NATIONAL
Latihan LIMA'25 bakal gegar ruang udara utara Semenanjung

TUDM memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak cemas atau risau sekiranya melihat pesawat TUDM terbang rendah dan bunyi letupan sepanjang tempoh latihan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ruang udara di utara Semenanjung bakal digegarkan dengan deruman enjin pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang akan mengadakan latihan penerbangan sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA'25).
Ringkasan AI
- Ruang udara di utara Semenanjung akan digegarkan dengan latihan penerbangan pesawat TUDM sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA'25). Latihan ini melibatkan pesawat pejuang, pengangkut, dan helikopter dalam dua fasa: Fasa 1 dari 6 hingga 13 Mei di Alor Setar dan Butterworth, dan Fasa 2 dari 14 hingga 19 Mei di Langkawi.
- Latihan bertujuan memperkasakan kesiagaan dan kecekapan anak kapal TUDM untuk memberikan persembahan terbaik bagi pembukaan dan pertunjukan udara LIMA'25. Pesawat TUDM akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah dan latihan ini juga akan melibatkan beberapa siri letupan bagi gimik pembukaan.
- TUDM memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak cemas atau risau sekiranya melihat pesawat TUDM terbang rendah dan bunyi letupan sepanjang tempoh latihan. LIMA'25 bertemakan "Kemajuan Hari Ini, Pencapaian Masa Hadapan" adalah antara pameran terbesar dalam industri maritim dan aeroangkasa di Asia Tenggara.
"Sepanjang latihan berkenaan, pesawat TUDM akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan tertentu dan latihan ini juga akan melibatkan beberapa siri letupan bagi gimik pembukaan LIMA'25," menurut kenyataan itu.
Justeru, TUDM ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak cemas atau risau sekiranya melihat pesawat TUDM terbang rendah dan bunyi letupan di sepanjang tempoh latihan dilaksanakan.
Bertemakan "Kemajuan Hari Ini, Pencapaian Masa Hadapan", LIMA'25 yang akan berlangsung di Langkawi itu antara pameran terbesar dalam industri maritim dan aeroangkasa di Asia Tenggara sejak dianjurkan kali pertama pada 1991.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami