awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawatan Ahmad Zahid bina keyakinan diplomatik dengan Kemboja

Bernama
Bernama
13/10/2025
00:45 MYT
Lawatan Ahmad Zahid bina keyakinan diplomatik dengan Kemboja
Antara acara penting dalam lawatan Ahmad Zahid termasuk kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan Presiden Senat Hun Sen. - Gambar fail/BERNAMA
PHNOM PENH: Lawatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan diplomatik antara Malaysia dan Kemboja.
Lawatan beliau ke Kemboja berlangsung beberapa minggu sebelum Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur yang akan diadakan dari 26 hingga 28 Okt ini.
Lawatan itu dijangka penting bagi mempertingkatkan lagi kerjasama dua hala sedia ada antara kedua-dua negara.
Ketua Pengarah Institut Hubungan Antarabangsa Kemboja, Dr Kin Phea berkata lawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu membawa kepentingan diplomatik yang penting.
"Lawatan itu menggariskan komitmen bersama kedua-dua negara untuk memperdalam hubungan dua hala dan memperkukuh perpaduan ASEAN pada waktu yang penting bagi keamanan dan kestabilan serantau.
"Ia juga memberi peluang untuk mempertingkat kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, tenaga kerja, pendidikan dan pelancongan, di samping menangani isu tertangguh serta memperkukuh persefahaman bersama," katanya kepada Bernama.
Ahmad Zahid dijadual melawat Phnom Penh dari 13 hingga 15 Oktober.
Antara acara penting dalam lawatan Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, termasuk kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan Presiden Senat Hun Sen.
Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar Kemboja, Chhay Rithisen.
Pada Selasa, Ahmad Zahid dijadual menghadiri majlis makan malam bersama komuniti Malaysia di Phnom Penh.
Kemboja menjadi tuan rumah Mesyuarat Jawatankuasa ASEAN Mengenai Pengurusan Bencana (ACDM) ke-47 di ibu negara itu, yang akan membincangkan penilaian risiko berkaitan bencana alam.
Ahmad Zahid akan mengambil bahagian dalam Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pengurusan Bencana (AMMDM) ke-13 dan Persidangan ke-14 Pihak-Pihak kepada Perjanjian ASEAN Mengenai Pengurusan Bencana dan Tindak Balas Kecemasan (AADMER) serta mesyuarat berkaitan.
Mesyuarat itu diadakan ketika rantau ini berdepan peningkatan bencana alam seperti taufan, gempa bumi dan tanah runtuh.
Beberapa negara anggota ASEAN seperti Laos, Myanmar dan Vietnam terjejas teruk akibat bencana berkaitan cuaca yang menjejaskan mata pencarian, tanah pertanian dan harta benda sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Hubungan dua hala
#Kemboja
#hubungan diplomatik
#lawatan kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan