awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawatan Anifah ke Arab Saudi eratkan hubungan dua negara

Bernama
Bernama
02/05/2016
00:13 MYT
Lawatan Anifah ke Arab Saudi eratkan hubungan dua negara
Perbincangan mereka adalah susulan kepada rundingan melalui hubungan melalui telefon dan pertemuan di luar acara antarabangsa
Perjumpaan antara Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan rakan sejawatan beliau dari Arab Saudi Adel Al-Jubeir di Riyadh, Arab Saudi pada Sabtu membawa pelbagai hasil positif kepada hubungan antara kedua-dua negara.
Kementerian Luar dalam kenyataannya pada Ahad berkata dua menteri itu membincangkan perkara kepentingan bersama berkaitan perkembangan dan kesejahteraan umat Islam, di samping mengenai hubungan serantau dan dua hala.
"Perbincangan mereka adalah susulan kepada rundingan melalui hubungan melalui telefon dan pertemuan di luar acara antarabangsa," katanya.
Menurut kenyataan itu, pertemuan tersebut memberi peluang baik kepada kedua-dua menteri untuk berinteraksi secara lebih mendalam bagi menangani perkara kepentingan bersama Malaysia dan Arab Saudi.
"Anifah disambut baik oleh Menteri Luar Saudi itu dan mesyuarat berlangsung dalam suasana penuh mesra dan ikatan persaudaraan, yang mencerminkan hubungan amat rapat antara kedua-dua menteri dan negara," katanya.
Menurut kenyataan itu, Adel menyuarakan kesediaan beliau untuk mengukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dan Arab Saudi serta akan mengunjungi Anifah bagi menyambung perbincangan mereka apabila beliau melawat Malaysia.
Topic Berkaitan
#Adel Al-Jubeir di Riyadh
#Anifah Aman
#Menteri Luar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan