjara serta hilang kelayakan lesen memandu Kelas D selama dua tahun bermula hari ini, atas pertuduhan memandu kenderaan dengan melulu dan berbahaya yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain kerana melanggar lampu isyarat, sekatan jalan raya dan melawan arus.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Rembia - Kendong, Alor Gajah pada waktu dan hari sama, mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 atau tidak lebih RM15,000.
Tertuduh turut mengaku bersalah atas pertuduhan memberi kepada diri sendiri dadah berbahaya jenis metamfetamin di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, pada 2.30 petang, 13 April lalu, mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan denda tidak lebih rm5,000 atau penjara sehingga dua tahun dan pengawasan selama dua tahun.
Bagi kesalahan itu, Ahmad Sazali membenarkan Muhammad Haikal Faaiz diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Mei untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan patalogi.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hayatul Wirdah Mohd Yunos dan mereka tidak diwakili peguam.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Apr 17 2020

Kedua-duanya didapati bersalah berhimpun di dalam kawasan tempat jangkitan, bagi maksud untuk melepak dan sengaja menghalang tugas penjawat awam. - Gambar fail

Program Pencampuran Biodiesel Nasional bantu kurangkan 45 peratus karbon menjelang 2030 - Fadillah
Pelaksanaan Program Pencampuran Biodiesel Nasional oleh bakal menjanjikan impak positif yang substantif kepada persekitaran negara.

Gelandangan terperangkap dalam longkang diselamatkan bomba
Anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa.

Sultan Nazrin berkenan rasmi INSTUN, Balai Cerap Tan Sri Harussani
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan Kompleks Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) dan Balai Cerap Tan Sri Harussani.

Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan - Gabenor Bank Negara
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan bertunjangkan aktiviti berorientasikan domestik dan disokong keadaan pasaran buruh dan pelaburan menjelang tahun depan.

Empat sekeluarga dikhuatiri hilang ketika bercuti di Pulau Perhentian
Laporan berhubung kehilangan mangsa dibuat pengadu pada Isnin setelah gagal menghubungi mereka sejak 30 September lalu.
Kes denggi dijangka melonjak hujung tahun ini
Pakar Perubatan Kesihatan Awam KKM, Dr Wan Ming Keong memaklumkan, kes demam denggi dijangka naik mendadak mulai hujung tahun ini berdasarkan trend sejak 10 tahun lepas.

Lima rakan mengaku tidak bersalah rompak kilang elektronik
Lima rakan mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan di sebuah kilang elektronik.

Tragedi Sungai Pagalan: Kakak ditemukan lemas, adik masih hilang
Mangsa Azila Jabar, 12, ditemukan tidak jauh dari lokasi dia dan adiknya Arlina, 9, dilaporkan hilang pada Isnin.
Perkembangan jerebu di Indonesia
Perkembangan jerebu di Indonesia, khususnya di kawasan Kalimantan, bersama Ketua Kompas TV, Biro Kalimantan, Dwi Narsi.

Raja Permaisuri berangkat ke majlis ceramah agama sempena Maulidur Rasul
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat ke ceramah agama sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Istana Negara.

Anak hilang, ibu luluh dimaklumkan penemuan mayat
Luluh hati seorang ibu apabila dimaklumkan mengenai penemuan mayat dibunuh dan dibakar dipercayai anaknya di kawasan Hutan Percha, Alor Gajah minggu lalu.

Banduan lari dari Pusat Koreksional Jasin berjaya ditangkap
Polis berjaya menahan seorang banduan yang melarikan diri dari Pusat Koreksional Jasin sejak enam hari lepas, di sekitar kawasan Alor Gajah malam tadi.

Warga emas maut, suami parah kemalangan pulang menoreh
Seorang wanita warga emas maut manakala suaminya parah selepas motosikal mereka hilang kawalan dan merempuh sebuah lori di Jalan Tebong, pada Ahad.

Kanak-kanak 8 tahun lemas di taman tema air di Alor Gajah
Kejadian dipercayai berlaku di pinggir kolam berdekatan dengan pulau buatan dengan kedalaman kira-kira satu meter.

Banjir Melaka: Dua PPS diaktifkan di Alor Gajah
Sehingga jam 8 pagi ini kesemua mangsa yang terjejas dipindahkan ke Balai Raya Bukit Balai, Durian Tunggal dan Balai Raya Gadek.

PRU15: Ini tawaran Shahril Hamdan untuk Alor Gajah
Tumpuan adalah kepada isu pendapatan dan peluang pekerjaan anak muda dan wanita, serta sasaran menjadikan Alor Gajah hab sekuriti makanan.

PRU15: Reformasi dasar tangani banjir jadi perjuangan Pak Wan
Pembangunan tanpa kajian lengkap Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) patut dibekukan.

PRU15: Adly mahu teruskan agenda jadikan Alor Gajah bandar satelit
Tumpuannya terhadap pembangunan dalam aspek pendidikan, perumahan dan industri.

PRU15: Shahril Hamdan tidak minta dibentang 'permaidani merah' di Alor Gajah
Selaku pemain 'import' diturunkan parti di kerusi tersebut, sokongan dan penerimaan kepimpinan BN Alor Gajah menjadi antara refleksi kepada sokongan pengundi.

Jumlah mangsa banjir di Melaka berkurangan kepada 16 orang
Mangsa terlibat merupakan penduduk dari Kampung Panchor, Kampung Beringin, Kampung Pulau dan Kampung Belimbing.