awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawan rasuah perlu sokongan semua pihak - Nazri

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
15/05/2023
04:34 MYT
Lawan rasuah perlu sokongan semua pihak - Nazri
Mohamed Nazri menjelaskan usaha melawan rasuah yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewajarnya disokong kerana sebuah negara yang mempunyai kadar rasuah yang tinggi sukar mendapat pelaburan dari luar. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengajak semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa untuk bersama membantu usaha kerajaan melawan rasuah.
Mohamed Nazri menjelaskan usaha melawan rasuah yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewajarnya disokong kerana sebuah negara yang mempunyai kadar rasuah yang tinggi sukar mendapat pelaburan dari luar.
“Dua hari lepas saya telah mengadakan perbincangan dengan Dewan Perniagaan Memphis tentang peluang-peluang pelaburan yang ada di Malaysia.
“Mereka menyatakan dua kebimbangan tentang Malaysia ketika ini iaitu kestabilan politik dan juga rasuah.
“Jadi amat jelas bahawa jika kita mahu menarik pelabur masuk ke dalam negara, kita perlu kekalkan kestabilan dan perangi rasuah habis-habisan,” katanya kepada Astro AWANI.
Baru-baru ini EMIR Research mendedahkan Malaysia dianggarkan berdepan dengan jumlah kerugian sebanyak RM4.5 trilion dalam tempoh 26 tahun disebabkan rasuah dan ketirisan.
Mengulas lanjut, Mohamed Nazri menjelaskan suatu masa dahulu, mereka yang melakukan rasuah akan berasa malu dan tidak sanggup bertemu orang ramai.
“Perkara itu tidak lagi berlaku sekarang, malah ada yang tanpa segan silu bercakap seolah-oleh tidak melakukan sebarang kesalahan.
“Pada tahun 1960 dahulu, ada orang kampung saya yang didapati bersalah kerana menerima rasuah sebanyak RM200, dia tinggalkan kampung kerana malu dengan perkara tersebut.
“Kalau sekarang ambil atau beri rasuah sudah jadi semacam satu amalan yang telah dimurnikan dengan berbagai istilah,” katanya lagi.
Mohamed Nazri juga menegaskan cakap-cakap bahawa sekiranya kerajaan tegas melawan rasuah maka akan ada pihak yang berusaha membeli Ahli Parlimen untuk menjatuhkan pentadbiran sedia ada tidak perlu dilayan.
“Mereka yang berusaha membeli Ahli Parlimen inilah yang menyebabkan rasuah makin meningkat dalam negara kita.
“Apa yang mereka lakukan adalah penyumbang kepada ketidakstabilan dalam negara seterusnya membuatkan pelabur sedia ada akan bawa pelaburan keluar manakala pelabur yang ada hasrat melabur di negara kita akan membatalkannya,” katanya.
Beliau menjelaskan adalah sangat penting untuk seluruh masyarakat bersama dengan perdana menteri melawan rasuah yang kini sudah menjadi barah.
Topic Berkaitan
#Mohamed Nazri Abdul Aziz
#banteras rasuah
#Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat
#pelaburan dari luar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan