awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawatan kerja Ahmad Zahid, Zambry ke Jepun perluas kerjasama pendidikan tinggi

Bernama
Bernama
16/02/2024
14:42 MYT
Lawatan kerja Ahmad Zahid, Zambry ke Jepun perluas kerjasama pendidikan tinggi
Menurut KPT, selain menyertai program Ahmad Zahid, Zambry dan delegasinya juga akan mengadakan lawatan kerja ke Universiti Tsukuba. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir selama lima hari ke Jepun adalah usaha strategik bagi memperluas kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi di rantau Asia Timur.
Lawatan kerja itu akan bermula esok hingga 21 Feb ini.
Kenyataan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan antara program yang akan turut disertai bersama-sama delegasi Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, di bawah skop pendidikan tinggi ialah sesi libat urus bersama pelajar Malaysia di Tokyo dan Majlis Penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat kepada Timbalan Perdana Menteri itu di Institut Teknologi Shibaura.
Ia termasuk lawatan kerja ke Tokyo National Institute (KOSEN) dan pertemuan dua hala dengan Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun Masahito Moriyama.
Menurut KPT, selain menyertai program Ahmad Zahid, Zambry dan delegasinya juga akan mengadakan lawatan kerja ke Universiti Tsukuba bagi membolehkan mereka mendapatkan gambaran serta perspektif lebih jelas terhadap rangkaian program akademik yang ditawarkan selain pendedahan terhadap kualiti fakulti, makmal dan sumber yang menyokong kepada bidang pengajian ditawarkan.
"Zambry juga akan turut melawat Universiti Waseda iaitu sebuah institusi penyelidikan swasta yang telah melahirkan tokoh terkemuka Jepun dalam pelbagai bidang termasuk mantan Perdana Menteri Jepun.
"Lawatan ke Universiti Waseda akan membuka potensi kerjasama strategik dan mengenal pasti bidang fokus yang boleh dilaksanakan bersama dengan universiti di Malaysia," katanya.
Delegasi KPT akan turut melawat Makmal Hasegawa di Universiti Sains Tokyo, Kampus Katshusika iaitu makmal yang memfokus kepada penyelidikan dan aktiviti akademik antaranya dalam bidang sains, kejuruteraan serta teknologi kecerdasan buatan (AI) dan akan diberi pendedahan terhadap pengoptimuman sistem komunikasi tanpa wayar menggunakan AI.
"Hasil lawatan ini diharapkan dapat melebarkan pengiktirafan terhadap keupayaan dan kualiti sektor pendidikan tinggi Malaysia, merancakkan pembinaan kapasiti, pemindahan ilmu dan penyelidikan ke arah memacu inisiatif pengantarabangsaan sektor pendidikan tinggi negara," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lawatan kerja
#Jepun
#Zahid Hamidi
#Zambry Abdul Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan