Kementerian Pendidikan tidak mengeluarkan sebarang arahan supaya guru dan pelajar di Terengganu melakukan latihan tepuk tangan, kata timbalan menterinya Datuk P. Kamalanathan.
Beliau berkata sebaliknya arahan berkenaan dikeluarkan oleh Pengarah Pendidikan Negeri.
"Kementerian Pendidikan tidak mengeluarkan arahan (berlatih tepuk tangan) sedemikian kerana ia bukan satu keperluan. Pandangan saya ia adalah arahan peribadi pengarah pendidikan negeri sendiri.
BACA: Isu arahan latihan tepuk tangan, Jabatan Pendidikan Terengganu beri penjelasan
"Bertepuk tangan adalah hak peribadi individu yang hadir dalam sesuatu majlis dan perkara ini tidak perlu diperbesarkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan logo baharu 'Dengue Patrol 2016' di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman dan Pengarah Urusan Sanofi Pasteur Malaysia, Singapura dan Brunei, Baptiste de Clarens.
Kamalanathan berkata demikian ketika mengulas mengenai rakaman video yang tersebar di laman sosial menunjukkan guru dan pelajar di sebuah sekolah di Terengganu menjalani latihan tepuk tangan.
Arahan itu didakwa dikeluarkan Pengarah Pendidikan Terengganu menerusi aplikasi WhatsApp yang meminta semua guru dan pelajar menjalani latihan tepuk tangan selama lima minit.
Sementara itu, mengulas mengenai Dengue Patrol 2016, Kamalanathan berkata program berkenaan merupakan inisiatif Sanofi Pasteur, sebuah syarikat farmaseutikal antarabangsa untuk memperkasakan pelajar sekolah supaya memainkan peranan lebih proaktif dalam aktiviti mencegah denggi serta menjadi ejen perubahan yang berkesan kepada masyarakat.
Katanya pelajar mampu menjadi ejen pengubah yang besar dalam usaha kerajaan membasmi wabak itu.
Menurut Kamalanathan, dengan pendedahan awal terhadap bahaya penyakit berkenaan serta cara mencegahnya kepada pelajar, mereka boleh berkongsi ilmu berkenaan bersama anggota keluarga serta masyarakat sekeliling.
"Tugas untuk membasmi wabak yang semakin serius ini bukan terletak di bahu kerajaan sahaja, semua pihak seperti keluarga, masyarakat, badan bukan kerajaan serta syarikat-syarikat swasta perlu memainkan peranan masing-masing," katanya.
Bernama
Fri May 27 2016
Kamalanathan berkata demikian ketika mengulas mengenai rakaman video yang tersebar di laman sosial menunjukkan guru dan pelajar di sebuah sekolah di Terengganu menjalani latihan tepuk tangan. - Gambar fail
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Kementerian Pendidikan kecewa dengan 'latihan ular' di sekolah
Kementerian Pendidikan hari ini menyatakan kekecewaannya terhadap sebuah latihan meredah kolam berisi ular yang di jalankan di sebuah sekolah di Kuala Kangsar.
Lebih banyak sekolah Tamil akan dibina dalam tempoh terdekat - Kamalanathan
Kerajaan komited untuk membina lebih banyak sekolah Tamil di Malaysia dalam tempoh terdekat, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.
Aplikasi 'MySekolah' pantau aktiviti pelajar - Kamalanathan
Aplikasi mudah alih 'MySekolah' bakal diperkenalkan bagi membolehkan ibu bapa mendapat maklumat terkini mengenai aktiviti anak-anak mereka di sekolah.
Latihan tepuk tangan bukan arahan Kementerian Pendidikan - Kamalanathan
Kementerian Pendidikan tidak mengeluarkan sebarang arahan supaya guru dan pelajar di Terengganu melakukan latihan tepuk tangan.
Tiada sekolah dipaksa laksana DLP - Kamalanthan
Kerajaan tidak pernah memaksa mana-mana sekolah yang terlibat untuk melaksanakan Program Dwibahasa (DLP).
El-Nino: Ibu bapa akan dimaklum sehari lebih awal jika sekolah ditutup kerana cuaca panas
Satu garis panduan telah dikeluarkan kepada semua sekolah mengenai langkah-langkah yang perlu diambil oleh guru bagi mengawal situasi pelajar dan murid ketika cuaca panas dan kering.
Murid termakan kaca dalam mi goreng RMT masih dirawat - P. Kamalanathan
Dua murid berkenaan telah menjalani ujian skop dan seorang lagi masih menerima rawatan kerana masih mengalami sakit perut.
Pelbagai gelagat warnai hari pertama sesi persekolahan 2016
Sesi persekolahan tahun ini di keempat-empat negeri itu jauh lebih baik daripada tahun lepas, yang terjejas ekoran banjir teruk.
Kementerian Pendidikan akan siasat video pelajar berpeluk, bercium
Kementerian Pendidikan akan menyiasat sebuah video klip menunjukkan seorang pelajar perempuan memeluk seorang pelajar lelaki dipercayai kekasihnya dalam pakaian sekolah.
Kementerian siasat dakwaan kehilangan murid orang asli lewat dilapor - Kamalanathan
Kementerian Pendidikan akan menyiasat dakwaan berlaku kelewatan dalam membuat laporan berhubung kehilangan tujuh murid Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi.