awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas

Bernama
Bernama
18/10/2024
12:39 MYT
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang. - Gambar hiasan
KUCHING: Sesi latihan regata bertukar tragedi apabila lima peserta dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka karam berhampiran Royal Bay Commercial Centre, Jalan Buruh Bintawa, di sini hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada 4.20 petang.
Susulan itu, sepasukan anggota bomba digegaskan ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).
"Insiden ini melibat 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya menyelamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
"Operasi SAR melibatkan pihak bomba, Pasukan Polis Marin serta Sarawak Coast Guard. Pihak bomba menggunakan kaedah pencarian di permukaan air," katanya dalam kenyataan.
Kesemua yang hilang ialah Mohamad Ikhmal Sama'ail, Majurie Maharuf, Mohd Afiq Isyamudin Asaari, Mohamad Khairul Bidin dan Muhammad Khairul Hisyam Kasturi, berusia lingkungan 22 hingga 35 tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#latihan regata
#bot karam
#JBPM Sarawak
#lima peserta hilang
#lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan