awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Latihan kemahiran lebih mencabar dengan perkembangan teknologi - HRD Corp

Astro Awani
Astro Awani
23/05/2023
21:00 MYT
Latihan kemahiran lebih mencabar dengan perkembangan teknologi - HRD Corp
Dengan perkembangan teknologi, ramai yang kini melakukan berbagai kerja tanpa terikat dengan hanya satu-satu majikan.
KUALA LUMPUR: Latihan kemahiran akan bertambah mencabar dalam masa 30 tahun akan datang dengan adanya perubahan dalam bidang teknologi.
Ketua Pegawai Eksekutif HRD Corp, Datuk Shahul Dawood menjelaskan, sebelum latihan kemahiran hanya dilakukan secara konvensional yang tertumpu kepada pembelajaran dalam kelas.
Namun sejak COVID-19 melanda seluruh dunia dan perkembangan terkini teknologi, peserta boleh menyertai kelas secara dalam talian.
"Dalam 28 tahun lalu kita hanya menumpukan kepada pembelajaran secara tradisional, pembelajaran di dalam kelas tetapi dalam 30 tahun akan datang akan mencabar dan sangat kreatif.
"Pembelajaran berterusan adalah cara untuk ada terus bertahan dengan inovasi AI, ChatGPT, banyak lagi yang akan berada dalam industri yang akan menjadikan lebih banyak cabaran dalam latihan pembangunan.
"Kita harus menerimanya, kita tidak boleh katakan disebabkan banyak cabaran maka kita akan abaikan, atau membiarkan sahaja.
"Kita perlu cara jalan berdepan cabaran tersebut, kita perlu tukar cabaran itu kepada peluang kepada anda, dalam setiap cabaran ada peluang," katanya dalam rancangan Agenda AWANI pada Selasa.
Shahul juga menjelaskan, setiap individu perlu mempelbagaikan kemahiran kerana perkembangan semasa memerlukan mereka yang boleh melakukan banyak kerja.
Katanya, dengan perkembangan teknologi, ramai yang kini melakukan berbagai kerja tanpa terikat dengan hanya satu-satu majikan.
Justeru Shahul menjelaskan adalah penting untuk setiap individu mempunyai banyak kemahiran untuk bersaing dengan dalam dunia pekerjaan yang semakin mencabar.
Topic Berkaitan
#HRD Corp
#latihan
#kemahiran
#pekerjaan
#teknologi
#AI
#persaingan
#inovasi
#digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan