awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
APEC: Permintaan elektrik di negara anggota diunjur melonjak menjelang 2060
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Latihan Harimau Shakti kukuhkan kerjasama pertahanan Malaysia-India

Bernama
Bernama
23/12/2025
09:25 MYT
Latihan Harimau Shakti kukuhkan kerjasama pertahanan Malaysia-India
Edisi seterusnya dijadualkan berlangsung di Malaysia pada 2026, meneruskan tradisi memperkukuh kerjasama pertahanan Malaysia-India. - Foto: btdm.my
KUALA LUMPUR: Edisi kelima latihan ketenteraan dua hala antara Malaysia dan India, Harimau Shakti, berjaya dilaksanakan di Lapang Sasar Mahajan (MFFR) di Rajasthan, India, sekali gus memperkukuh hubungan pertahanan yang akrab antara kedua-dua negara.
Latihan bersama yang berlangsung dari 5 hingga 18 Disember itu melibatkan seramai 65 anggota Tentera Darat Malaysia yang diterbangkan ke India dan menjalani modul latihan intensif, latih tubi taktikal, dan pertukaran profesional yang bertujuan meningkatkan keupayaan saling kendali serta persefahaman bersama.
Latihan kali ini memberi tumpuan kepada operasi sub-konvensional di bawah mandat Bab 7 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dengan penekanan khusus kepada operasi menangani keganasan, rondaan bersama, latih tubi serang hendap dan lawan serang hendap, operasi menggunakan helikopter, serta prosedur menangani peranti letupan buatan sendiri (IED).
Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia dalam satu kenyataan berkata Latihan Harimau Shakti menyediakan platform berkesan bagi India dan Malaysia untuk berkongsi kepakaran operasi, meningkatkan koordinasi taktikal, serta memperteguh komitmen kedua-dua negara terhadap keselamatan serantau.
"Latihan tahunan ini menyerlahkan perkongsian pertahanan yang semakin mendalam antara India dan Malaysia serta menggariskan komitmen bersama kami terhadap keamanan dan kestabilan di rantau Indo-Pasifik," menurut kenyataan itu lagi.
Selain gerak latih tempur, peserta turut terlibat dalam demonstrasi Latihan Seni Bela Diri Tentera Darat (AMAR), menembak refleks tempur, pengendalian senjata, dan latihan fizikal bagi memupuk disiplin serta kesiapsiagaan menyeluruh.
Tentera Darat India turut mempamerkan sistem persenjataan generasi akan datang, memberi pendedahan kepada anggota tentera Malaysia mengenai teknologi pertahanan terkini selain memudahkan pertukaran pengetahuan profesional.
Latihan itu, yang dilaksanakan secara bergilir-gilir di India dan Malaysia, telah berkembang dari segi skop dan kekompleksan sejak dimulakan pada 2012. Edisi terdahulu masing-masing diadakan di Kluang, Johor (2022); Umroi, Assam, India (2023); dan Bentong, Pahang (2024).
Edisi seterusnya dijadualkan berlangsung di Malaysia pada 2026, meneruskan tradisi memperkukuh kerjasama pertahanan Malaysia-India serta menyokong keamanan dan kestabilan di rantau yang lebih luas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#latihan ketenteraan
#Tentera Darat Malaysia
#ATM
#India
#harimau shakti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan